Liga Super India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Super India
Indian Super League
இந்தியன் சூப்பர் லீக்
NegaraIndia
KonfederasiAFC (Asia)
Ditubuhkan21 Oktober 2013[1]
Bilangan pasukan8
Disingkirkan keTiada
ArasTahap 1
Tapak sesawangLawan Web Rasmi
ISL Musim 2015

Indian Super League (Bahasa Malaysia : Liga Super India; secara ringkas dikenali sebagai ISL) atau secara rasmi dikenali sebagai Hero Indian Super League atas sebab-sebab penajaan, adalah liga bola sepak profesional di India. Liga Super India adalah salah satu liga bola sepak tahap teratas di India, yang satu lagi Liga-I. Ia mempunyai lapan pasukan francais dari seluruh India. Liga berlangsung dari Oktober hingga Disember, dengan satu siri pusingan akhir menentukan juara. Liga Super India ditubuhkan pada tahun 2013 dalam usaha menjadikan sukan bola sepak sukan paling terkemuka di India dan untuk melahirkan permain bola sepak India yang profesional. Tidak seperti kebanyakan liga bola sepak di seluruh dunia, ISL tidak menggunakan sistem promosi dan penyingkiran . Sebaliknya, ia menggunakan sistem francais di mana lapan pasukan ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam liga.

Format Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Musim biasa Liga Super India berjalan antara Oktober dan November dengan siri pusingan akhir yang dimainkan pada bulan Disember. Pada musim biasa, setiap pasukan bermain antara satu sama lain dua kali di rumah dan tempat lawan. Empat pasukan teratas pada akhir musim yang layak untuk bertanding dalam siri pusingan akhir.

Skuad Liga Super India dikawal.Setiap barisan permain kelab perlu terdiri daripada satu permain marquee,7 permain asing dan 14 permain tempatan India (4 daripada mereka perlu berasal dari bandar kelab bola sepak tersebut berpengkalan).

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/India" does not exist.

Liputan Media[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "RELIANCE, IMG WORLDWIDE AND STAR INDIA, LAUNCH `INDIAN SUPER LEAGUE' FOR FOOTBALL". IMG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 21 July 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]