Lagenda Budak Setan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Lagenda Budak Setan
LagendaBudakSetan(Filem).jpg
Pengarah Sharad Sharan
Lakonan Farid Kamil
Que Haidar
Lisa Surihani
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Lagenda Budak Setan ialah sebuah filem tahun 2010 arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel terkenal Ahadiat Akashah sekitar tahun 1985.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia di hadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Dia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Antara lokasi penggambaran filem ini antaranya di padang ragut Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Nottingham Kampus Malaysia (UNMC) dan sekitar kawasan Langkawi, Kedah seperti Tanjung Rhu, Geo Park, Hutan Rimba Sungai Kilin, Gua Kelawar dan persekitaran pantai Chenang.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Selepas dua minggu, kutipan tiket kasar filem Lagenda Budak Setan dianggarkan melebihi RM 3 juta sejak mula ditayangkan pada 3 Jun lalu. Perkiraan itu berdasarkan kepada penangan hebat filem yang diadaptasi dari novel remaja ini yang mampu mendorong kira-kira 300,000 pengunjung ke pawagam.[1]. Filem ini merupakan filem arahan Sharad Sharan yang pertama dapat melepasi kutipan pecah panggung. Ekoran sambutan baik daripada penonton,pihak produksi telah membuat Lagenda Budak Setan dalam versi drama. Versi drama ini disiarkan di saluran Astro Prima (saluran 105).

Setelah tamatnya siaran drama ini, filem Lagenda Budak Setan 2 akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-23:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Meneguk romantis Lagenda Budak Setan Utusan Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]