Loji Kuasa Nuklear Fukushima I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fukushima I Nuclear Power Plant

The Fukushima 1 NPP in 2002
Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang terletak di Jepun
<div style="position: relative; text-align: center; left: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; top: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; width: Templat:Peta lokasi Japanpx; font-size: Templat:Peta lokasi Japanpx; line-height: 0;" title="">[[Fail:Templat:Peta lokasi Japan|Templat:Peta lokasi JapanxTemplat:Peta lokasi Japanpx|Loji Kuasa Nuklear Fukushima I|link=|alt=]]
Lokasi Fukushima I Nuclear Power Plant
Negara Jepun
Lokasi Ōkuma, Fukushima
Koordinat 37°25′22.7″U 141°01′58.5″T / 37.422972°U 141.032917°T / 37.422972; 141.032917Koordinat: 37°25′22.7″U 141°01′58.5″T / 37.422972°U 141.032917°T / 37.422972; 141.032917
Status Unit 1-4: Musnah teruk, dilupuskan
Unit 5-6: Rosak sedikit, dimatikan
Pembinaan bermula Julai 25, 1967 (1967-07-25)
Tarikh tauliah Mac 26, 1971 (1971-03-26)
Pengendali Tokyo Electric Power Company
Pembina Kajima
Maklumat reaktor
Reactors operational 1 × 460 MWe (Unit 1 rosak)
4 × 784 MWe (Unit 2, 3, dan 4 rosak; Unit 5 mengalami masalah penyejukan)
1 × 1,100 MWe (Unit 6 mengalami masalah penyejukan) MW
Reactors under construction MW
Reactors planned 2 × 1,380 MWe MW
Reactors decom. MW
Reactors cancelled MW
Reactor type(s) Reaktor Air Didih
Reactor supplier(s) General Electric
Toshiba
Hitachi
Maklumat janaan kuasa
Keupayaan tersedia 4,696 MW
Keupayaan maksimum 7,456 MW
Janaan tahunan 29,891 GW·h
Jumlah janaan 877,692 GW·h
Tapak web
http://www.tepco.co.jp/nu/f1-np/press_f1/2010/2010-j.html
As of March 14, 2011

Webcam

Loji Kuasa Nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所 Fukushima Dai-ichi (Mengenai bunyi ini pronunciation) Genshiryoku Hatsudensho?, Fukushima I NPP), juga dikenali sebagai Fukushima Dai-ichi (dai-ichi bermaksud "nombor satu" atau "pertama"), merupakan sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di sebidang tanah berkeluasan 3,500,000-meter-persegi (860-ekar)[1] di pekan Okuma dan Futaba di Daerah Futaba, Wilayah Fukushima, Jepun. Loji yang mula digunakan pada tahun 1971 ini terdiri daripada enam reaktor air didih (boiling water reactor, BWR). Reaktor-reaktor air ringan ini [2] memacu penjana elektrik dengan kuasa sejumlah 4.7 GWe, menjadikan Fukushima I sebagai salah satu daripada 15 buah stesen kuasa nuklear yang terbesar di dunia. Fukushima I merupakan loji nuklear pertama yang dibina dan dikendali sepenuhnya oleh syarikat Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi 9.0 yang disusuli oleh tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, sekaligus mematikan sistem penyejukan reaktor sambil mencetuskan perintah berpindah yang meluas di kawasan sekeliling loji, oleh itu ia tiada harapan untuk dibuka semula.

Loji Kuasa Nuklear Fukushima II, atau Fukushima Dai-ni, terletak 11.5 kilometer (7.1 bt) di selatan Fukushima I dan juga dikendali oleh TEPCO.

Reaktor[sunting | sunting sumber]

Lakaran keratan rentas bekas kurung BWR Mark I yang biasa, seperti yang digunakan dalam Unit 1 hingga 5. Teras reaktor (1) terdiri daripada rod bahan api dan rod penyederhana (39) yang digerakkan keluar masuk oleh peranti (31). Di keliling bekas tekanan (8), terdapat kurungan luar (19) yang dilitupi oleh palam konkrit (2). Apabila rod bahan api digerakkan keluar masuk, kren (26) akan mengalihkan palam kepada kolam untuk fasiliti (3). Wap dari perigi kering (11) boleh bergerak ke perigi lembap (24) melalui muncung jet (14) untuk disejat (18). Dalam kolam bahan api terpakai (5), disimpannya rod bahan api yang terpakai (27).

Reaktor untuk Unit 1, 2, dan 6 dibekalkan oleh General Electric, yang untuk Unit 3 dan 5 oleh Toshiba, dan Unit 4 oleh Hitachi. Keenam-enam reaktor direka oleh General Electric.[3] Reka bentuk unit-unit General Electric ini dibuat oleh Ebasco. Segala kerja pembinaan dibuat oleh Kajima.[4] Sejak September 2010, Unit 3 dijana oleh sebahagian kecil (6%)[5] bahan api oksida campuran (mixed oxide, MOX), berbeza dengan uranium diperkaya rendah (low enriched uranium, LEU) yang digunakan dalam reaktor-reaktor lain.[6][7] Unit 1–5 digunakan dengan struktur pengurungan jenis Mark I (torus mentol lampu).[8][9] Struktur pengurungan Mark I ditambah sedikit isipadunya oleh jurutera Jepun.[10] Unit 6 mempunyai struktur pengurungan jenis Mark II (atas/bawah).[8][9][11]

Unit 1 merupakan reaktor air didih 460 MW (BWR-3) yang dibina pada Julai 1967. Ia memulakan pengeluaran elektrik komersial pada 26 Mac 1971, dan mula-mula dijadualkan tutup pada awal tahun 2011.[12] Pada Februari 2011, pihak berkuasa membenarkan operasi reaktor itu dilanjutkan selama 10 tahun lagi.[13] Malangnya, Unit 1 rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[14]

Unit 1 direka untuk pecutan bumi kemuncak 0.18 g(1.74 m/s2) dan spektrum sambutan berdasarkan gempa bumi Kaunti Kern 1952.[8] Asas rekabentuk Unit 3 dan 6 masing-masing adalah 0.45 g (4.41 m/s2) dan 0.46 g (4.48 m/s2).[15] Kesemua unit menjalani pemeriksaan selepas Gempa bumi Miyagi 1978 apabila pecutan bumi adalah 0.125 g (1.22 m/s2) selama 30 saat, tetapi didapati tidak merosakkan bahagian-bahagian reaktor yang terpenting.[8] The design basis for tsunamis was 5.7 meters.[16]

Pandangan udara kawasan loji Fukushima I pada tahun 1975, menunjukkan benteng laut dan lima buah reaktor yang siap, iaitu (dari kiri [Selatan] hingga kanan [Utara]) Unit 4,3,2,1 dan 5, serta Unit 6 (kanan) yang masih dalam pembinaan.
Gambar dekat Unit 4,3,2 dan 1.

Data reaktor[sunting | sunting sumber]

Unit Type[17] Mula dibina[18] Kegentingan pertama[18] Operasi komersil[18] Kuasa elektrik[18] Pembekal reaktor[17] Seni bina[4] Pembinaan[4] Bahan api
Fukushima I – 1 BWR-3 25 Julai 1967 10 Oktober 1970 26 Mac 1971 460 MW General Electric Ebasco Kajima LEU
Fukushima I – 2 BWR-4 9 Jun 1969 10 Mei 1973 18 Julai 1974 784 MW General Electric Ebasco Kajima LEU
Fukushima I – 3 BWR-4 28 Disember 1970 6 September 1974 27 Mac 1976 784 MW Toshiba Toshiba Kajima LEU/MOX[6]
Fukushima I – 4 BWR-4 12 Februari 1973 28 Januari 1978 12 Oktober 1978 784 MW Hitachi Hitachi Kajima
Fukushima I – 5 BWR-4 22 Mei 1972 26 Ogos 1977 18 April 1978 784 MW Toshiba Toshiba Kajima
Fukushima I – 6 BWR-5 26 Oktober 1973 9 Mac 1979 24 Oktober 1979 1,100 MW General Electric Ebasco Kajima
Fukushima I – 7 (dirancangkan)[19] ABWR April 2012 Oktober 2016 1,380 MW
Fukushima I – 8 (dirancangkan)[19] ABWR April 2012 Oktober 2017 1,380 MW

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Reaktor-reaktor loji ini memulakan operasi masing-masing dari tahun 1970 hingga 1979. Pada akhir tahun 2002 hingga 2005, reaktor-reaktor ini ditutup untuk pemeriksaan keselamatan ekoran skandal pemalsuan data TEPCO.[20][21] Pada 28 Februari 2011, TEPCO menyerahkan laporan kepada Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun, yang mangakui bahawa syarikat tersebut pernah menyerahkan laporan pemeriksaan dan pembaikan yang palsu. Laporan itu mendedahkan bahawa TEPCO gagal memeriksa lebih 30 komponen teknikal di keenam-enam reaktor, termasuk papan injap kawalan suhu reaktor serta komponen-komponen sistem penyejukan seperti motor pam air dan penjana diesel kecemasan.[22]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

  • Pada 25 Februari 2009, penutupan manual dilakukan di tengah-tengah operasi permulaan, disebabkan penggera tekanan tinggi yang disebabkan oleh penutupan injap pintas turbin. Reaktor mencapai 12% kuasa penuh ketika penggera berbunyi pada 4:03 pagi ekoran kenaikan tekanan kepada 1,029.8 psi yang melebihi had peraturan 1,002.2 psi. Reaktor itu dikurangkan kepada 0% kuasa, iaitu melampaui ambang 5% yang memerlukan laporan kejadian, manakala tekanan jatuh balik kepada takat yang dibenarkan pada 4:25 pagi. Kemudian, pada 8:49 pagi, bilah kawalan disisipkan sepenuhnya untuk melakukan penutupan reaktor secara manual. Selepas itu, pemeriksaan mendapat bahawa salah satu daripada lapan injap pintas tertutup dan mengalami sambungan bendalir pemacu yang tidak betul.[23]
  • Pada 26 Mac 2009, unit 3 mengalami masalah bilah kawalan terlebih sisip ketika bocoran. Ketika itu, kerja baik pulih dilakukan pada kelengkapan yang memantau tekanan pacuan bilah kawalan, dan apabila sebuah injap terbuka pada 2:23 petang, penggera bilah kawalan hanyut berbunyi. Setelah diperiksa lagi, didapati bahawa beberapa rodnya telah disisipkant anpa sengaja.[24]
  • Pada 2 November 2010, unit 5 mengalami SCRAM automatik ketika seorang pengendali sedang membuat penyelarasan pada pola penyisipan bilah kawalan. Arahan SCRAM disebabkan oleh penggera takat air reaktor rendah. Turbin tersandung dengan reaktor dan para pekerja tidak mengalami kecederaan radiasi.[25]

Kemalangan nuklear 2011[sunting | sunting sumber]

Gambar gabungan Unit 1 sebelum dan selepas letupan hidrogen pada 12 Mac 2011.

Pada 11 Mac 2011, sebuah gempa bumi bermagnitud 9.0 MW berlaku pada 14:46 Waktu Piawai Jepun (JST) di pantai timur laut Jepun. Unit 4, 5 dan 6 ditutup untuk rancangan penyelenggaraan sebelum gempa melanda.[26][27] Reaktor-reaktor yang lain ditutup secara automatik selepas gempa, manakala haba mengurai yang tinggal dalam bahan api sedang disejukkan dengan kuasa penjana kecemasan. Kemudian, tsunami melanda dan mematikan penjana kecemasan yang diperlukan untuk menyejukkan reaktor. Selama tiga minggu seterusnya, terbukti adanya peleburan nuklear separa di Unit 1, 2 dan 3; letupan yang nyata di Unit 1 dan 3 yang dipercayai disebabkan oleh gas hidrogen; serta kemungkin letupan di Unit 2 yang mungkin merosakkan bekas pengurungan utam; dan kemungkinan kolam bahan api terpakai di Unit 1, 3 dan 4 terdedah.[28] Lepasan radiasi menyebabkan ramai penduduk sekitar diperintah berpindah keluar ramai-ramai, kebimbangan akan bekalan makanan dan air, dan usaha merawat kakitangan nuklear.[29][30][31]

IAEA menarafkan kejadian di Unit 1, 2 dan 3 pada Tahap 5 (Kemalangan Besar) dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa, manakala kejadian di Unit 4 berada di Tahap 3 (Kejadian Serius).[32]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tepco site (Japanese).One Week Plant Grounds Course.
  2. "Tokyo Electric Power Co. Fukushima Daiichi Nuclear Power Station". jnes.go.jp. http://www2.jnes.go.jp/atom-db/en/general/atomic/ke02a13/info_f.html. Capaian 17 Mac 2011. 
  3. "General Electric-designed reactors in Fukushima have 23 sisters in U.S", MSNBC, 13 Mac 2011. Dicapai pada 14 Mac 2011. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Nuclear Reactor Maps: Fukushima-Daiichi". Council for Security Cooperation in the Asia Pacific. http://nuctrans.org/Nuc_Trans/locations/daiichi/daiichi.htm. Capaian March 14, 2011. 
  5. "Plutonium In Fuel Rods: Cause For Concern?", National Public Radio, 16 Mac 2011. Dicapai pada 20 Mac 2011. 
  6. 6.0 6.1 "Fukushima to Restart Using MOX Fuel for First Time", Nuclear Street, 17 September 2010. Dicapai pada 12 Mac 2011. 
  7. "Third Japanese reactor to load MOX", World Nuclear News, 10 Ogos 2010. Dicapai pada 12 Mac 2011. 
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 Brady, A. Gerald (1980). Ellingwood, Bruce. ed. An Investigation of the Miyagi-ken-oki, Japan, earthquake of June 12, 1978. NBS special publication. 592. United States Department of Commerce, National Bureau of Standards. m/s. 123. http://books.google.com/books?id=qEuWntnoZzYC&pg=PA123. 
  9. 9.0 9.1 "Fact Sheet on Fukushima Nuclear Power Plant". Nuclear Information and Resource Service. 13 Mac 2011. http://www.nirs.org/reactorwatch/accidents/Fukushimafactsheet.pdf. Capaian 13 Mac 2011. 
  10. Lahey, R.T. and Moody, F.J., "The Thermal-Hydraulics of a Boiling Water Reactor", second edition, 1993.
  11. Sandia National Laboratories (Julai 2006). Containment Integrity Research at Sandia National Laboratories - An Overview. U.S. Nuclear Regulatory Commission. NUREG/CR-6906, SAND2006-2274P. http://www.nrc.gov/reading-rm/doc-collections/nuregs/contract/cr6906/cr6906.pdf. Capaian 13 Mac 2011. 
  12. "Fukushima Daiichi Information Screen". Icjt.org. http://www.icjt.org/npp/podrobnosti.php?drzava=14&lokacija=818. Capaian March 15, 2011. 
  13. "Japan quake causes emergencies at 5 nuke reactors", Forbes, 12 Mac 2011. Dicapai pada 12 Mac 2011. Diarkibkan drpd. yang asli di 2011-03-17. 
  14. "Nuke database system: fukushima daiichi-1". ICJT Nuclear Training Centre. http://www.icjt.org/plants/uni/a/uni194a.html. Capaian 12 Mac 2011. 
  15. "Fukushima faced 14-metre tsunami". World Nuclear News. 24 Mac 2011. http://www.world-nuclear-news.org/RS_Fukushima_faced_14-metre_tsunami_2303113.html. Capaian 24 Mac 2011. 
  16. "Stabilisation at Fukushima Daiichi, update 2", World Nuclear News, 20 Mac 2011. Dicapai pada 20 Mac 2011. 
  17. 17.0 17.1 "Reactors in operation". IAEA. 31 Disember 2009. http://www-pub.iaea.org/MTCD/publications/PDF/CNPP2010_CD/pages/AnnexII/tables/table2.htm. Capaian 12 Mac 2011. 
  18. 18.0 18.1 18.2 18.3 18.4 "Japan: Nuclear Power Reactors". Power Reactor Information System - PRIS. IAEA. http://www.iaea.org/cgi-bin/db.page.pl/pris.powrea.htm?country=JP. Capaian March 14, 2011. 
  19. 19.0 19.1 "Nuclear Power in Japan", World Nuclear Association, 24 Februari 2011. Dicapai pada 12 Mac 2011. 
  20. "Heavy fallout from Japan nuclear scandal", CNN, 2 September 2002. Dicapai pada March 15, 2011. 
  21. Cooke, Stephanie (2009). In Mortal Hands: A Cautionary History of the Nuclear Age. Bloomsbury Publishing. m/s. 388. ISBN 9781596916173. 
  22. "Operator of Fukushima nuke plant admitted to faking repair records", Herald Sun, 20 Mac 2011. Dicapai pada 20 Mac 2011. 
  23. Tepco official release (Japanese).Manual shutdown during reactor startup operations in Fukushima I-1. February 2, 2009.
  24. Tepco official release (Japanese).Over-insertion of control rods in Fukushima I-3.
  25. Tepco official release (Japanese). Fukushima I-5 Automatic SCRAM Information.
  26. Black, Richard. "Reactor breach worsens prospects". BBC News. http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-12745186. Capaian 17 Mac 2011. 
  27. Biela Liwag. "Government Scientists on Japan Nuke Meltdown "No need to worry"". Noypi.ph. http://www.noypi.ph/index.php/nation/3295-government-scientists-on-japan-nuke-meltdown-no-need-to-worry.html. Capaian 14 Mac 2011. 
  28. http://www.nisa.meti.go.jp/english/files/en20110327-2-2.pdf Conditions of Fukushima Dai-ichi Nuclear Power Station Unit 2 as of 14:00 27 Mac 2011
  29. http://www.businessweek.com/ap/financialnews/D9M59PR00.htm Anxiety in Tokyo over radiation in tap water
  30. "Radiation leak feared at nuke plant, people urged to stay indoors". Kyodo News Agency. 15 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-16. http://web.archive.org/web/20110316145026/http://english.kyodonews.jp/news/2011/03/78123.html. 
  31. "Exposures and progress at Fukushima Daiichi", World Nuclear News, 24 march 2011. 
  32. "Japan Earthquake Update". IAEA. 19 Mac 2011. http://www.iaea.org/newscenter/news/2011/fukushimafull.html. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011