10 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
| MMXII | ||||||
10 November merupakan hari ke-314 (hari ke-315 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 51 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
[sunting] Peristiwa
- 1444 - Empayar Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan John Hunyadi dalam Pertempuran Varna.
- 1520 - Selepas berjaya menakluk Sweden, tentera Denmark di bawah Raja Christian II membunuh ramai pemimpin Sweden dalam Mandian Darah Stockholm.
- 1775 – Kor Marin Amerika Syarikat diasaskan sebagai "Marin Kontinental" oleh Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.
- 1865 - Pengawas Penjara Andersonville Henry Wirz digantung, menjadikan satu-satunya askar Perang Saudara Amerika dibunuh kerana jenayah perang.
- 1871 - "Dr. Livingstone, rasanya, kan?" – Henry Morton Stanley mengesan mubaligh dan pengembara yang hilang, David Livingstone (gambar) di Ujiji berhampiran Tasik Tanganyika, kini di Tanzania.
- 1928 - Hirohito (gambar) ditabalkan menjadi Maharaja Jepun yang ke-124.
- 1969 - Siri Sesame Street muncul buat julung kalinya, di rangkaian National Educational Television di Amerika Syarikat.
- 1975 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379, yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.
- 1975 - SS Edmund Fitzgerald karam di Tasik Superior dan mengorbankan 29 nyawa.
- 1995 - Penulis drama dan penindak alam sekitar Ken Saro-Wiwa dan lapan yang lain dari Pergerakan Kemandirian Orang Ogoni dibunuh oleh kerajaan tentera Nigeria.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
