Azahari Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr Azahari Husin di gelar sebagai Demolition Man di Malaysia, beliau juga merupakan buruan yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

1970-an Azahari Husin belajar di Adelaide, Australia ketika berumur 17 tahun. Beliau kuat sembahyang dan cemerlang dalam pelajaran. Setiap hari beliau sembahyang 5 kali sehari.

Kemudian belajar di Adelaide University selama 4 tahun tapi gagal dalam kursus kejuruteraan sebelum belajar pula di Britain.

1990 Dr Azahari Husin belajar di Reading University, Britain sehingga mendapat PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi pihak Universiti Reading menyatakan tesis Azahari Husin sebenarnya pengurusan tanah dan harga rumah di Malaysia pada 1980-an.

Dia dikenali juga sebagai Azar. Dr Peter Byme selalu tutor beliau menyatakan Azahari Husin seorang pendiam.

Di Britain, dia berhadapan dengan kesukaran kerana isterinya Noraini menderita sakit kanser kerongkong yang serius.

Menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau merupakan pemimpin Jemaah Islamiah. Dia ada menulis buku tentang 'multiple regression analysis' yang sangat profesional. Dalam kelas, beliau tidak bercakap pun tentang perjuangan agama.

1991 Azahari berkenalan dengan Abu Bakar Basyir dan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Skudai, Johor yang memimpin Jemaah Islamiah.

Dr Azahari terlibat dengan Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang dipelopori oleh Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar. Dr Azahari salah seorang lembaga pengarah sekolah tersebut. Pengarah sekolah itu ialah Noordin Mohamad Top, iaitu bekas pelajar Dr Azahari di UTM.

Beliau menulis manual cara-cara membuat bom untuk Jemaah Islamiah. Beliau terpanggil untuk jihad , menentang Kristian di Filipina dan Indonesia. Mereka bercita-cita mendirikan sistem pemerintahan Khalifah di Asia Tenggara.

1980-an dan 190-an beliau pernah berjuang di Afghanistan dalam perang suci menentang penjajah Rusia. Beliau mendapat latihan perang gerila Mujahidin di Akademi Sadaa, berdekatan sempadan Afghanistan.

1999 Azahari Husin ke Mindanao , Filipina. Di sana beliau melatih penggunaan dan pembuatan senjata dan letupan.

Fathur Rahman Al Ghozi atau 'Mike the Bomber' membina laman web tentang cara-cara membuat letupan. Fathur Rahman dapat lepaskan diri dari penjara Manila. Dr Azahari dan Fathur Rahman mendapat latihan di Kandahar , Afhanistan selama 2 bulan tentang cara -cara mebuat bom.

Dr Azahari Husin bersama Noordin menyertai Thoifah Muqotilah iaitu unit tentera dalam Jemaah Islamiah. Markas mereka di Poso , pulau Sulawesi.

Azahari Husin gagal ditangkap kerana bergerak dari rumah ke rumah setiap hari.

Azahari Husin bekerjasama dengan Noordin Mohammad Top , Zulkarnaen dan pakar elektronik Dulmatin( Noval / Genius ).

Dr Azahari Hussin merancang menggunakan 4 tan ammonium nitrate yang diisi dalam trak untuk serangan. Ammonium nitrate itu disorokkan di ladang pisang di Keluang , Johor. Kemudian mungkin dipindahkan ke Mojokerto, Jawa Timur pada bulan Julai.

Ketika serbuan di Pekanbaru , Semarang dan Jakarta , polis Indonesia menjumpai bahan TNT , detonator dan kaset.Bebrapa jadual gereja turut ditemui. Turut ditemui 25 potassium chlorate dan kepala pelancar roket. Suyonoa Yuda yang mendapat latihan di Afganistan turut ditahan.

Hotel JW Mariott 5 Ogos 2003[sunting | sunting sumber]

Hotel JW Mariott terletak di kawasan perniagaan Kuningan , Jakarta. Azahari menyediakan minivan Toyota putih yang dipandu oleh Usman Latin Sani ( 28 tahun ) yang penuh dengan bahan letupan.Minivan berhenti di hadapan pagar besi hotel tersebut . Sementara Azahari menaiki motosikal dan berhenti di masjid berhampiran Hotel JW Mariott. Kemudian berhenti di Pasar raya Carrefour ketika letupan berlaku dan menjerit Allahuakbar. 182 cedera. Namun pejuang hebat Noordin Mat Top berjaya lolos beberapa jam sebelum serbuan itu.

Beliau dikatakan turut terbabit dengan :

  • serangan bom di gereja Pekan Baru dan Medah 25 Disember 2000
  • serangan di Plaza Atrium, Jakarta 2000
  • pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002 yang membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.
  • Kedutaan Australia di Jakarta dan membunuh 11 orang.
  • pengebomam Bali 2005.

Pada sekian November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula lapuran lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya. Namun pengesahan berkenaan serpihan tubuh dapat dikenalpasti sebagai Dr. Azahari dengan bantuan forensik Polis Diraja Malaysia yang diterbangkan khas ke Jakarta. Dalam insiden berkenaan, seorang anggota Detasemen 88 iaitu Konstabel Choiruddin turut cedera dalam serbuan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]