Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang berprestij yang sering menjadi idaman setiap penerbit yang bertanding dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai pembuat filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada filem yang telah tercalon untuk filem terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penerbitan, pengarahan, lakonan, penulisan sesebuah filem tersebut. Filem yang boleh menghantar pencalonan ialah filem yang sudah/belum ditayangkan pada Mei hingga Jun tahun hadapannya dan tidak pernah bertanding dalam Festival Filem Malaysia.
Pada 1989 dan 1994, menjadi sedikit kontroversi apabila Filem Terbaik tidak dipertandingkan walaupun ada beberapa filem mendapat anugerah yang banyak dalam FFM yang dipertandingkan. Selain itu, anugerah ini turut mencetuskan kotroversi apabila ada filem yang kurang mendapat Anugerah Perdana menang Filem Terbaik.
Pada FFM 1 tiada anugerah Filem Terbaik. Sebaliknya para juri menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai filem terbaik pada masa itu dan pemenangnya ialah filem Tiada Esok Bagimu. Selain itu, kategori Filem Terbaik tidak memberi pencalonan yang banyak kerana pada masa itu filem dipertandingkan kurang dari segi kuantiti. Pada FFM 2 anugerah ini dadakan dan tidak menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai kategori utama pada acara ini dan memberi peluang semua jenis filem pelbagai genre bertanding untuk kategori tersebut. Filem Dia Ibuku araham Sarimah Ibrahim dinagkat sebagai filem terbauk dengan mencipta sejarah sebagai filem paling banyak menggondol anugerah pada acara tersebut iaitu sebanyak 9 anugerah dimenangi. Rekod ini masih dipegang sehinggan sekarang dan belum lagi dipecahkan oleh mana-mana filem setakat ini. Pada masa itu, pencalonan untuk Filem Terbaik masih kurang pada masa itu sehingga 1984. Untuk meningkatkan lagi pencalonan filem dan bagi mengatasi masalah kekurangan bajet, penganjuran acara ini dilakukan secara dwi-tahunan tetapi gagal menambah lagi pencalonan untuk kategori Filem Terbaik. Pada FFM 7, pencalonan unruk Filem Terbaik bertambah kepada tiga pencalonan. Filem bergenre seram/thriller (Rahsia) memenangi Filem Terbaik pada acara kali ini. FFM 8 satu tidakan drastik telah dibuat pada acara kali ini apabila kategori Filem Terbaik tidak diberikan. Alasannya kerana filem yang bertanding pada waktu iti tidak layak memenangi anugerah Filem Terbaik pada waktu itu. Hal ini juga berlaku pada FFM 10 apabila filem yang memenangi banyak anugerah pada waktu itu (Bintang Malam) tidak dianggakt sebagai Filem Terbaik pada acara tersebut.
Pada FFM 11, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada lima buah filem yang dicalonkan. Pemenangnya ialah filem kontroversi iaitu Perempuan, Isteri dan.... Pada FFM 12, FFM 13, dan FFM 14 penganjur masih mengurangkan pencalonan filem untuk kategori Filem Terbaik. Tetapi perkara itu berubah apabila tahun 2001 hingga kini apabila bilangan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik bertambah dan menghadkan sebanyak sebanyak lima buah filem.
- Bukit Kepong merupakan filem genre sejarah pertama memenangi kategori ini
- Ranjau Sepanjang Jalan merupakan filem adaptasi novel pertama memenangi kategori ini
- Rahsia menjadi filem genre thriller pertama memenangi kategori ini
- Kala Malam Bulan Mengambang menjadi filem hitam putih pertama memenangi kategori ini
- Magika menjadi filem genre fantasi pertama memenangi kategori ini
- Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem genre mitos pertama memenangi kategori ini
- KRU Studios menjadi syarikat filem pertama memenangi kategori ini untuk dua kali berturut-turut
- Tayangan Unggul mencipta sejarah gemilang pada FFM 22 dengan 3 filem terbitannya tercalon untuk kategori ini dan memenangi satu daripadanya
Pemenang & pencalonan [sunting]
Dalam senarai di bawah, pemenang anugerah disusun di atas terlebih dahulu diikuti pencalonan lain mengikut tahun anugerah.
| Tahun |
Filem |
Syarikat Penerbitan |
Penerbit |
1979–1980
FFM 1 |
Tiada Esok Bagimu |
Jins Shamsudin Productions |
Jins Shamsuddin |
1980–1981
FFM 2 |
Dia Ibuku |
Sarimah Films |
Sarimah Ahmad |
1981–1982
FFM 3 |
Bukit Kepong |
Jins Shamsudin Productions |
Jins Shamsuddin |
1982–1983
FFM 4 |
Ranjau Sepanjang Jalan |
Kay Film Productions, Sarimah Films |
Jamil Sulong, Sarimah Ahmad |
1983–1984
FFM 5 |
Matinya Seorang Patriot |
ZHA Film Productions |
Rahim Razali |
1984–1986
FFM 6 |
Tsu Feh Sofiah |
Angkatan Seniman Abad XX Film Productions |
Wan Rohani Zin |
1986–1987
FFM 7 |
Rahsia |
Cinematic |
Othman Hafsham |
| Puteri |
Angkatan Seniman Abad XX Film Productions |
Wan Rohani Zin |
| Mawar Merah |
RJ Films |
Rosnani Jamil |
1987–1989
FFM 8 |
Tiada penganugerahan |
1989–1991
FFM 9 |
Hati Bukan Kristal |
Director’s Team |
Habsah Hassan, Rahimah Rahim |
1991–1992
FFM 10 |
Tiada penganugerahan |
1992–1994
FFM 11 |
Perempuan, Isteri dan... |
Berjaya Film Production |
Pansha |
| Abang 92 |
Angkatan Seniman Abad XX Film Production |
Wan Rohani Zin |
| Fantasi |
Teletrade |
Zain Mahmood, Alias Omar |
| Femina |
SV Productions |
V. Nagaraj |
| Wanita Bertudung Hitam |
Teknik Suria |
Kak Wan, Noriha Nor |
1994–1995
FFM 12 |
Sayang Salmah |
Berjaya Film, Grand Brilliance |
Dr Mahadi J Murat |
1995–1997
FFM 13 |
Layar Lara |
Pesona Pictures |
Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Zuraini Anuar |
1997–1999
FFM 14 |
Jogho |
Gambar Tanah Licin |
U-Wei Hj Saari |
1999–2001
FFM 15 |
Leftenan Adnan |
Paradigm Film, Grand Brilliance |
Aziz M. Osman |
| Seri Dewi Malam |
Grand Brilliance, Paradigm Film |
Aziz M. Osman |
| Pasrah |
Skop Production, Grand Brilliance |
Yusof Haslam, Ismail Mustapha, Azman Ismail |
| Syukur 21 |
Metrowealth Movies Production |
David Teo |
2001–2003
FFM 16 |
KL Menjerit |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Maznita Mokhtar |
2003–2004
FFM 17 |
Paloh |
Filem Negara Malaysia Berhad |
|
| Trauma |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail, Jailani Abdul Ghani |
| Pontianak Harum Sundal Malam |
Pesona Pictures, Jugra Publication |
Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim |
| Buli |
Grand Brilliance |
Johari Amat, Lazizah Ahmad |
| Berlari Ke Langit |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Jailani Abdul Ghani |
2004–2005
FFM 18 |
Sepet |
MHZ Film |
Elyna Syukri, Rosnah Kassim |
| Puteri Gunung Ledang |
Enfiniti Production |
Shazalli Ramly, Tiara Jacquelina |
| Pontianak Menjerit |
Skop Production, ME Communications |
MH Noor, Yusof Kelana, Fetty Ismail, Dato’ Yusof Haslam |
| Qaisy & Laila |
Nizarman, Serangkai Filem |
Habsah Hassan, Ruhani Abdul Rahman, Basri Musa |
| Gangster |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail |
2005–2006
FFM 19 |
Gubra |
Nusanbakti Corporation |
Elyna Syukri, Wan Shahidi |
| Pontianak Harum Sundal Malam 2 |
Pesona Pictures |
Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim |
| Buli Balik |
Grand Brilliance |
Ahmad Puad Onah, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz |
| Gol & Gincu |
Redfilms |
Lina Tan, Alan Tan, Mee Fung, Marina |
| Bilut |
Mega Wajasinar |
Khatijah Abu Hassan |
2006–2007
FFM 20 |
Cinta |
Grand Brillance |
Ahmad Puad Onah |
| Tentang Bulan |
Metrowealth Movies Production |
David Teo |
| Waris Jari Hantu |
Pesona Pictures, Grand Brilliance |
Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim, Ibrahim Elias, Kavita Sidhu |
| Chermin |
Starry Eye Production |
Zarina Abdullah, Ummi Khaltoum Abdullah |
| The Red Kebaya |
L’Agenda Production |
Ramli Hassan, Andre Berly |
2007–2008
FFM 21 |
Kala Malam Bulan Mengambang |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail |
| 1957:Hati Malaya |
Pesona Pictures |
Shuhaimi Baba, Aida Buyong |
| Anak Halal |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail |
| Pensil |
Genius Parade |
Surenthar |
| Wayang |
UiTM |
|
2008–2009
FFM 22 |
Papadom |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin |
| Talentime |
Grand Brilliance |
Ahmad Puad Onah |
| Syurga Cinta |
Metrowealth Movies Production |
David Teo |
| Setem |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin |
| Maut |
Tayangan Unggul |
Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail |
2009–2010
FFM 23 |
Magika |
KRU Studios |
Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim |
| Estet |
Naga VXS |
Mamat Khalid |
| Evolusi KL Drift 2 |
Skop Production |
Dato' Yusof Haslam |
| Belukar |
Preston Zaidan Productions |
Jason Chong, Danny X-Factor |
| Lagenda Budak Setan |
Astro Shaw |
Gayatri Su-Lin |
2010–2011
FFM 24 |
Hikayat Merong Mahawangsa |
KRU Studios |
Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim |
|
|
|
|
|
|
| 1980-an |
|
|
| 1990-an |
|
|
| 2000-an |
|
|
| 2010-an |
|
|
|
|
|
| 1980-an |
|
|
| 1990–an |
|
|
| 2000–an |
|
|
| 2010-an |
|
|