Liaoning

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Koordinat: 41°30′ N 112°30′ E

辽宁省
Liáoníng Shěng
Singkatan:   (Pinyin: Liáo)
Liaoning is highlighted on this map
Asal-usul nama liáo - Liaoyang
níng - Ningyuan (kini Xingcheng)
Jenis pentadbiran Wilayah
Pusat pentadbiran
(dan bandaraya terbesar)
Shenyang
Setiausaha Jwk CPC Zhang Wenyue
Gabenor Zhang Wenyue
Luas 145,900 km² (21)
Populasi (2004)
 - Kepadatan
42,170,000 (14)
289/km² (15)
KDNK (2006)
 - per kapita
CNY 925.7 bilion (8)
CNY 21,802 (8)
HDI (2005) 0.808 (tinggi) (5)
Bangsa-bangsa utama Han - 84%
Manchu - 13%
Mongol - 2%
Hui - 0.6%
Korea - 0.6%
Xibe - 0.3%
Peringkat prefektur 14 bahagian
Peringkat daerah 100 bahagian
Peringkat perbandaran 1511 bahagian
ISO 3166-2 CN-21
Lamanb web rasmi
www.ln.gov.cn
(Cina)
Sumber untuk data populasi dan GDP:
《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005
ISBN 7503747382
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
ISBN 7105054255
Seperti pada 31 Disember 2004

Bunyi Liaoning? (Cina Ringkas: 辽宁; Cina Tradisional: 遼寧; pinyin: Liáoníng) ialah sebuah wilayah di timur laut Republik Rakyat China. Singkatan aksara tunggalnya ialah Liao (, pinyin: liáo).

"Liáo" ialah satu nama kuno bagi rantau ini yang diterima Dinasti Liao (Empayar Khitan) yang memerintah kawasan ini sejak tahun 907 hingga tahun 1125. "Níng" bermaksud "kedamaian". Wilayah masa kini ditubuhkan pada tahun 1907 sebagai wilayah Fengtian (奉天 pinyin: Fèngtiān; Ejaan peta pos: Fengtien) dan nama itu ditukar kepada Liaoning pada tahun 1929. Di bawah rejim boneka Jepun Manchukuo, wilayah ini kembali mengambil nama lamanya, namun nama Liaoning dipulihkan pada tahun 1945.

Liaoning terletak di bahagian selatan Timur Laut China. Liaoning bersempadankan Laut Kuning (Teluk Korea) dan Teluk Bohai di selatan, Korea Utara di tenggara, wilayah Jilin di timur laut, wilayah Hebei di barar, dan Mongolia Dalam di barat laut.

Sungai Yalu menandakan sempadan antara Korea Utara dan wilayah-wilayah Jilin dan Liaoning di China. Sungai tersebut mengalir hingga Teluk Korea antara Dandong (Liaoning) dan Sinŭiju (Korea Utara).

[sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Alatan peribadi