Aung San Suu Kyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aung San Suu Kyi
အောင်ဆန်းစုကြည်
Aung San Suu Kyi 17 November 2011.jpg
Kelahiran 19 Jun 1945 (69 tahun)
Rangoon, British Burma (now Yangon, Myanmar)
Tempat tinggal Yangon
Pusat pendidikan Lady Shri Ram College for Women
St Hugh's College, Oxford
School of Oriental and African Studies
Terkenal kerana Leading the Burmese Democracy Movement
General Secretary of the National League for Democracy
Agama Theravada Buddhism
Ibu bapa Aung San, Khin Kyi
Anugerah Rafto Prize (1990)
Nobel Peace Prize (1991)
Jawaharlal Nehru Award (1992)
Olof Palme Prize (2005)

Aung San Suu Kyi (Bahasa Burma: အောင်ဆန်းစုကြည်; MLCTS: aung hcan: cu. krany; sebutan Burma: [àuɴ sʰáɴ sṵ tɕì]; lahir 19 Jun 1945) ialah seorang ahli politik Burma dan bekas Setiausaha Agung Liga Demokrasi Negara. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1990, parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimet.[1][2][3][4][5][6][7] Bagaimanapun, beliau sudah ditahan dalam rumah sebelum pilihan raya berlangsung. Beliau ditahan dalam rumah di Burma selama 15 daripada 21 tahun mulai tahun 1990 hingga 13 November 2010.[8]

Beliau juga telah dianugerahkan Rafto Prize dan Sakharov Prize diatas kebebasan bersuara pada 1990. Beliau menentang kerajaan junta tentera Myanmar yang mengamalkan sistem tentera diktator.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aung San Suu Kyi dilahirkan pada 19 Jun 1945. Bapanya Aung San merupakan pejuang kemerdekaan Myanmar/Burma dari penjajah United Kingdom pada 1947. Aung San telah dibunuh oleh musuh-musuhnya pada tahun yang sama.

Suu Kyi telah dibesarkan oleh ibunya Khin Kyi bersama saudaranya Aung San Lin dan Aung San U di Yangon. Aung San Lin mati lemas dalam sebuah kolam. Suu Kyi belajar di sekolah Katholik di Myanmar.

Khin Kyi (Mak Khin Kyi) juga terkenal sebagai ahli politik di Myanmar. Beliau pernah dilantik sebagai duta ke India pada 1960. Aung San Suu Kyi turut pindah ke India dan belajar di Lady Shri Ram College di New Delhi pada 1964. Kemudian Suu Kyi belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dan mendapat ijazah B.A dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.

Suu Kyi pernah bekerja dengan kerajaan Myanmar . Pada 1972 berkahwin dengan Dr Michael Aris seorang warga Tibet yang tinggal di Bhutan. Kemudian mendapat anak lelaki bernama Alexander di London . 1977 mendapat anak kedua , Kim semasa di belajar di Universiti Georgetown dari Januari 1991 hingga Februari 1991.

Permulaan politik[sunting | sunting sumber]

Aung San Suu Kyu kembali ke Myanmar pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit. Secara kebetulan , pemimpin sosialis , Jeneral Ne Win dijatuhkan , mengetuai rakyat mengadakan demontrasi untuk mendapatkan demokrasi pada 8 Ogos 1988 di mana kerajaan junta tentera telah mengambil alih kuasa.

Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan idealisme Mahatma Gandhi . Beliau menyertai Liga Demokrasi Kebangsaan pada 27 September 1988 dan ditahan dalam rumah sejak 20 Julai 1989. Dia ditawarkan kebebasan jika meninggalkan negeara itu tetapi dia menolak.

Penahanan di Myanmar[sunting | sunting sumber]

Pada 1990 majlis pemerintahan tentera Myanmar mengadakan pilihan raya dan parti Liga Demokrasi Kebangsaan telah menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai Perdana Menteri Myanmar tetapi junta tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392 daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah Sakharov Prize dan Hadiah Keamanan Nobel pada 1991. Anak-anaknya Alexander dan Kim mewakili beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan rakyat Myanmar.

Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada Julai 1995 untuk melawat keluarganya di United Kingdom dan tidak dibenarkan pulang. Suaminya Dr Michael Aris seorang warganegara United Kingdom menjalani pemeriksaan kanser prostat pada 1997, kerajaan Myanmar enggan memberi sebarang visa.

Pada Pilihan raya umum Myanmar 2010, parti beliau telah memboikot pilihan raya. Beliau tidak dapat bertanding kerana masih dalam tahanan rumah. Pada 13 November, akhirnya Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan dalam rumah atas arahan rejim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Aung San Suu Kyi should lead Burma, Pravda Online. 25 September 2007
  2. The Next United Nations Secretary-General: Time for a Woman. Equality Now.org. November 2005.
  3. MPs to Suu Kyi: You are the real PM of Burma. The Times of India. 13 Jun 2007
  4. Walsh, John. (Februari 2006). Letters from Burma. Shinawatra International University.
  5. Deutsche Welle Rencana: Sentence for Burma's Aung San Suu Kyi sparks outrage and cautious hope. Petikan: The NLD won a convincing majority in elections in 1990, the last remotely fair vote in Burma. That would have made Suu Kyi the prime minister, but the military leadership immediately nullified the result. Now her party must decide whether to take part in a poll that shows little prospect of being just.
  6. The Hon. PENNY SHARPE Ucapan: In 1990 Daw Aung San Suu Kyi stood as the National League for Democracy's candidate for Prime Minister in the Burmese general election. The National League forDemocracy won in a landslide. But instead of her taking her rightful place as Burma's new Prime Minister, the military junta refused to hand over power. Page: 52
  7. A twist in Aung San Suu Kyi's fate Rencana: How a Missouri Mormon may have thwarted democracy in Myanmar.By Patrick Winn — GlobalPost Petikan: "Suu Kyi has mostly lived under house arrest since 1990, when the country's military junta refused her election to the prime minister's seat. The Nobel Peace Laureate remains backed by a pro-democracy movement-in-exile, many of them also voted into a Myanmar parliament that never was." Diterbitkan pada: 21 Mei 2009 00:48 ETBANGKOK, Thailand
  8. Burma releases Aung San Suu Kyi. BBC News, 13 November 2010.