Annuar Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji
 Annuar Musa
Annuar Musa

Presiden KAFA
Tempoh berjawat
2007 – kini

Tempoh berjawat
1990 – 1993
Didahului oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Digantikan oleh Dato' Abdul Ghani Othman


Pengerusi MARA
Tempoh berjawat
19 Julai 2013 – 18 Julai 2015
Didahului oleh Dato' Seri Idris bin Jusoh

Ahli Parlimen
untuk P26 Ketereh, Kelantan
Tempoh berjawat
2013 – kini
Majoriti 974 (PRU-13)

ADUN
bagi N18 Peringat, Kelantan
Tempoh berjawat
1986 – 1990
Digantikan oleh Ustaz Haji Daud
Majoriti 136

Tarikh lahir 18 Mei 1956
Tempat lahir Bukit Marak, Kelantan
Parti politik UMNO (Malaysia).svgUMNO
Pasangan Rosniah Abdul Rahman
Anak 4
Pekerjaan Ahli parlimen, Perancang bandar
Agama Islam

Tan Sri Annuar Haji Musa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor dan Kok Lanas serta Ahli Parlimen Peringat di Kelantan; Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Menteri Pembangunan Usahawan dan Ketua Pembangkang di DUN Kelantan. Di peringkat akar umbi, beliau pernah memegang ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003.

Pada masa ini, beliau juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tetapi digantung 30 bulan (hukuman minima), setelah melanggar disiplin dalam FAM, iaitu mengkritik pasukan kebangsaan.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Datuk Annuar Musa lahir pada 18 Mei 1956 di Bukit Marak, Kelantan. Annuar berkahwin dengan Datin Rosniah Abdul Rahman dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Azzahraa, Azzwaa, Ajjrina dan Afiq Amani.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Annuar memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Annuar merupakan ahli Institut Perancang Malaysia. Beliau menjadi Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau 'Ku Li' yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu.

Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja. Annuar menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan. Penulis Subky Latif menyifatkan Annuar Musa bukan seorang 'Republikan' kerana sanggup bekerjasama dan patuh arahan Sultan Pahang yang menjadi Presiden FAM.

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979 beliau aktif dalam UMNO Kelantan.

Annuar menjadi ahli MT UMNO (1991-2004). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991-2003). Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Nilam Puri dan Peringat dari 1986 hingga kini.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding di DUN Peringat dalam Pilihan raya 1986, menewaskan Daud Jusoh (PAS) dengan majoriti 136 undi. Tapi tewas kepada Mohamad Sabu dalam Pilihan raya 1990 Parlimen Peringat. Tahun 1990, PAS menyapu bersih 39 kerusi dewan DUN Kelantan kerana pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO.

Namun dalam Pilihan raya 1995 , beliau menang di Peringat dengan menewaskan calon S46, Rafei Mat Salleh. Tahun 1995 menyaksikan BN menang 7 negeri 2 kerusi parlimen.

Dalam Pilihan raya umum 1999 beliau kalah kepada calon Keadilan, Mohamad Mustafa. BN hanya menang 2 kerusi negeri dan hanya menang 1 kerusi parlimen.

Tahun 2004, beliau menang di DUN Kok Lanas apabila menewaskan Md Ashari Mamat PAS. Beliau menang dengan majoriti 2846 undi, satu margin yang besar di Kelantan. Tahun 2004, BN menyapu bersih 21 daripada 45 kerusi negeri dan mengambil lapan daripada 14 kerusi parlimen. BN/UMNIO juga menang kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 dan telah memberikan 22 kerusi, berbanding 23 yang dimenangi oleh PAS.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ab Aziz Ab Kadir dari PR/PKR mengalahkan Datuk Seri Annuar Musa dari Barisan Nasional - UMNO di P26 Ketereh,Kelantan. Ab Aziz memperolehi 21,738 undi berbanding Annuar memperolehi hanya 21,338 undi. Majoriti 400 undi.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Wang PPRT[sunting | sunting sumber]

Pada 11 November 2011, Mingguan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Skandal PPRT Kelantan'. Masihkah fitnah?' tulisan Abdullah Ahmad, Kok Lanas. Kemudian Annuar Musa mendedahkan kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik Dato' Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001).

Digantung FAM 30 bulan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2012, beliau selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah jawatankuasa disiplin FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012. Annuar Musa digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak menjelaskan bahawa Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. Ia dikatakan melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.[3]

Pada 20 Mei 2012, Pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0. Annuar turut hadir di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan 'Red Warriors' Kelantan.

Tuntut royalti minyak Kelantan[sunting | sunting sumber]

Annuar Musa turut mengumumkan menyokong Gerak iaitu tuntutan royalti minyak luar pesisir pantai Kelantan daripada kerajaan pusat / Petronas. Pada 20 Mei 2012, Annuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan.[4]

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali mahu setiap rakyat Kelantan menyokong tuntutan tersebut. Pada 26 April 2012, Saman / rayuan Kelantan berhubung Royalti Petroleum didengar pada jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Pendaratan minyak dan gas dari 2 Telaga Kelantan (Telaga Surya dan Telaga Bumi) ke Kerteh, Terengganu adalah bertentangan dengan konsep federalisme Terhadap Negeri Kelantan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

YBhg. Datuk Annuar Haji Musa
Alhamra Group,
No. 67-1, Jalan 3/7D,
Desa Pandan,
55000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9873754
Fax: 03-9873761

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]