Majlis Amanah Rakyat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MARA)
Majlis Amanah Rakyat (bahasa Inggeris: Indigenous People's Trust Council; seringkali disingkatkan kepada MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
Isi kandungan |
Kronologi [sunting]
- 1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
- 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
- 1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.
Peranan MARA dalam pendidikan Malaysia [sunting]
MARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri. Seperti:
- Maktab Rendah Sains MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
- Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
- Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
- GiatMARA
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- German-Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
- Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Terdapat sebuah tempat di Tasik Banding, Belum Perak yang dinamakan sebagai Pulau MARA yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim.
Pengerusi MARA [sunting]
- 01.12.1965 - 07.06.1967 - Dato' Abdul Rahman bin Musa
- 08.06.1967 - 31.08.1967 - Tan Sri Taib Andak
- 01.09.1967 - 31.10.1971 - Y.B Encik Abdul Ghafar bin Baba
- 01.11.1971 - 31.01.1973 - Y.B Dato' Mustapha bin Hj. Abd. Jabar
- 01.02.1973 - 17.09.1973 - Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd. Ali
- 18.09.1973 - 30.09.1974 - Encik Ahmad bin Hj. Abdul Rahim
- 01.10.1974 - 31.05.1975 - Encik Sulaiman bin Osman
- 01.07.1975 - 23.08.1978 - Y.B Tan Sri Abd. Aziz Yeop
- 01.11.1978 - 15.10.1982 - Dr. Nawawi bin Mat Awin
- 16.10.1982 - 16.07.1984 - Y.B. Tuan Hj. Abdul Rahim bin Abu Bakar
- 17.07.1984 - 16.08.1984 - Tuan Haji Mohd. Ridzuan bin Abd. Halim
- 17.08.1984 - 31.08.1986 - Y.B. Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Ghazali
- 01.09.1986 - 31.10.1987 - Y.B. Dato' Hj. Khalid bin Yunus
- 01.11.1987 - 15.01.1991 - Y.B. Dato' Hj. Ismail bin Said
- 15.01.1991 - 12.01.1993 - Y.B. Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar
- 17.03.1993 - 23.07.1995 - Y.B. Datuk Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
- 24.07.1995 - 31.03.1998 - Y.B. Dato' Hj. Othman bin Abdul
- 01.04.1998 - 02.04.2000 - Y.B. Ruhanie b. Ahmad
- 03.04.2000 - 31.03.2004 - Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop
- 03.04.2004 - 15.07.2004 - Dato’ Zamani b. Md. Noor
- 16.07.2004 - 13.08.2008 - Y. B. Brigidier Jeneral (B) Dato’ Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin
- 16.07.2008 - 9.03.2013 - Y. B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh
- 10.03.2013 - sekarang - Y. B. Dato' Hussein Off
