Khairil Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fail:Khairil Rashid .jpg

Khairil Rashid (juga dikenali sebagai Krill) merupakan penyampai radio SINAR dan bertugas pada waktu pagi bersama Raja Azura dan Salih Yaccob.

Dahulunya merupakan seorang penyampai radio yang popular di ERA bertugas setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi bersama Kiran dan Raja Azura dalam segmen Pagi di ERA. Nama sebenarnya ialah Khairul Azwan bin Mohd Rashid.

Khairil juga pernah bertugas pada waktu petang bersama Noor di radio XFM, sebelum berpindah ke SINAR di mana dia betugas sekarang.

Di samping itu, Khairil juga merupakan salah seorang anggota Kumpulan Khafi berpasangan dengan Faizal Ismail yang juga penyampai radio tetap di radio Hot FM. Pernah menjadi model MTV nyanyi penyanyi dangdut Amelina menerusi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ketika zaman remajanya.