Cimahi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kota Cimahi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kota Cimahi
Logo-Cimahi.png
Lambang Kota Cimahi
Moto: Saluyu ngawangun jati mandiri


Locator kota cimahi.png
Peta lokasi Kota Cimahi
Koordinat: 6°53' LS 107°32' BT
Provinsi Jawa Barat
Dasar hukum Undang Undang Republik Indonesia Nomor 9 Tahun 2001
Tanggal 21 Jun 2001
Pemerintahan
 - Walikota Ir. H.M. Itoc Tochija, MM
 - DAU Rp. 223.858.380.000,00 (2006)
Luas 48,42 km²
Penduduk
 - Total 483.000 (2003)
 - Kepadatan 9.70
Demografi
 - Kod telefon 022
Pembahagian pentadbiran
 - Kecamatan 3
 - Kelurahan 15
 - Tapak web http://www.cimahikota.go.id

Kota Cimahi adalah sebuah kota dalam Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Kota ini terletak di sebelah barat Kota Bandung. Cimahi dahulunya adalah sebahagian daripada Kabupaten Bandung, yang kemudian ditetapkan sebagai kota pentadbiran pada 29 Januari 1976. Pada 21 Jun 2001, Cimahi telah ditetapkan sebagai kota autonomi. Kota Cimahi terdiri atas 3 kecamatan, kemudian dibahagikan lagi kepada 15 kelurahan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cimahi mula dikenali pada tahun 1811, Gabernor Jeneral Herman Willem Daendels membuat jalan Anyer-Panarukan, dengan membuat pos penjagaan di jalan-jalan di Cimahi sekarang. Pada tahun 18741893, dibina jalan kereta api Bandung ke Cianjur sekaligus membina stesen kereta api Cimahi. Pada tahun 1886 dibangunkan pula pusat pendidikan tentera dengan kemudahan-kemudahan yang lain seperti hospital Dustira dan rumah tahanan tentera. Pada tahun 1935, Cimahi diumumkan sebagai kecamatan.

Selepas kemerdekaan Indonesia, Cimahi menjadi sebahagian daripada Kabupaten Bandung Utara. Pada tahun 1962, dibentuk pula Kawedanan Cimahi yang meliputi Kecamatan Cimahi, Padalarang, Batujajar, dan Cipatat. Berdasarkan PP bernombor 29 tahun 1975, Cimahi ditingkatkan statusnya menjadi kota pentadbiran pada 29 Januari 1976, dan menjadi kota pentadbiran pertama di Jawa Barat. Bermula 21 Jun 2001 status Cimahi menjadi kota.

Kini Cimahi menjadi salah satu kawasan membangun Kota Bandung di sebelah barat. Jumlah penduduknya sebanyak 483.000 orang, meningkat dari 290.000 pada tahun 1990. Pertumbuhan rata-rata 2,12% per tahun.

Perguruan Tinggi di Cimahi[sunting | sunting sumber]

Perubahan Nama Jalan[sunting | sunting sumber]

Sejak 10 November 2006, yang bertepatan dengan peringatan Hari Pahlawan, sepuluh jalan di Kota Cimahi mengalami perubahan nama menjadi nama pahlawan daripada Kota Cimahi. Senerai sepuluh jalan tersebut ialah:

Sebelumnya Nama Baru
Jln. Raya Cibeureum - Jln. Alun-alun Daeng Muhammad Ardiwinata
Jln. Alun-alun - Jln. Padasuka H. Amir Machmud
Jln. Babakan Wiganda Sasmita
Jln. Pasar Atas Dra. Hj. Julaeha Karmita
Jln. SMP Rd. Embang Artawidjaja
Jln. Cisangkan Hilir H. Usman Damiri
Jln. Akses Tol Baros H.M.S. Mintaredja, S.H.
Jln. Balai Kota Cimahi Rd. Demang Hardjakusumah
Jln. Citeureup Encep Kartawiria
Jln. Cimindi-Leuwigajah Mahar Martanegara

Pranala luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kota Cimahi