Gangster (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gangster
Gangster 01.jpg
Pengarah Badaruddin Azmi
Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai
Pengarang Badaruddin Azmi
Lakonan Rosyam Nor
Umie Aida
Pengedar Tayangan Unggul Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Filem Gangster mula ditayangkan pada 13 Januari 2005. Dalam filem ini Rosyam Nor memegang tiga watak berlainan iaitu Rosli, Nala dan Lengau. Filem ini ialah filem ke-10 terbitan Tayangan Unggul. Nama watak Legau sebenarnya ialah nama panggilan untuk Rosyam Nor di kalangan ahli keluarganya. Empat adegan telah ditapis kerana tidak diluluskan untuk tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan beberapa perwatakan manusia dengan kisah dan konflik yang berbeza, di mana mereka ini terdesak dengan permainan kehidupan di bandar. Rosli merupakan seorang peniaga warung makan bersama isterinya Dewi. Kisah bermula apabila Rosli mengenali Hamzah yang merupakan seorang agen skim cepat kaya. Hasil pujukan Hamzah dan keyakinan Rosli terhadap skim tersebut telah mempengaruhinya untuk turut serta. Namun disebabkan kekurangan modal untuk melabur dalam skim tersebut, dia telah mengambil keputusan untuk meminjam duit daripada kumpulan ceti haram. Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan olehnya hanya tinggal impian apabila dia mendapati dia ditipu. Masalah menjadi lebih rumit apabila kumpulan ceti haram tidak dapat menagih pinjaman yang diberikan.

Akibatnya mereka telah menculik anak dan isteri Rosli. Di satu sudut kehidupan yang lain, seorang anak muda yang terlalu taksub dengan kehidupan remaja kota telah menghancurkan masa depannya sendiri tanpa disedari. Rizal merupakan seorang remaja yang tenjerumus dalam kancah perlumbaan kereta haram. Perlumbaan menjadi hebat apabila dia bertemu dengan seorang pelumba haram yang handal iaitu Legau. Perasaan ingin mengatasi antara satu sama lain telah menyebabkan kemalangan jiwa yang mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa. Sufi dan Ria pula merupakan mangsa daripada manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kemewahan dengan cara yang mudah.

Ria telah terjerumus ke dalam sindiket penjualan pil khayal yang diketuai oleh kekasihnya sendiri, Nala. Ketika perasaan Ria begitu memberontak, dia telah mengenali Sufi, seorang pelayan di kelab malam tempat dia bekerja. Sufi merupakan seorang anak muda yang terpengaruh dengan najis dadah. Perhubungan mereka menjadi rapat sehingga Sufi mengambil keputusan untuk membantu Ria melarikan diri dari cengkaman Nala. Dapatkah Rosli menyelamatkan isteri dan anaknya? Mampukah Rizal menandingi kehandalan Legau? Berjayakah Sufi untuk menyelamatkan Ria? Apakah kesudahan perjalanan kehidupan mereka? Saksikanlah kesudahannya di dalam Gangster dimana kejahatan bukanlah jalan hidup yang diredai.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Rosyam Nor (Rosli, Nala & Legau)
  2. Umie Aida (Dewi)
  3. Hasnul Rahmat (Sufi)
  4. Ako Mustapha (Rizal)
  5. Pushpa Narayan (Chitra)
  6. Nurul Hana (Elly)
  7. Siti Elizad
  8. Aqasha
  9. Saiful Apek
  10. Adlin Aman Ramli
  11. Zack Taipan

Pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Badaruddin Azmi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
    1. Penyunting Terbaik - S. Rakesh
    2. Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
    3. Anugerah Khas Juri 1 - Filem Box-Office
    4. Anugerah Khas Juri 2 - Stunt & Kesan Khas