Dell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dell, Inc.
Jenis Awam
(NASDAQ: DELL) & (SEHK: 4331)
Industri Teknologi
Ditubuhkan Austin, Texas (4 November 1984) (as "PC's Limited"). IPO pada 22 Jun 1988, pada $8.50/saham[1]: kira-kira 3 tahun 7 bulan selepas ditubuhkan
Pengasas Michael S. Dell
Ibu pejabat Round Rock, Texas
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Perancang utama Michael S. Dell
(Pengerusi & (CEO)
Produk Komputer atas meja
Pelayan
Komputer riba
Persisian komputer
Pencetak komputer
Hasil AS$ 61.133 bilion (2008)[2]
Pendapatan operasi AS$ 3.440 bilion (2008)[2]
Pendapatan bersih AS$ 2.947 bilion (2008)[2]
Jumlah aset AS$ 27.561 bilion (2008)[2]
Jumlah ekuiti AS$ 3.735 bilion (2008)[2]
Pekerja 82,700 (2008)
Anak syarikat Alienware
ASAP Software
EqualLogic
Laman web Dell.com

Dell, Inc. (NASDAQ: DELL) merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang bertapak di Round Rock, Texas, Amerika Syarikat. Dell menghasilkan pelbagai perkakasan komputer seperti komputer peribadi, pelayan, alat penyimpanan data, suis jaringan dll untuk perusahaan.

Dell mula meningkat pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk menjadi penjual komputer peribadi dan pelayan yang terbesar. Pada 2005 Dell, Inc. telah menjadi salah satu syarikat yang paling dipandang. Pada Februari 2005, Dell tampil di tempat pertama di dalam urutan "Perusahaan Paling Dibanggakan" majalah Fortune.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Michael Dell yang pada masa itu sedang berkuliah di University of Texas, Austin pada tahun 1984 mendirikan sebuah perusahaan PC's Limited dengan modal awal $1000. Perusahaan yang pada awalnya dijalankan dari luar area kampus tepatnya di sebuah kamar asrama di Dobie Center, mempunyai tujuan awal sebagai penjual komputer IBM-compatible yang dirakit dari komponen-komponen yang telah disediakan. Michael Dell menjalani perniagaannya dengan keyakinan bahwa menjual komputer secara langsung ke konsumen dapat membantu PC's Limited lebih memahami keperluan konsumen dan mampu memberikan solusi efektif atas keperluan tersebut. Michael Dell berhenti dari sekolah agar dapat lebih mengfokuskan diri terhadap perniagaannya yang sedang berkembang.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Frequently Asked Questions, Dell.com
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Form 10-K". Dell Inc., United States Securities and Exchange Commission. 2008-03-31. Diperoleh pada 2008-07-01. "For the fiscal year ended: February 1, 2008" 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]