Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali

Dato Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli (dilahirkan pada 6 November 1944) merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 hingga 10 Mac 2008. Beliau adalah Adun Pengkalan Hulu (Kroh).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang bekas Menteri Besar Perak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Teluk Intan dan di Lenggong, Perak. Kemudiannya, beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne, Australia dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Kamariah bt. Mokri. Beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Kerjaya dan kegiatan politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum memasuki arena politik, beliau pernah menjadi rakan perniagaan di sebuah firma perunding pengurusan.

Pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kenering. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Gerik dari tahun 1978 hingga tahun 1999. Di samping itu, Dato' Seri juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi MARA (1984-1986), dan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983-1986).

Pada tahun 1986, Dato' Seri telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pada tahun 1990, beliau berkhidmat pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada tahun 1997 sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Pada Januari 1999, beliau telah dilantik sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri.

Penglibatan Dato' Seri di dalam bidang politik bermula sejak 1967 lagi, sebelum bermulanya perkhidmatan beliau di pelbagai agensi Kerajaan. Di dalam UMNO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO untuk Bahagian Gerik. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Biro Pengguna dan Biro Sumber Manusia UMNO. Di samping itu, Dato' Seri juga adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam UMNO Negeri Perak.

Daripada tahun 1976 hingga 1984, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Grik dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Grik.

Y.A.B. Dato' Seri telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan kurnia negeri seperti - SPSA., SPMP., DPMP., dan AMP.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
3 Dis 1999 - 10 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Ramli Ngah Talib Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin