Mahajanapada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Mahajanapada
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
- Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Tamadun Lembah Indus 3300–1700 SM
- Budaya Harappa Akhir 1700–1300 SM
Pemerintahan Syarikat di India 1757–1858 Masihi
India British 1858–1947 Masihi
Pemecahan India 1947 Masihi
Sejarah Sri Lanka
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistan
Sejarah khusus
Duit syilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanKelautan
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Mahajanapada (Sanskrit: महाजनपद, Mahājanapada), secara harfiah "alam besar" (daripada maha, "besar", dan janapada "tempat bertapak sesuatu puak", "negara") ialah salah satu kerajaan atau negara India kuno. Teks kuno agama Buddha seperti Anguttara Nikaya [1] sering merujuk kepada enam belas kerajaan dan republik (Solas Mahajanapada) yang besar dan yang berkembang maju di jalur yang terbentang dari Gandhara di barat laut ke Anga di bahagian timur subbenua India dan termasuk sebahagian daripada wilayah trans-Vindhya,[2] sebelum munculnya agama Buddha di India. [3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Struktur politik orang India kuno nampaknya bermula dengan unit-unit puak nomad separa yang dikenali sebagai "Jana" (bermakna "rakyat"). Teks-teks Veda yang awal merujuk kepada sebilangan Jana atau puak Indo-Arya yang menghuni di sebuah negeri puak nomad separa dan yang bertempur antara satu sama lain, serta juga dengan puak-puak bukan Arya yang lain untuk merampas lembu, biri-biri, dan rumput pastura. Jana-jana Veda yang awal itu kemudian bersatu menjadi Janapada Zaman Epik.

Istilah "Janapada" secara harfiah membawa pengertian "tempat bertapak sesuatu puak". Fakta bahawa perkataan "Janappada" berasal daripada perkataan "Jana" menunjukkan bahawa peringkat awal pengambilan tanah oleh puak Jana bertujuan semata-mata untuk membolehkan kehidupan yang tetap. Proses penetapan pertama di daratan telah tamat peringkatnya yang terakhir sebelum zaman Gautama Buddha and Pāṇini. Wilayah barat laut Pra-Buddhisme di subbenua India terbahagi kepada sebilangan Janapada yang dibatasi antara satu sama lain oleh sempadan yang tetap. Dalam bahasa Pāṇini, "Janapada" merujuk kepada negara, manakala "Janapadin" merujuk kepada rakyatnya. Setiap Janapada itu dinamai sempena nama puak Kshatriya (atau Jana Kshatriya) yang telah menetap di situ.[4][5] Secara kebetulan, teks agama Buddha serta teks yang lain hanya merujuk kepada enam belas buah negeri yang agung (Solasa Mahajanapada) yang wujud sebelum zaman Buddha. Teks-teks itu tidak memberikan sebarang sejarah yang berhubungan, kecuali dalam kes Magadha. Kitab Anguttara Nikaya memberikan satu senarai yang terdiri daripada enam belas buah negeri agung di beberapa tempat dalam teks agama Buddha itu: [6]

Digha Nikaya, satu lagi teks agama Buddha, hanya menyebut dua belas buah Mahajanapada yang pertama, tanpa menyebut empat buah Mahajanapada yang terakhir di dalam senarai yang tersebut di atas.[7] Sebaliknya, Chulla-Niddesa, sebuah teks kuno dalam daftar karya agama Buddha, juga memasukkan Kalinga ke dalam senarai di atas dan menggantikan Yona dengan Gandhara. Justeru itu, ia menyenaraikan Kamboja dan Yona sebagai Mahajanapada yang tunggal di Uttarapatha.[8][9]

Sutra Bhagavati, kitab Jainisme, memberikan sebuah senarai yang terdiri daripada enam belas buah Mahajanapada yang berbeza sedikit dan terdiri daripada Anga, Banga (Vanga), Magadha, Malaya, Malavaka, Accha, Vaccha, Kochcha (Kachcha?), Padha, Ladha (Lata), Bajji (Vajji), Moli (Malla), Kasi, Kosala, Avaha, dan Sambhuttara. Jelasnya, pengarang Bhagvati hanya menumpukan negara-negara Madhydesa serta negara-negara di jauh timur dan selatan sahaja, tanpa memasukkan negara-negara di Uttarapatha, seperti Kamboja dan Gandhara. Kawasan Bhagvati yang lebih luas dan ketakmasukan semua negara di Uttarapatha "dengan jelasnya, menunjukkan bahawa senarai Bhagvati adalah lebih lewat asalnya dan justeru, tidak begitu boleh dipercayai".[10]

Pada asasnya, gagasan mereka yang mencipta senarai Janapada lebih menumpukan sudut pandangan puak daripada sudut pandangan geografi kerana senarai-senarai itu hanya menyebut nama orang dan bukan nama negara. Oleh sebab teks agama Buddha dan teks agama Jainisme hanya menyebut-nyebut Mahajanapada tanpa memberikan sebarang perincian tentang sejarahnya, namun hanya sedikit fakta tentang negara-negara kuno itu dapat diperolehi di sana sini daripada teks-teks tersebut serta teks-teks kuno yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Anguttara Nikaya I. p 213; IV. pp 252, 256, 261.
  2. Singh, Upinder (2008). A History of Ancient and Early Medieval India: From the Stone Age to the 12th Century. Delhi: Pearson Education. pp. 260–4. ISBN 81-317-1120-0 Check |isbn= value (bantuan). 
  3. http://www.iloveindia.com/history/ancient-india/16-mahajanapadas.html
  4. India as Known to Panini: A Study of the Cultural Material in the Ashṭādhyāyī, 1963, p 427, Vasudeva Sharana Agrawala - India; India in the Time of Patañjali, 1968, p 68, Dr B. N. Puri - India; Socio-economic and Political History of Eastern India, 1977, p 9, Y. K Mishra - Bihar (India); Tribes of Ancient India, 1977, p 18, Mamata Choudhury - Ethnology; Tribal Coins of Ancient India, 2007, p xxiv, Devendra Handa - Coins, Indic - 2007; The Journal of the Numismatic Society of India, 1972, p 221, Numismatic Society of India - Numismatics .
  5. A History of Pāli Literature, 2000 Edition, p 648 B. C. Law & Some Ksatriya Tribes of Ancient India, 1924, pp 230-253, Dr B. C. Law.
  6. Anguttara Nikaya: Vol I, p 213, Vol IV, pp 252, 256, 260 etc.
  7. Digha Nikaya, Vol II, p 200.
  8. Chulla-Niddesa (P.T.S.), p 37.
  9. Lord Mahāvīra and his times, 1974, p 197, Dr Kailash Chand Jain; The History and Culture of the Indian People, 1968, p lxv, Dr Ramesh Chandra Majumdar, Bharatiya Vidya Bhavan, Bhāratīya Itihāsa Samiti; Problems of Ancient India, 2000, p 7, K. D. Sethna.
  10. Political History of Ancient India, 1996, p 86; History & Culture of Indian People, Age of Imperial Unity, p 15-16