Leo Tolstoy

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Leo Tolstoy
Ilya Efimovich Repin (1844-1930) - Portrait of Leo Tolstoy (1887).jpg
Leo Tolstoy
Pekerjaan Novelist
Genre Realist

Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September [G.L.: 28 Ogos] 182820 November [G.L.: 7 November] 1910) (bahasa Rusia: Лев Никола́евич Толсто́й, IPA: [lʲɛv nʲɪkɐˈlaɪvʲɪtɕ tɐlˈstoj] listen ), selalunya disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Leo (Lyof, Lyoff) Tolstoy, ialah seorang pengarang novel, esei, drama dan falsafah berbangsaRusia, dan juga seorang penyokong anarkisme Kristian yang pencinta damai dan pembaharu pendidikan. Beliau ialah ahli keluarga aristokrat Tolstoy yang paling berpengaruh.

Sebagai seorang pengarang fiksyen, Tolstoy dianggap oleh orang ramai sebagai salah seorang novelis agung yang dikenali terutamanya kerana mahakarya beliau seperti Peperangan dan Keamanan dan Anna Karenina. Dalam skop, keluasan dan gambaran realistik masing-masing mengenai kehidupan Rusia abad ke-19, kedua-dua buku ini berdiri di atas kemuncak fiksyen realisme. Sebagai seorang ahli falsafah moral, Tolstoy dikenali kerana idea-idea beliau mengenai tentangan tanpa kekerasan melalui karya-karya beliau seperti Alam Tuhan Ada di Dalam Anda, yang pula mempengaruhi tokoh-tokoh abad ke-20 seperti Mohandas K. Gandhi[1] dan Martin Luther King, Jr.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Wikisource
Wikiquote-logo-en.png
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

Laman web yang didedikasi kepada Leo Tolstoy

Biografi dan kritik

Leo Tolstoy dalam media