Laluan tikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laluan tikus dikaitkan dengan laluan tidak sah antara sesebuah negara. Sempadan sesebuah negara memang mudah diceroboh kerana kerajaan tidak mampu memagar sepanjang sempadan yang begitu panjang.

Jerman Timur pernah membina Tembok Berlin bagi menyekat penghijrahan penduduk Jerman Timur ke Jerman Barat yang terlalu banyak, tetapi usaha itu tidak berjaya , malah dirobohkan pada tahun 1989.

Di Malaysia, laluan tikus merujuk kepada laluan tanpa memerlukan anda menunjukkan pasport antarabangsa kepada para pegawai kastam dan imigresen . Antaranya ialah di antara Malaysia dengan Thailand , Malaysia dengan Indonesia dan Malaysia dengan Brunei. Laluan tikus lebih ketara di Sarawak.

Laluan tikus boleh menyebabkan pengedaran dadah, barang tanpa kawalan dan lebih bahaya lagi kemasukan pendatang tanpa izin .Baru-baru ini pula timbul ahli Jemaah Islamiah disyakki cuba memasuki Malaysia melalui laluan tikus ini.

Jemaah Islamiah[sunting | sunting sumber]

Namun semua `laluan tikus' sepanjang sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat dikawal rapi bagi memastikan tiada anggota Jemaah Islamiah (Jemaah Islamiah) dari negara jiran dapat memboloskan diri.

Panglima Divisyen Pertama Tentera Darat, Jeneral Datuk Ramli Harun berkata, dua batalion tentera darat dari Markas Tiga Briged dan Sembilan Briged bertugas mengawal sempadan dari dicerobohi pengganas dari negara jiran.

Lakaran wajah Dr Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top diedarkan kepada semua anggota tentera dan lain-lain agensi kerajaan yang bertugas mengawal sempadan. Pemeriksaan terperinci termasuk membuka setiap bungkusan yang di bawa masuk ke negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Talib Jamal berkata Sarawak tidak termasuk dalam laluan kegiatan kumpulan Jemaah Islamiah yang bergerak dari Filipina ke Kalimantan Timur (Kaltim) Sarawak bersempadan dengan Kalimantan Barat (Kalbar) dan ia tidak termasuk dalam laluan itu. Sarawak bebas daripada sebarang aktiviti kumpulan pengganas Jemaah Islamiah.