Sejarah Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah Pakistan sebagai negara bermula dengan kemerdekaannya pada 14 August 1947. Negara Pakistan kini terdiri daripada empat buah wilayah iaitu Sindh, Punjab, Balochistan dan Wilayah Sempadan Barat Laut. Ia turut mentadbir sebahagian wilayah Kashmir yang turut dituntut oleh India.

Kawasan ini bagaimanapun telah diduduki secara berterusan sekurang-kurangnya selaman dua juta tahun. Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklah Mehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, dan Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-daro.

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasuk Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Afghan, Arab, Turki dan Mughal.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Negara Pakistan ditubuhkan pada 14 Ogos 1947. Tetapi sejarah awalnya bertindah-tindih dengan sejarah India, Afghanistan dan Iran. Ini termasuklah sejarah Laluan Sutera.