Scott Morrison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat

Scott Morrison

Potret rasmi, 2021
Perdana Menteri Australia ke-30
Dalam jawatan
24 Ogos 2018 – 23 Mei 2022
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralSir Peter Cosgrove
David Hurley
TimbalanMichael McCormack
Didahului olehMalcolm Turnbull
Digantikan olehAnthony Albanese
Ketua Parti Liberal Australia
Dalam jawatan
24 Ogos 2018 – 30 Mei 2022
TimbalanJosh Frydenberg
Didahului olehMalcolm Turnbull
Digantikan olehPeter Dutton
Bendahari Australia
Dalam jawatan
21 September 2015 – 24 Ogos 2018
Perdana MenteriMalcolm Turnbull
Didahului olehJoe Hockey
Digantikan olehJosh Frydenberg
Menteri Perkhidmatan Sosial
Dalam jawatan
23 Disember 2014 – 21 September 2015
Perdana MenteriTony Abbott
Malcolm Turnbull
Didahului olehKevin Andrews
Digantikan olehChristian Porter
Menteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan
Dalam jawatan
18 September 2013 – 23 December 2014
Perdana MenteriTony Abbott
Didahului olehTony Burke
Digantikan olehPeter Dutton
Anggota Parlimen Australia
untuk Cook
Dalam jawatan
24 November 2007 – 29 Februari 2024
Didahului olehBruce Baird
Butiran peribadi
LahirScott John Morrison
(1968-05-13) 13 Mei 1968 (umur 55)
Waverley, New South Wales, Australia
Parti politikLiberal
Sekutu gabungan
politik lain
Coalition
PasanganJenny
Anak-anak2
Alma materUniversity of New South Wales (B.Sc.)
Laman web rasmiOfficial website

Scott John Morrison (lahir 13 Mei 1968) ialah seorang ahli politik Australia, Beliau merupakan Perdana Menteri Australia ke-30 dan Pemimpin Partai Liberal pada 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan anggota Dewan Perwakilan Australia dari tahun 2007 hingga 2024, mewakili daerah Cook di New South Wales.

Berikutan kemenangan pakatan Coalition dalam pilihan raya persekutuan Australia pada tahun 2013, Morrison dilantik sebagai Menteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan dalam kabinet kerajaan pimpinan Tony Abbott.[1] Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi Menteri Perkhidmatan Sosial pada akhir tahun 2014.[2] Morrison dilantik sebagai Bendahari Parti sebaik sahaja Malcolm Turnbull menggantikan Tony Abbott sebagai perdana Menteri pada bulan September 2015.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Morrison lahir di Waverley, New South Wales, sebuah bandar berdekatan kota Sydney.Beliau merupakan anak bongsu kepada John Morrison, seorang polis dan kemudiaanya juga datuk bandar kawasan tersebut[4], dan Marion Morrison (nee Smith) - ayah Marion pula merupakan kelaihran New Zealand.[5] Namun Scott membesar di Bronte iaitu bandar yang berjiranan dengan Waverley.

Pada masa kecilnya beliau menjadi seorang pelakon kana-kanak yang beberapa kali muncul sebagai bintang iklan televisi.[6] Morrison memperoleh pendidikannya di Sydney Boys High School sebelum mendapat ijazah sarjananya dalam bidang geografi ekonomi di UNSW.[4]

Kerjaya profesional[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan pengajiannya dari universitinya, Scott bekerja sebagai pengurus penyelidikan dan polisi negara untuk Majlis Harta Tanah dari tahun 1989 sehingga 1995. Beliau kemudiannya beralih kepada bidang pelancongan di mana beliau bertindak sebagai naib ketua eksekutif Australian Tourism Task Force serta pengurus am Majlis Pelancongan Australia. Pada tahu 1998, Morrison berpindah ke New Zealand untuk menjawat jawatan sebagai pengarah Jabatan Pelancongan dan Sukan negara tersebut; antara sumbangan yang terkenal kepada jabatan ini ialah penciptaan kempen "100% Pure New Zealand".[6]

Morrison kembali ke Australia sebagai ketua negeri Parti Liberal di New South Wales pada April 2000.

Sebagai perdana menteri Australia[sunting | sunting sumber]

Morrison bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Biarritz, 25 Ogos 2019

Pada Ogos 2018, terdapat laporan bahawa Morrison akan mempertandingkan pimpinan Parti Liberal terhadap Peter Dutton dalam acara itu sebuah tantangan. Berikutan memanggil kepimpinan tumpah pada 24 Ogos, Morrison telah dilantik sebagai Pemimpin Parti Liberal.[7] Beliau diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia kemudiannya pada malam yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tony Abbott's cabinet and outer ministry". The Sydney Morning Herald. AAP. 16 September 2013. Dicapai pada 16 September 2013.
  2. ^ "Dutton to immigration in reshuffle". News.com.au. 21 December 2014.
  3. ^ Murphy, Katharine (20 September 2015). "Malcolm Turnbull unveils his ministry". The Guardian. Dicapai pada 20 September 2015.
  4. ^ a b Nick Bryant (February 2012). "Scott Morrison: So Who the Bloody Hell Are You?". The Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2018. Dicapai pada 7 February 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Members' statements in relation to citizenship: Scott Morrison, Parliament of Australia. Retrieved 7 February 2018.
  6. ^ a b Deborah Snow (30 April 2016). "Scott Morrison's relentless rise to power". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 7 February 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Scott Morrison wins Liberal party leadership spill". Nine News. 24 August 2018. Dicapai pada 24 August 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]