Kevin Rudd
| The Honourable Kevin Michael Rudd BA MP |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 13 September 2010 – 22 Februari 2012 |
|
| Perdana Menteri | Julia Gillard |
|---|---|
| Didahului oleh | Stephen Smith |
|
|
|
| Tempoh berjawat 3 Disember 2007 – 24 Jun 2010 |
|
| [[Timbalan Perdana Menteri Australia ke-26|Timbalan]] | Julia Gillard |
| Didahului oleh | John Howard |
| Digantikan oleh | Julia Gillard |
|
Ketua Parti Buruh Australia
|
|
| Tempoh berjawat 4 Disember 2006 – 24 Jun 2010 |
|
| [[Timbalan Ketua Parti Buruh Australia|Timbalan]] | Julia Gillard |
| Didahului oleh | Kim Beazley |
| Digantikan oleh | Julia Gillard |
|
Ahli Parlimen Australia
bagi Griffith |
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 3 Oktober 1998 |
|
| Didahului oleh | Graeme McDougall |
|
|
|
| Tarikh lahir | 21 September 1957 (55 tahun) |
| Tempat lahir | Nambour, Australia |
| Parti politik | Parti Buruh |
| Pasangan | Thérèse Rein |
| Alma mater | Universiti Kebangsaan Australia |
| Agama | Anglikan[1] |
| Tandatangan | |
Kevin Michael Rudd (IPA: /kɛvən ɹʌd/) (lahir 21 September 1957) merupakan Perdana Menteri Australia ke-26 dan ketua Parti Buruh Australia. Beliau menjadi Perdana Menteri selepas menewaskan John Howard dan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya November 2007. Beliau menjadi Perdana Menteri mulai Disember 2007 hingga memberi laluan kepada Julia Gillard pada Jun 2010.
Kerjaya politik [sunting]
Sebelum menjadi seorang ahli politik, Rudd menyertai perkhidmatan awam. Pada 1981, beliau bekerja di Jabatan Hal Ehwal Luar dan berkhidmat sebagai duta ke Sweden dan Republik Rakyat China (di mana beliau belajar Bahasa Mandarin dan masih fasih). Pada 1998, Rudd bertanding dan memenangi sebuah kerusi di Parlimen Australia. Pada 2001, beliau menjadi Menteri Luar Bayang dan mengkritik dasar Perdana Menteri John Howard menyokong Amerika Syarikat dalam Perang Iraq.
Pada 4 Disember 2006, Rudd dipilih sebagai ketua Parti Buruh Australia. Hampir setahun kemudian, beliau memimpin partinya menewaskan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya 2007.
Meletak jawatan [sunting]
Pada 24 Jun 2010, Kevin Rudd dicabar oleh timbalannya Julia Gillard. Setelah tidak lagi mendapat sokongan, Kevin Rudd meletak jawatan Perdana Menteri dan ketua Parti buruh Australia. Julia Gillard ambil alih kuasa dan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Australia wanita yang pertama. Oleh kerana Gillard sekarang pemimpin parti yang berkuasa dalam parlimen, pelantikannya sebagai perdana menteri hanya sebagai formaliti.
Timbalan Perdana Menteri Julia bertindak mencabar Kevin bagi kepemimpinan kerajaan. Beberapa ahli parlimen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai peluang tipis Parti Buruh dalam pilihan raya umum Australia 2010 jika Rudd masih menjadi pemimpin.
Dasar Kevin tidak digemari terutama berhubung penangguhan rancangan perdagangan karbon dan usla perlombongan. Langkah ini selaras dengan Persidangan Copenhagen yang mahu kuala alam sekitar diutamakan.[2] [3]
Pada 11 September 2010, setelah terbentuknya kerajaan minoriti Buruh selepas pilihan raya 2010, diumumkan bahawa Rudd menjadi Menteri Luar negaranya dalam jemaah menteri pimpinan Gillard.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Having faith in politics", canberratimes.com.au, 15 July 2010. Dicapai pada 21 July 2010.
- ↑ Julia Gillard Menjadi PM Australia Perempuan Pertama
- ↑ PM Australia dicabar timbalan
- ↑ "Rudd nabs Foreign Affairs portfolio - ABC News (Australian Broadcasting Corporation)". Abc.net.au. http://www.abc.net.au/news/stories/2010/09/11/3009056.htm. Capaian 2010-09-11.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kevin Rudd |