Sejarah Tibet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tibet terletak antara dua buah tamadun kuno di China dan India, tetapi banjaran-banjaran terkusutnya yang terdiri daripada Penara Tibet serta Himalaya yang mencuar tinggi bertindak untuk menjauhinya dari kedua-dua tamadun tersebut. Bahasa Tibet ialah salah satu ahli cabang Tibet-Myanmar dalam keluarga bahasa China-Tibet. Sejarah Tibet dicirikan oleh penumpuan kepada agama Buddha, kedua-dua di mata para penduduk sendiri serta kaum-kaum Mongol dan Manchu. Tibet telah diberikan nama samaran "bumbung dunia" atau "tanah salji".


Prasejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Tibet dipercayai berasal daripada orang-orang nomad yang hidup di steppe. Orang Cina dan orang "proto-Tibet-Myanmar" mungkin berpisah sebelum tahun 4000 SM ketika orang Cina mula menanam milet di lembah Sungai Kuning, manakala orang Tibet-Myanmar masih merupakan orang nomad. Tibet berpisah dengan orang Myanmar pada sekitar tahun 500 Masihi. [1][2] Dari segi bangsa, orang Tibet boleh dibahagikan kepada golongan brakisefalus atau kepala bulat (orang petani secara sejarah), dan golongan dolikosefalus atau kepala panjang (orang nomad atau bangsawan secara sejarah). Ini membayangkan penaklukan oleh orang nomad pada zaman lampau yang tidak tercatat.

Kubu-kubu bukit dan kompleks-kompleks pengebumian Zaman Besi prasejarah baru-baru ini telah ditemui di penara Chang Tang, tetapi keterpencilan lokasinya telah menghalang penyelidikan arkeologi. Pengenalpastian permulaan bagi budaya ini ialah Budaya Zhang Zhung yang dihuraikan dalam teks kuno Tibet dan dikenali sebagai budaya asli agama Bön.

Asal mitologi[sunting | sunting sumber]

Nyatri Tsanpo (Wylie: Gnya'-khri-btsan-po), raja Tibet yang pertama, dikatakan turun dari langit, atau berhijrah ke Tibet dari India. Disebabkan oleh rupanya yang aneh, seperti tangan renang dan mata yang ditutup dari bawah, beliau dikatakan disambut oleh orang-orang tempatan sebagai dewa. Raja itu mengekalkan hubungannya dengan syurga melalui selembar tali, dan apabila sampai masa untuk meninggal dunia, beliau memilih untuk naik ke syurga dengan tali yang sama.

Drigum Tsenpo (Dri-gum-brtsan-po), raja legenda, memberangsangkan penjaga kudanya, Longam (Lo-ngam) untuk berlawan dengannya dan semasa perlawanan itu, tali raja ke syurga dipotong dan baginda juga dibunuh. Drigum Tsenpo dan raja-raja selepasnya mangkat dengan meninggalkan mayat yang dikebumikan. [3]

Dalam mitos yang kemudian yang ditulis buat pertama kali dalam Maṇi bka' 'bum, orang-orang Tibet merupakan anak-anak daripada perkahwinan antara seekor monyet dengan gergasi perempuan batu. Monyet itu sebenarnya merupakan penjelmaan bodhisatva Avalokiteśvara (bahasa Tibet: Spyan-ras-gzigs) dan gergasi perempuan itu adalah dewi Tara (bahasa Tibet: 'Grol-ma).

Empayar Tibet[sunting | sunting sumber]

Peta Empayar Tibet pada tahun 820, berhubung denga kuasa-kuasa penting.

Satu siri maharaja memerintah Tibet dari abad ke-7 sehingga abad ke-11. Pemerintahan Tibet kekadangnya terbentang sejauh selatan sehingga Bengal dan sejauh udara sehingga Mongol.

Kemunculan pertama dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Tibet muncul buat pertama kali dalam sejarah di dalam karya Geografi Ptolemy  dengan nama batai  (βαται), transkripsi Yunani bagi nama aslinya, Bod. Ia kemudian muncul dalam sejarah di dalam sebuah teks Cina yang merujuk kepadanya sebagai fa. Peristiwa pertama daripada sejarah Tibet tercatat disahkan secara luar apabila Raja Namri Löntsän (Gnam-ri-slon-rtsan) menghantar seorang duta ke China pada awal abad ke-7. [4]

Pengasasan dinasti[sunting | sunting sumber]

Tibet bermula sebagai sebuah kastil yang bernama Taktsé (Stag-rtse) di daerah Chingba (Phying-ba), Chonggyä (Phyongs-rgyas). Di sana, menurut Babad Lama Tibet :

"Sekumpulan pengkomplot meyakinkan Stag-bu snya-gzigs [Tagbu Nyazig] supaya memberontak terhadap Dgu-gri Zing-po-rje [Gudri Zingpoje], raja negeri lindungan kepada empayar Zhang-zhung di bawah dinasti Lig myi. Zing-po-rje meninggal dunia sebelum komplot tersebut dapat dilaksanakan, dan puteranya [Namri Löntsen] mengetuai komplot itu sebagai ganti selepas memperoleh sumpah taat setia daripada para pengkomplot." [5]

Kumpulan pengkomplot itu mengatasi kemaharajaan Zing-po-rje. Pada detik itu, Namri Löntsän merupakan ketua kepada sebuah negara baru yang akan menjadi Empayar Tibet. Kerajaan Namri Löntsän menghantar dua pasukan utusan ke China pada tahun 608 dan 609 yang menandakan kemunculan Tibet dalam arena antarabangsa. [6]

Pemerintahan Songtsän Gampo[sunting | sunting sumber]

Arca Maharaja Songtsän Gampo di sebuah gua yang terletak di Yerpa.

Songtsän Gampo (Wylie: Srong-brtsan Sgam-po) (lahir k.k. 604, maut 650) ialah maharaja agung yang memperluas kuasa Tibet dan secara tradisi dihargai kerana memperkenalkan agama Buddha ke Tibet. Ketika bapanya, Namri Löntsän, maut kerana diracuni pada sekitar tahun 618, [7] Songtsän Gampo mengambil alih kuasa selepas menumpaskan sebuah pemberontakan yang singkat.

Songtsän Gampo terbukti mahir dalam bidang diplomasi serta di dalam medan pertempuran. Myang Mangpoje (Wylie: Myang Mang-po-rje Zhang-shang), menteri maharaja, menewaskan Sumpa pada kira-kira tahun 627. [8] Enam tahun kemudian (k.k. 632-633), Myang Mangpoje dituduh kerana penderhakaan dan dihukum mati. [9][10][11] Beliau diwarisi oleh Menteri Gar Songtsän (Mgar-srong-rtsan).

Rekod-rekod Cina mencatat sepasukan utusan dari Tibet pada tahun 634. Ketika itu, Songtsän Gampo meminta perkahwinan dengan seorang puteri Cina tetapi ditolak. Pada tahun 635-636, Songtsän Gampo menyerang dan menewaskan kaum Azha (‘A zha) yang tinggal di Tasik Koko Nur yang terletak di sudut timur laut Tibet, dan yang mengawal laluan-laluan perdagangan yang penting masuk ke China. Selepas sebuah kempen ketenteraan terhadap China pada tahun 635-636, [12] Maharaja Cina bersetuju untuk memberikan seorang puteri Cina kepada Songtsän Gampo.

Pada kira-kira 639, selepas sebuah pertikaian antara Songtsän Gampo dan adik lelakinya, Tsänsong (Brtsan-srong), Tsänsong dibakar hidup-hidup oleh menteri sendiri, Khäsreg (Mkha’s sregs) (barangkali atas perintah si maharaja, abangnya). [10][13]

Wencheng (bahasa Tibet: Mung-chang Kung-co), puteri Cina, bertolak dari China pada tahun 640 untuk berkahwin dengan Songtsän Gampo, dan tiba setahun kemudian. Keamanan antara China dan Tibet dikekalkan pada sepanjang baki pemerintahan Songtsän Gampo.

Sämakar (Sad-mar-kar), adik perempuan Songtsän Gampo, dihantar untuk berkahwin dengan Lig-myi-rhya, raja Zhang Zhung. Bagaimanapun, ketika raja itu enggan menyempurnakan perkahwinan mereka dengan bersatu, Sämakar kemudian membantu abangnya untuk menewaskan Lig myi-rhya dan menggabungkan kemaharajaannya ke dalam Empayar Tibet. Pada tahun 645, Songtsän Gampo menakluki kemaharajaan Zhang Zhung yang terletak di Tibet barat masa kini.

Songtsän Gampo mangkat pada tahun 650, dan diwarisi oleh cucu bayinya, Trimang Lön (Khri-mang-slon). Bagaimanapun, kuasa yang sebenarnya terletak di tangan Menteri Gar Songtsän.

Pemerintahan Trimang Löntsän (650-677)[sunting | sunting sumber]

Menteri Gar Songtsän meninggal dunia pada tahun 667 selepas menggabungkan Azha ke dalam wilayah Tibet. Antara tahun-tahun 665-670, Kotan ditewaskan oleh Tibet. Maharaja Trimang Löntsen (Khri-mang-slon-rtsan) berkahwin dengan Thrimalö (Khri-ma-lod), seorang wanita yang akan menjadi tokoh terutama dalam sejarah Tibet. Maharaja itu mangkat pada musim sejuk tahun 676-677, dan Zhang Zhung memberontak selepas itu. Pada tahun yang sama, Tridu Songtsän (Khri-'dus-srong-rtsan), putera kepada maharaja tersebut, dilahirkan. [5]

Pemerintahan Tridu Songtsän (677-704)[sunting | sunting sumber]

Maharaja Tridu Songtsän memerintah di bawah bayangan Thrimalö, ibunya yang berkuasa pada satu pihak, dan klan Gar (Mgar ) yang berpengaruh pada pihak yang lain. Pada tahun 685, Menteri Gar Tännyädombu (Mgar Bstan-snyas-ldom-bu ) meninggal dunia dan adiknya, Gar Thridringtsändrö (Mgar Khri-‘bring-btsan brod ) dilantik sebagai ganti. [14] Pada tahun 692, Tibet hilang Lembangan Tarim kepada China. Gar Thridringtsändrö menewaskan tentera Cina dalam pertempuran pada tahun 696, dan merayu meminta perdamaian. Dua tahun kemudian pada tahun 698, Maharaja Tridu Songtsän menjemput klan Gar (melebihi 2,000 orang) ke sebuah majlis pemburuan dan membunuh kesemua mereka. Gar Thridringtsändrö membunuh diri, dan askar-askar yang taat setia kepadanya menyertai tentera Cina. Ini mengakhiri kuasa keluarga Gar. [5]

Dari tahun 700 sehingga kemangkatannya, Maharaja Thrimalö terus menyertai kempen ketenteraan di timur laut, dan semasa ketidakhadirannya di Tibet Tengah, ibunya Thrimalö mentadbirkan hal ehwal negara atas namanya.[15] Pada tahun 702, China dan Tibet mengikat sebuah perjanjian perdamaian. Pada akhir tahun itu, kerajaan Empayar Tibet mengalihkan perhatiannya kepada mengukuhkan penyusunan pentadbiran (skrip Tibet: khö chenpo; Wylie: mkhos chen-po) kawasan Sumru (Wylie: Sum-ru) timur laut, negara Sumpa yang ditaklukkan 75 tahun dahulu. Sumru disusun sebagai "tanduk" baru empayar. Pada musim panas tahun 703, Tridu Songtsän mendiami di Öljag (‘Ol-byag ), Ling (Gling ) yang terletak di hulu Sungai Yangtze, sebelum memulakan serangannya ke atas Jang (‘Jang ). Pada tahun 704, baginda mendiami buat tempoh yang singkat di Yoti Chuzang (Yo-ti Chu-bzangs ) yang terletak di Madrom (Rma-sgrom ) di Sungai Kuning. Baginda kemudian menyerang Mywa tetapi mangkat semasa pelaksanaan kempen tersebut. [15]

Pemerintahan Tride Tsuktsän (704-754)[sunting | sunting sumber]

Gyältsugru (Wylie: Rgyal-gtsug-ru ), bakal raja dengan nama Tride Tsuktsän (Khri-lde-gtsug-brtsan ), dilahirkan pada tahun 704. Selepas kemangkata Tridu Songtsen, permaisurinya Thrimalö memerintah sebagai pemangku raja kepada bayi Gyältsugru. [15] Pada tahun yang berikut, Lha Balpo (Lha Bal-pho ), putera Tridu Songtsen yang lebih tua, menandingkan pewarisan adiknya yang berumur satu tahun di Pong Lag-rang, dan "menggulingkannya". [15]

Thrimalö telah mengatur sebuah perkahwinan diraja dengan seorang puteri Cina. Puteri Jincheng tiba pada tahun 710, tetapi tidaklah begitu jelas tentang adakah puteri itu berkahwin dengan Gyältsugru yang berumur tujuh tahun [16] atau dengan Lha Balpo yang digulingkan. [17] Gyältsugru naik takhta secara rasmi dengan nama diraja Tride Tsuktsän pada kematian Maharani Balu Thrimalö dalam tahun 712. [15]

Orang Arab dan Turgis semakin menjadi ketara semasa tahun-tahun 710-720. Tibet bersekutu dengan orang Arab dan Turki timur. Tibet dan China bertempur sekali sekala pada akhir dekad 720-an. Pada mula-mulanya, Tibet (dengan Turgis, sekutunya) lebih berkuasa, tetapi kemudian mula mengalami kekalahan dalam pertempuran. Selepas sebuah pemberontakan di China selatan pada tahun 730 yang merupakan kemenangan utama Tibet, Tibet dan Turgis merayu meminta perdamaian.

Pada tahun 734, Tibet mengahwinkan puterinya Dronmalön (‘Dron ma lon ) kepada Qaghan dari Turgis. China bersekutu dengan orang Arab untuk menyerang Turgis. Selepas kemenangan dan perdamaian dengan Turgis, China menyerang Tibet secara mengejut. Tibet mengalami banyak kekalahan di timur, walaupun mereka berkuasa di barat. Empayar Turgis runtuh, akibat persengketaan dalaman. Pada tahun 737, Tibet melancarkan sebuah serangan terhadap Raja Bru-za (Gilgit) yang meminta bantuan daripada China, tetapi akhirnya terpaksa memberikan penghormatan kepada Tibet. Pada tahun 747, pegangan Tibet dilonggarkan oleh kempen ketenteraan Jeneral Kao Hsien-chih yang cuba membuka semula komunikasi langsung antara Asia Tengah dengan Kashmir. Menjelang tahun 750, Tibet hilang hampir semua tanah jajahannya di Asia Tengah kepada China. Bagaimanapun, selepas kekalahan Hsien-chih kepada tentera Qarluq dan Arab di Sungai Talas (751), pengaruh Cina merosot dengan cepat dan pengaruh Tibet disambung semula.

Pada tahun 755, Tride Tsuktsän dibunuh oleh Menteri Lang dan Menteri Bal. Kemudian Tagdra Lukong (Stag-sgra Klu-khong) mengemukakan bukti kepada Putera Song Detsän (Srong-lde-brtsan) bahawa "mereka tidak taat setia dan selain daripada menimbulkan pertelingkahan di dalam negara, mereka sudah hendak mencederakannya juga... Akhirnya, Lang dan ‘Bal betul-betul memberontak, dan mereka dibunuh oleh tentera, dengan harta mereka dirampas. Tagdra Lukong bolehlah dianggap diberikan ganjaran yang lumayan." [18]

Pemerintahan Trisong Detsän (756-797)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 756, Putera Song Detsän dimahkotai sebagai Maharaja dengan nama Trisong Detsän (Wylie Khri sron lde brtsan ) dan mengambil alih kerajaan Tibet selepas setahun tanpa maharaja. Menjelang tahun 755, China telah dilemahkan dengan ketara oleh pemberontakan dalaman yang berlangsung sehingga tahun 763. Sebagai perbandingan, pemerintahan Trisong Detsän dicirikan dengan penegasan semula pengaruh Tibet di Asia Tengah dan terhadap China. Pada tempoh awal pemerintahannya, kawasan-kawasan di sebelah barat Tibet memberikan penghormatan kepada istana Tibet. Sejak dari masa itu, Tibet menempuh wilayah maharaja-maharaja Dinasti Tang, dan tiba di Chang'an (Xian masa kini) pada tahun 763/764. Tentera Tibet menduduki Chang'an selama lima belas hari, dan melantik seorang maharaja boneka semasa Maharaja Daizong dari Tang berada di Luoyang. Pada masa yang sama, kelompok etnik Kirghiz merundingkan sebuah perjanjian persahabatan dengan Tibet dan kuasa-kuasa yang lain untuk membenarkan perdagangan bebas di kawasan itu. Suatu percubaan untuk mencapai perjanjian perdamaian antara Tibet dengan China dibuat pada tahun 787, tetapi permusuhan antara mereka berterusan sehingga sebuah perjanjian China-Tibet yang dipersetujui pada tahun 821 diukir pada batu di Lhasa pada tahun 823 (sila lihat di bawah). Pada masa yang sama, kelompok etnik Uyghur yang merupakan sekutu maharaja Tang pada nama sahaja, terus mengakibatkan kesusahan di sepanjang sempadan utara Tibet. Menjelang keakhiran pemerintahan raja ini, kemenangan-kemenangan Uyghur di utara mengakibatkan Tibet hilang sebilangan sekutunya di tenggara. [19]

Penyelidikan sejarah yang baru-baru ini menunjukkan kewujudan agama Kristian di Tibet seawal abad ke-6 dan ke-7 lagi. Tempoh ini merupakan tempoh yang kaum Hun Putih mempunyai hubungan-hubungan yang meluas dengan Tibet. [20] Kehadiran mereka yang kukuh wujud menjelang abad ke-8 ketika Bapa Timothy I (727-823) pada tahun 782 memanggil Tibet sebagai salah satu komuniti gereja timur yang lebih penting dan menulis pada kira-kira tahun 794 tentang keperluan untuk melantik lagi seorang biskop. [21]

Pemerintahan Mune Tsänpo (797-799)[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat banyak catatan tentang pemerintahan Mune Tsenpo (Wylie: Mu ne btsanpo ).

Pemerintahan Tride Songtsän (799-815)[sunting | sunting sumber]

Tride Songtsän (Khri lde srong brtsan) menghadapi perang yang berlanjutan dengan kuasa-kuasa Arab di barat. Pada awal-awalnya, Tibet kelihatan menangkap sebilangan askar Arab dan memaksa mereka berkhidmat untuknya di sempadan Timur pada tahun 801. Tentera Tibet giat sejauh Samarkand dan Kabul di barat. Tentera Arab kemudian mula lebih berkuasa dan gabenor Tibet di Kabul terpaksa berserah kepada tentera Arab dan menjadi seorang penganut Islam pada sekitar tahun 812 atau 815. Tentera Arab kemudian mara ke arah timur dari Kashmir, tetapi ditahan oleh tentera Tibet. Pada masa yang sama, tentera Uyghur menyerang Tibet dari timur laut. Pertempuran antara tentera-tentera Uyghur dan Tibet diteruskan buat satu tempoh. [22]

Pemerintahan Ralpacan (815-838)[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Ralpacan (Wylie: Khri gtsug lde brtsan) dicirikan oleh pertempuran-pertempuran dengan negara Uyghur di utara. Tentera Tibet menyerang wilayah Uyghur pada tahun 816 dan diserang pula pada tahun 821. Selepas sebuah serangan yang kecil masuk ke dalam wilayah Cina, China berjanji untuk memberikan puteri-puterinya kepada kedua-dua raja Uyghur dan Tibet sebagai permaisuri. Perkahwinan-perkahwinan ini, bersama-sama perjanjian China-Tibet, yang disiapkan pada tahun 821 (tercatat pada batu di Lhasa dan dihuraikan di bawah) menjamin keamanan selama hampir dua dekad. [23]

Pemerintahan Glang Darma (838-842)[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Glang Darma (Wylie: Khri 'U'i dum brtsan ) dilanda oleh masalah-masalah luaran. Negara Uyghur di utara runtuh di bawah tekanan Kirghiz pada tahun 840, dengan banyak orang yang tidak bertempat melarikan diri ke Tibet. Glang Darma sendiri kelihatannya dibunuh oleh seorang pertapa Buddhisme pada tahun 842. [24]

Tibet terbahagi[sunting | sunting sumber]

Kemangkatan Glang Darma mengakibatkan perbalahan tentang adakah Putera Yumtän (Wylie: Yum brtan) atau Ösung (Wylie: 'Od-srung) (843-905 atau 847-885), lagi seorang putera atau mungkin juga anak saudara lelaki kepada Glang Darma, harus merupakan pewaris. Kedua-dua orang itu dilahirkan selepas kemangkatan Glang Darma. Sebuah perang saudara yang berikutan mengakhiri secara berkesan pentadbiran terpusat Tibet sehingga zaman Sa-skya. Sekutu-sekutu Ösung dapat menguasai Lhasa, tetapi Yumtän terpaksa bertolak ke Yalung dan di sana, beliau mengasaskan jurai keturunan raja yang berasingan. [25] Pada tahun 910, makam-makam maharaja dicemarkan.

Pälkhortsän (Wylie: Dpal 'khor brtsan) (893-923 atau 865-895), putera kepada Ösung, kelihatan menguasai kebanyakan kawasan Tibet tengah buat sementara waktu dan melahirkan dua orang anak lelaki, iaitu Trashi Tsentsän (Wylie: Bkra shis brtsen brtsan) dan Thrikhyiding (Wylie: Khri khyi lding, juga dikenali sebagai Kyide Nyigön [Wylie: Skyid lde nyi ma mgon] dalam sebilangan sumber). Thrikhyiding berhijrah ke arah hulu Sungai Ngari (Wylie: Stod Mnga ris) di Tibet barat dan selepas berkahwin dengan seorang wanita bangsawan Tibet di sana, mereka bersama-sama mengasaskan sebuah dinasti tempatan. [26]

Selepas perpecahan empayar Tibet pada tahun 842, Nyima-Gon, salah seorang ahli kerabat diraja kuno Tibet, mengasaskan dinasti Ladakh yang pertama. Pusat kemaharajaan Nyima-Gon terletak jauh di timur Ladakh masa kini. Anak sulung Kyide Nyigön menjadi raja Mar-yul (Ladakh), manakala dua orang putera yang lebih muda memerintah Tibet barat dan mengasaskan Kemaharajaan Guge serta Kemaharajaan Pu-hrang. Pada tempoh kemudian, Kor-re, anak sulung kepada raja Guge, juga dikenali sebagai Jangchub Yeshe Ö (Byang Chub Ye shes' Od), menjadi sami agama Buddha. Beliau menghantar cendekiawan-cendekiawan muda ke Kashmir untuk dilatih dan merupakan tokoh yang menjemput Atisha ke Tibet pada tahun 1040. Dengan itu, Kor-re memulakan apa yang dipanggil fasa Chidar (Phyi dar) dalam agama Buddha di Tibet. Srong-nge, putera yang lebih muda kepada raja Guge, menangani hal-ehwal harian kerajaan dan adalah jurai keturunannya yang melanjutkan jurai keturunan raja Guge. [27]

Pemerintahan terpusat hampir tidak wujud di kawasan Tibet antara tahun 842 hingga 1247, dan agama Buddha dapat wujud secara curi-curi di kawasan Kham. Semasa pemerintahan Glang Darma, tiga orang sami melarikan diri dari kawasan Lhasa yang bermasalah ke kawasan Gunung Dantig di Amdo. Mu-zu gSal-'bar, pengikut mereka yang kemudian dikenali sebagai cendekiawan Gongpa Rabsal (Dgongs-pa rab-gsal) (832-915), bertanggungjawab untuk memulakan semula agama Buddha di Tibet timur laut dan dianggap sebagai pengasas mazhab Nyingma (Rnying ma pa) dalam agama Buddha Tibet. Semasa itu, menurut tradisi, salah seorang keturunan Ösung yang memiliki ladang berdekatan Samye menghantar sepuluh orang pemuda untuk dilatih oleh Gongpa Rabsal. Antara pemuda tersebut ialah Lume Sherab Tshulthrim (Klu-mes Shes-rab Tshul-khrims) (950-1015). Setelah dilatih, pemuda-pemuda itu ditahbiskan dan dikembalikan ke U dan Tsang di Tibet tengah. Cendekiawan-cendekiawan yang muda itu dapat berhubung dengan Atisha tidak lama selepas tahun 1042 dan meningkat maju penyebaran dan penyusunan agama Buddha di Lhokha. Di kawasan tersebut, agama Buddha akhirnya bergabung semula, dengan penubuhan Biara Sakya pada tahun 1073. [28] Pada sepanjang dua abad yang berikut, biara Sakya bertumbuh sehingga mencapai suatu kedudukan yang ketara dalam hidup dan kebudayaan Tibet. Biara Tsurpu, tempat asal mazhab Karmapa Buddhisme, diasaskan pada tahun 1155.

Kaum Mongol dan mazhab Sakya (1236-1354)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1207, Tibet mendapat tahu bahawa Genghis Khan sedang menaklukkan empayar Tangut. Hubungan tercatat yang pertama antara kaum Tibet dengan kaum Mongol berlaku ketika Genghis Khan bertemu dengan Tsangpa Dunkhurwa (Gtsang pa Dung khur ba) serta enam orang pengikutnya, mungkin di empayar Tangut pada tahun 1215. [29]

Selepas Köden, putera Mongol, menguasai kawasan Kokonor pada tahun 1239 supaya dapat menyelidik kemungkinan untuk menyerang China Song dari barat, beliau menghantar jeneralnya, Doorda Darqan, dalam sebuah misi peninjauan masuk ke Tibet pada tahun 1240. Semasa ekspedisi ini, biara-biara Rwa-sgreng dan Rgyal-lha-khang di Kadampa dibakar, dan 500 orang dibunuh. Kemangkatan Ögödei, Qaghan Mongol, pada tahun 1241 menyebabkan segala kegiatan ketenteraan Mongol di sekitar dunia dihentikan buat sementara. Minat Mongol terhadap Tibet dimulakan semula pada tahun 1244 apabila Putera Köden menjemput Sakya Paṇḍita, ketua mazhab Sakya, supaya datang ke ibu kotanya untuk menyerahkan Tibet secara rasmi kepada kaum Mongol. Sakya Paṇḍita tiba di Kokonor dengan dua orang anak saudara lelakinya, Drogön Chögyal Phagpa ('Phags-pa; 1235-1280) dan Chana Dorje (Phyag-na Rdo-rje) (1239-1267) pada tahun 1246. Peristiwa ini menandakan penggabungan Tibet ke dalam China, menurut ahli sejarah Cina moden. Bagaimanapun, ahli sejarah penyokong Tibet mendebatkan bahawa China dan Tibet merupakan dua unit yang berasingan di dalam Empayar Mongol.

Kublai Khan

Ketika Möngke menjadi Qaghan pada tahun 1251, beliau memperuntukkan berbagai-bagai daerah kepada saudara-saudaranya sebagai apanaj (tanah feudal). Kublai Khan dilantiknya untuk mengetuai kempen-kempen ketenteraan ke China pada tahun 1253. Oleh sebab Sakya Paṇḍita telah meninggal dunia ketika itu, Kublai mengambil Drogön Chögyal Phagpa masuk ke kemnya sebagai lambang penyerahan Tibet. Kublai dipilih sebagai Qaghan pada tahun 1260 selepas kematian abangnya, Möngke, walaupun naik takhtanya bukan tidak ditandingi. Pada detik itu, beliau menamakan Drogön Chögyal Phagpa sebagai 'preseptor negara' (bahasa Cina: Guoshi ). Pada tahun 1265, Drogön Chögyal Phagpa pulang ke Tibet dan cuba mengenakan hegemoni Sakya buat pertama kali, dengan pelantikan Shakya Bzang-po (pembantu dan sekutu lama kepada keluarga Sakya) sebagai Dpon-chen ('pentadbir agung') bagi seluruh Tibet pada tahun 1267. Sebuah banci diadakan pada tahun 1268, dan Tibet dibahagikan kepada 13 buah miriarki.

Pada tahun 1269, Drogön Chögyal Phagpa pulang ke sisi Kublai di Qanbaliq (Beijing masa kini), ibu kota yang baru. Beliau mengemukakan kepada Qaghan sebuah skrip baru yang direka bentuk untuk mewakili semua bahasa di dalam empayar. Pada tahun berikut, Kublai dinamakan Dishi  ('preseptor empayar'), dan kedudukannya sebagai raja Tibet (kini dalam bentuk tiga belas buah miriarki) disahkan semula. Hegemoni Sakya terhadap seluruh Tibet diteruskan sehingga pertengahan abad ke-14, walaupun ia dicabar oleh sebuah pemberontakan mazhab Drikung Kagyu, dengan bantuan Hülegü Khan dari Keilkhanan pada tahun 1285. Pemberontakan itu ditumpaskan pada tahun 1290, apabila tentera-tentera Sa-skya serta Mongol timur membakar Biara Drikung dan membunuh 10,000 orang. [30]

Kebangkitan Phagmodru (1354-1434)[sunting | sunting sumber]

Miriarki Phagmodru (Phag mo gru) yang berpusat di Neudong (Sne'u gdong) diberikan sebagai sebuah apanaj (tanah feudal) kepada Hülegü pada tahun 1251. Kawasan ini sudah lama dikaitkan dengan keluarga Lang (Rlang), dan dengan kemerosotan pengaruh Keilkhanan, ia diperintah oleh keluarga ini dalam rangka Mongol-Sakya yang diketuai oleh seorang Mongol yang dilantik sebagai Pönchen (Dpon chen) di Sakya. Kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Lang seringnya dimakan pada sepanjang akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14. Janchub Gyaltsän (Byang chub rgyal mtshan, 1302-1364) memperlihatkan keadaan ini sebagai haram dan memutuskan untuk memulihkan tanah-tanah Phagmodru selepas pelantikannya sebagai Miriark pada tahun 1322. Selepas perselisihan yang berpanjangan di mahkamah, pertikaian menjadi ganas ketika Phagmodru diserang oleh jiran-jirannya pada tahun 1346. Jangchub Gyaltsän ditangkap dan dibebaskan pada tahun 1347. Ketika beliau kemudian enggan hadir untuk perbicaraan, kawasannya diserang oleh Pönchen pada tahun 1348. Janchung Gyaltsän dapat mempertahankan Phagmodru dan meneruskan kejayaan-kejayaan ketenteraannya sehingga menjelang 1351, beliau menjadi tokoh politik yang paling kuat di negara. Permusuhan ketenteraan tamat pada tahun 1354, dengan Jangchub Gyaltsän merupakan pemenang tunggal yang tidak dapat dipertikaikan. Beliau meneruskan pemerintahan di Tibet tengah sehingga kematiannya pada tahun 1364, walaupun beliau mengekalkan semua institusi Mongol sebagai keformalan kosong. Kuasa dikekalkan di tangan keluarga Phagmodru sehingga tahun 1434. [31]

Kebangkitan mazhab Geluk[sunting | sunting sumber]

Istana Potala di Lhasa.

Lobsang Gyatso (Wylie: Blo-bzang Rgya-mtsho), Dalai Lama Agung yang ke-5 (1617-1682), merupakan Dalai Lama pertama yang dapat menggunakan kuasa politik secara berkesan ke atas seluruh Tibet tengah. Beliau dikenali kerana menyatukan Tibet di bawah kuasa mazhab Geluk dalam Buddhisme Tibet, selepas menewaskan Kagyu and Jonang, mazhab-mazhab pesaing, serta putera Shang, raja sekular, dalam sebuah perang saudara yang berpanjangan. Usaha-usahanya berjaya, sebahagian kerana bantuan daripada Gushi Khan, ketua tentera Oirat yang kuat. Biara-biara Jonang ditutup atau dipaksa bertukar, dan mazhab Jonang wujud secara curi-curi sehingga akhir abad ke-20.

Pada tahun 1652, Dalai Lama ke-5 mengunjungi Shunzhi, maharaja Manchu. Beliau tidak diperlukan menyembah sujud, malah menerima sebuah mohor. Dalai Lama itu kemudian membina Istana Potala di Lhasa, dan memindahkan pusat kerajaannya dari Drepung ke sana.

Berita tentang kematian Dalai Lama ke-5 pada tahun 1680 dirahsiakan selama 15 tahun oleh Desi Sangay Gyatso (De-srid Sangs-rgyas Rgya-'mtsho) yang merupakan pembantu, setiawan, dan mungkin juga anak lelakinya. Para Dalai Lama yang berikut merupakan ketua negara Tibet pada nama sahaja sehingga tahun 1959.

Semasa pemerintahan Dalai Lama ke-5, orang-orang Eropah yang pertama melawat Tibet. Dua orang mubaligh Jesuit, Johannes Gruber dan Albert D'Orville, tiba di Lhasa pada tahun 1661. Mereka memerikan Dalai Lama sebagai seorang "ketua yang berkuasa dan penuh belas kasihan" serta "Tuhan yang jahat yang menghukum mati sesiapa yang enggan memujanya". Kedua-dua mubaligh itu gagal mengkristiankan sebarang orang Tibet. Mubaligh-mubaligh Kristian yang lain juga menghabiskan masa mereka di Tibet tanpa sebarang kejayaan sehingga kesemua mereka diusir pada tahun 1745.

Pada akhir abad ke-17, Tibet terlibat dalam sebuah pertikaian dengan Bhutan yang dibantu oleh Ladakh. Ini mengakibatkan sebuah serangan Tibet terhadap Ladakh. Kashmir membantu memulihkan pemerintahan Ladakh di bawah syarat-syarat bahawa sebuah masjid dibina di Leh, dan raja Ladakh memeluk agama Islam. Perjanjian Temisgam yang diikat pada tahun 1684 menyelesaikan pertikaian antara Tibet dengan Ladakh, tetapi kemerdekaan Ladakh terlalu terhad.

Abad ke-18 dan ke-19[sunting | sunting sumber]

Dalai Lama ke-6 menikmati gaya hidup yang merangkumi minum arak, main perempuan, dan menulis lagu cinta. Selepas mengisytiharkan bahawa Dalai Lama itu tidak wajar menjadi sami, Lha-bzang Khan, ketua Mongol, menyerang Tibet dengan kebenaran maharaja Kangxi China pada tahun 1705. Dalai Lama itu meninggal dunia tidak lama kemudian, mungkin dibunuh. Orang Tibet dengan marah menolak calon Dalai Lama yang palsu yang dibawa oleh Lha-bzang, dan meminta bantuan daripada puak Dzungar (atau Oyrat), salah satu puak Mongol. Puak Dzungar menewaskan dan membunuh Lha-bzang, tetapi kemudian mula menjarah Lhasa dan merampas barang-barang makam Dalai Lama ke-5. Mereka kekal di Tibet sehingga diusir oleh sebuah ekspedisi Qing China pada tahun 1720. Tentera Qing melantik Kelzang Gyatso sebagai Dalai Lama ke-7 dan dialu-alukan sebagai pembebas dan penaungnya. Selepas pengunduran tentera Qing dari Tibet Tengah pada tahun 1723, suatu tempoh perang saudara menyusul. Pada masa yang sama, Amdo diisytiharkan sebagai sebuah wilayah Cina yang dinamai Koko Nor (tasik biru). (Kawasan ini kemudian menjadi provinsi Qinghai pada tahun 1929.)

China mula menugasi dua orang amban (pesuruhjaya tinggi) untuk bekerja di Lhasa in 1727. Para ahli sejarah yang menyokong China memperdebatkan bahawa kehadiran amban merupakan kedaulatan China, sedangkan mereka yang menyokong Tibet cenderung menyamakan amban dengan duta. "Hubungan antara Tibet dan China (Qing) adalah antara sami dan penaung, dan tidak berdasarkan pengetepian antara satu sama lain", menurut Dalai Lama ke-13. [32]

Pho-lha-nas memerintah Tibet dengan bantuan China antara tahun-tahun 1728-1747. Beliau memindahkan Dalai Lama dari Lhasa ke Litang supaya menyusahkan Dalai Lama mempengaruhi kerajaannya. Selepas kematian Pho-lha-nas, anak lelakinya memerintah sehingga dibunuh oleh para amban pada tahun 1750. Ini mencetuskan sebuah rusuhan yang mengakibatkan para amban dibunuh. Sebuah angkatan tentera Cina masuk ke Tibet dan memulihkan ketenteraman. Pada tahun 1751, Maharaja Qianlong mengeluarkan sebuah dekri 13-perkara yang membubarkan jawatan rejen (desi) yang ditubuhkan oleh kerajaan Tibet dan sebagai ganti, menubuhkan kashag, majlis negara yang terdiri daripada empat orang menteri, serta memberikan kuasa yang rasmi kepada para amban. Dalai Lama dikembalikan ke Lhasa untuk mengetuai kerajaan yang baru.

Pada tahun 1788, Raja Prithvi Narayan Shah, raja Gurkha, menyerang Tibet. Tidak berupaya menewaskan tentera Gurkha, Tibet meminta bantuan daripada Dinasti Qing di China. Tentera Qing-Tibet menewaskan tentera Gurkha dan menyerang Nepal.

Maharaja Qianlong kecewa akan keputusan yang dicapai oleh dekri yang dikeluarkannya pada tahun 1751, serta prestasi para amban. "Hal-ehwal tempatan Tibet ditinggalkan kepada kehendak hati Dalai Lama dan ahli-ahli Kashag," baginda bertitah. "Para Pesuruhjaya tidak berupaya melakukan tanggungjawab mereka, dan juga dikekalkan dalam kejahilan. Keadaan ini mengurangkan jawatan Pesuruhjaya Tetap di Tibet menjadi suatu jawatan pada nama sahaja." [33]

Pada tahun 1792, maharaja China mengeluarkan sebuah dekri 29-perkara yang kelihatan bertujuan untuk mengetatkan kawalan Cina ke atas Tibet. Ia mengukuhkan kuasa para amban yang secara teori, diberikan pangkat yang setanding dengan Dalai Lama dan Panchen Lama, serta kuasa untuk hal-ehwal kewangan, diplomasi, dan perdagangan. Dekri itu juga menggariskan suatu kaedah yang baru untuk memilih kedua-dua Dalai Lama dan Panchen Lama melalui sebuah loteri yang dikendalikan oleh para amban di Lhasa. Dalam loteri ini, nama-nama calon yang bersaing ditulis dalam kertas-kertas yang dilipat dan diletakkan ke dalam sebuah pasu emas. [34] Dalai Lama ke-10, ke-11, dan ke-12 dipilih melalui kaedah pasu emas. [35] Dalai Lama ke-9, ke-13, dan ke-14 dipilih oleh labrang, rombongan pengiring penjelmaan semula yang dahulu, dengan pilihannya diluluskan oleh Beijing selepas pemilihan.

Tentera British memaksa tentera Tibet supaya berundur dari Nepal. Pada abad ke-19, kuasa kerajaan Qing mula merosot. Ketika askar-askar Cina yang ditempatkan di Lhasa mula mengabaikan tugas ketenteraan mereka, para amban hilang pengaruh. Selepas serangan Tibet oleh Jeneral Zorawar Singh, perang-perang ditempur di Kemaharajaan Jammu di India, dan diselesaikan dengan perjanjian-perjanjian perdamaian dengan Maharaja Gulab Singh di Ladakh pada tahun 1841, [36] serta dengan Nepal pada tahun 1856, [37] tanpa sebarang penglibatan Beijing. Perjanjian dengan Nepal itu memperuntukan sebuah perutusan Nepal di Lhasa yang kemudian membenarkan Nepal untuk menuntut hubungan diplomatik dengan Tibet dalam permohonan keahliannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1949. [38]

Campur tangan dan pendudukan British[sunting | sunting sumber]


Pihak berkuasa di India British membaharui minatnya terhadap Tibet pada akhir abad ke-19, dan sebilangan orang India masuk ke negara Tibet, mula-mula sebagai penjelajah, dan kemudiannya sebagai pedagang. Perjanjian-perjanjian mengenai Tibet diikat antara Britain dengan China pada tahun 1886 [1], 1890, [2], dan 1893, [3], tetapi kerajaan Tibet enggan memberikan sebarang pengiktirafan terhadap perjanjian-perjanjian itu dan masih menghalang utusan-utusan British dari wilayahnya. Semasa "Permainan Agung", tempoh persaingan antara Rusia dengan Britain, Britain hendak seorang wakil di Lhasa untuk mengawal dan mengimbangi pengaruh Rusia. Pada tahun 1904, mereka menurunkan seangkatan tentera India di bawah Leftenan Kolonel Francis Younghusband yang selepas beberapa pertempuran, menduduki Lhasa. Sebagai gerak balas, kementerian luar negeri Cina menegaskan kedaulatan China terhadap Tibet, kenyataan jelas yang pertama tentang tuntutan tersebut. [39]

Sebuah perjanjian kemudian diikat antara Britain dan Tibet yang memerlukan Tibet:

  • membuka sempadannya dengan India British supaya membenarkan pedagang-pedagang British dan India dapat membuat perjalanan secara bebas;
  • tidak mengenakan duti kastam ke atas perdagangannya dengan India;
  • membayar 2.5 juta rupee kepada Britain sebagai ganti rugi; dan
  • tidak memulakan sebarang hubungan dengan kuasa-kuasa asing tanpa kebenaran British. [4]

Dalai Lama ke-13 melarikan diri ke Mongolia dan oleh itu, mohornya dicap oleh Ga-den Ti-Rimpoche.

Apabila Parti Liberal kembali untuk berkuasa, London mengubah dasar pra-1904nya, dan membenarkan China untuk berunding bagi pihak Tibet. Oleh itu, perjanjian Anglo-Tibet disahkan oleh sebuah perjanjian China-British pada tahun 1906 yang menyebabkan "Great Britain berjanji tidak akan mengilhakkan wilayah Tibet atau masuk campur dalam pentadbirannya." [5] Di samping itu, Beijing bersetuju untuk membayar London sebanyak 2.5 juta rupee yang Lhasa dipaksa bersetuju untuk membayar dalam perjanjian Anglo-Tibet pada tahun 1904. [6] Pada tahun 1907, Britain dan Rusia bersetuju tidak akan berunding secara langsung dengan Tibet dan mengisytihar "pertuanan China terhadap Tibet." [7] (Sebuah negara dipertuan ialah sebuah negara yang mempunyai setakat kuasa terhadap sebuah wilayah tanggungan.) Pada tahun 1910, kerajaan Qing menurunkan sebuah ekspedisi ketenteraan diri untuk mengasaskan pemerintahan Cina yang langsung dan menggulingkan Dalai Lama melalui sebuah edik empayar. Dalai Lama sekali lagi melarikan diri, kini ke India. "Dengan memasuki dan kemudian keluar, kami menjatuhkan Tibet dan meninggalkannya untuk pendatang pertama menendang", tulis Charles Albert Bell, pegawai diplomatik British yang ditempatkan di Sikkim serta pengkritik dasar kerajaan Liberal.

Tentera Cina diusir[sunting | sunting sumber]

Menyusul sebuah pemberontakan di China, tentera awam tempatan Tibet melancarkan sebuah serangan yang terkejut terhadap garison Cina yang ditempatkan di Tibet. Selepas itu, pegawai-pegawai Cina di Lhasa dipaksa memeterai "Perjanjian Tiga Perkara" yang memperuntukkan penyerahan dan pengusiran angkatan tentera Cina dari Tibet Tengah. Pada awal tahun 1913, Dalai Lama kembali ke Lhasa dan mengeluarkan sebuah pengisytiharan yang diedarkan ke seluruh Tibet. Pengisytiharan itu mengutuk "niat Cina untuk menjajah Tibet di bawah hubungan penaung-sami" dan menyatakan bahawa "Kami adalah sebuah negara yang kecil, beragama, dan merdeka". [32] Tibet dan Mongolia dikatakan memeterai sebuah perjanjian pada tahun 1913 yang mengiktiraf kemerdekaan satu sama lain; bagaimanapun, tidak terdapat sebarang cara untuk mengesahkan kewujudan dokumen itu.[40]

Pada tahun 1913-14, sebuah persidangan diadakan di Simla antara Britain, Tibet, dan Republik China. Great Britain mencadangkan pembahagian kawasan-kawasan Tibet yang dihuni oleh penduduk-penduduk menjadi Tibet Luar dan Tibet Dalam (berdasarkan model sebuah perjanjian yang lebih awal antara China dan Rusia tentang Mongolia). Tibet Luar yang kawasannya lebih kurang sama dengan Kawasan Autonomi Tibet moden, akan mencapai autonomi di bawah pertuanan Cina, dan China berjanji tidak akan "masuk campur dalam pentadbirannya". Di Tibet Dalam yang terdiri daripada Kham timur dan Amdo, Lhasa hanya akan mengekalkan kuasa terhadap perkara-perkara keagamaan. [41] Pada tahun 1908-18, terdapat sebuah garison Cina di Kham, dengan putera-putera tempatan dikuasai oleh komandernya.

Dalam sebuah sidang yang dihadiri oleh wakil-wakil Tibet, Henry McMahon, ketua perunding British, melukiskan garis yang menetapkan sempadan Tibet-India. Kerajaan-kerajaan Cina yang berikutan menuntut bahawa Garisan McMahon memindahkan banyak kawasan wilayah secara haram kepada India. Wilayah yang dipertikaikan itu dipanggil Arunachal Pradesh oleh India dan dipanggil Tibet Selatan oleh China. Pada tahun 1912, pihak British mengikat perjanjian-perjanjian dengan para ketua puak tempatan untuk menubuhkan sebuah Kawasan Sempadan Timur Laut agar mentadbirkan kawasan tersebut. Konvensyen Simla dimeterai oleh ketiga-tiga perutusan, tetapi ditolak dengan serta-merta oleh Beijing kerana ketakpuasannya terhadap cara sempadan Tibet Luar dan Tibet Dalam ditetapkan. McMahon dan Tibet kemudian memeterai sebuah perjanjian dwipihak, dengan nota dilampirkan yang tidak membenarkan China sebarang hak dalam perjanjian itu kecuali China memeterainya. Kerajaan India yang dikendalikan oleh pihak British pada mula-mulanya menolak perjanjian dwipihak McMahon yang tidak selaras dengan Konvensyen Inggeris-Rusia 1907. [42][43]

Menjelang tahun 1918, Lhasa telah memperoleh semula kuasanya terhadap Chamdo dan Kham barat. Sebuah kedamaian sementara menetapkan Sungai Yangtze sebagai sempadan. Pada waktu itu, kerajaan Tibet menguasai seluruh Ü-Tsang dan Kham di sebelah barat Sungai Yangtze yang sempadannya lebih kurang sama dengan Kawasan Autonomi Tibet pada masa kini. Kham barat diperintah oleh putera-putera Tibet tempatan yang terdiri daripada berbagai-bagai kesetiaan. Di Amdo (Qinghai), Ma Bufang, hulubalang kelompok etnik Hui serta penyokong Kuomintang, menguasai kawasan Xining. Kawasan-kawasan provinsi yang lain berada di bawah kuasa tempatan. [8]

Pada sepanjang dekad 1920-an dan 1930-an, China dibahagikan oleh perang saudara dan kemudian, perhatiannya dialih oleh perang anti-Jepun, tetapi ia tidak pernah melepaskan sebarang tuntutan terhadap kedaulatannya ke atas Tibet dan membuat percubaan sekali-sekali untuk menuntutnya. Semasa pemerintahan Dalai Lama ke-13, Beijing tidak mempunyai sebarang wakil di wilayah itu. Bagaimanapun pada tahun 1934, selepas kemangkatan Dalai Lama, China menghantar sebuah "perutusan takziah" yang diketuai oleh Jeneral Huang Musong ke Lhasa. [44] Sejak tahun 1912, Tibet telah mencapai kemerdekaan de facto daripada China, tetapi kekadang menunjukkan kerelaan untuk menerima status bawahan sebagai "sebahagian China", asalkan sistem-sistem dalamannya tidak dikacau dan asalkan China melepaskan kawalannya terhadap sebilangan kawasan etnik Tibet yang penting di Kham dan Amdo.[45]

Pada tahun 1938, pihak British akhirnya menerbitkan Konvensyen Simla sebagai sebuah perjanjian dwipihak dan menuntut bahawa biara Tawang yang terletak di selatan Garisan McMahon menghentikan pembayaran cukai kepada Lhasa. Dalam sebuah percubaan untuk mengubah sejarah, salah sebuah jilid Himpunan Perjanjian (A Collection of Treaties) yang ditulis oleh C.U. Aitchison yang pada asalnya mengandungi nota yang menyatakan bahawa tidak adanya sebarang perjanjian yang dicapai di Simla, ditarik balik daripada semua perpustakaan. [46] Jilid yang berkenaan digantikan dengan sebuah jilid baru yang mengandungi tarikh penerbitan 1929 yang palsu dan yang merangkumi Simla, bersama-sama nota editor yang mengatakan bahawa Tibet dan Britain, tetapi bukan China, menerima perjanjian itu sebagai mengikat. [9] Perjanjian Inggeris-Rusia 1907 yang pada awalnya menyebabkan pihak British menyoal kesahan Simla, telah ditolak oleh Rusia pada tahun 1917 dan oleh kedua-dua Rusia dan Britain pada tahun 1921. [47] Bagaimanapun, Tibet mengubah pendiriannya terhadap Garisan McMahon pada dekad 1940-an. Pada akhir tahun 1947, kerajaan Tibet menulis sebuah nota yang disampaikan kepada Kementerian Hal-ehwal Luar Negeri India yang baru mencapai kemerdekaan dan menuntut daerah-daerah Tibet di selatan Garisan McMahon. [48] Selain itu, dengan enggan memeterai dokumen-dokumen Simla, Kerajaan Cina melepaskan diri daripada diperlukan memberi sebarang pengiktirafan kepada kesahan Garisan McMahon. [49]

Tibet mengasaskan sebuah Kementerian Luar Negeri pada tahun 1942 dan pada tahun 1946, menghantar perutusan-perutusan tahniah ke China dan India (berkaitan dengan keakhiran Perang Dunia II). Perutusan ke China diberikan surat yang ditujukan kepada Presiden Chiang Kai-sek yang menyatakan bahawa "Kami akan meneruskan kemerdekaan Tibet sebagai sebuah negara yang diperintah oleh para Dalai Lama yang berturut-turut melalui sebuah pemerintahan keagamaan-politik yang tulen." Perutusan itu bersetuju untuk menyertai dewan undangan perlembagaan Cina di Nanjing sebagai pemerhati. [50]

Pada tahun 1947-49, Lhasa menghantar sebuah "Perutusan Perdagangan" yang diketuai oleh Tsepon (iaitu Menteri Kewangan) W.D. Shakabpa ke India, Hong Kong, Nanjing (ketika itu ibu negara China), Amerika Syarikat, dan Britain. Negara-negara yang dilawati berhati-hati supaya tidak menyatakan sebarang sokongan terhadap tuntutan Tibet sebagai sebuah negara yang merdeka daripada China dan tidak membincangkan sebarang persoalan politik dengan perutusan itu. [51] Pegawai-pegawai Perutusan Perdagangan tersebut masuk ke China melalui Hong Kong dengan pasport-pasport baru yang dikeluarkan oleh Konsulat China di India atas permohonan mereka, dan mereka tinggal di China selama tiga bulan. Bagaimanapun, negara-negara yang lain membenarkan perutusan itu untuk membuat perjalanan dengan menggunakan pasport-pasport yang dikeluarkan oleh kerajaan Tibet. Amerika Syarikat secara tidak rasmi menerima Perutusan Perdagangan tersebut.

Perutusan Perdagangan Tibet bertemu dengan Clement Attlee, Perdana Menteri British, di London pada tahun 1948. [52]

Dalam Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Sami-sami di Drepung, Tibet.

Kerajaan Komunis China yang diketuai oleh Mao Zedong yang bangkit untuk berkuasa pada Oktober 1949 tidak menghabiskan banyak masa untuk menguatkuasakan tuntutannya terhadap Tibet. Pada tahun 1950, Tentera Pembebasan Rakyat memasuki kawasan Chamdo di Tibet dan menghancurkan tentangan daripada tentera Tibet yang tidak dilengkapkan secukupnya. Pada tahun 1951, wakil-wakil Cina di Beijing menyampaikan kepada wakil-wakil Tibet sebuah Perjanjian Tujuh Belas Perkara  yang menegaskan kedaulatan China terhadap Tibet. Perjanjian itu diratifikasi di Lhasa beberapa bulan kemudian. [53]

Kerajaan Cina pada mula-mulanya mencuba membaharui sistem sosial atau keagamaan Tibet di Ü-Tsang. Kham timur dan Amdo masing-masing digabungkan ke dalam provinsi-provinsi Sichuan dan Qinghai, manakala Kham barat diletakkan di bawah Jawatankuasa Ketenteraan Chamdo. Di kawasan-kawasan itu, reformasi tanah dilaksanakan. Ini melibatkan para pejuang komunis menamai "pemilik tanah" — kekadang dipilih secara sembarangan — untuk penghinaan awam dalam "sesi-sesi perjuangan".

China membina sebatang lebuh raya yang terbentang ke Lhasa dan kemudian ke sempadan-sempadan India, Nepal, dan Pakistan. Golongan bangsawan dan kerajaan Tibet yang tradisional dikekalkan dan diberikan subsidi oleh kerajaan Cina. Bagaimanapun pada dekad 1950-an, pemerintahan Cina beransur-ansur bersifat lebih menindas terhadap para Lama yang melihat kuasa sosial dan politik mereka akan dihapuskan oleh pemerintahan Komunis pada akhirnya. Sebelum tahun 1959, tanah Tibet dikerjakan oleh para hamba yang mewakili kebanyakan orang Tibet.

Menjelang pertengahan dekad 1950-an, terdapat pergolakan di Kham timur dan Amdo yang reformasi tanah telah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Pemberontakan-pemberontakan ini kemudian merebak ke Kham barat dan Ü-Tsang. Pada tahun 1959 (ketika Lompatan Agung ke Depan di China), pihak berkuasa Cina memperlakukan Dalai Lama (yang ketika itu telah menjadi orang dewasa) dengan tidak beriman secara terbuka. Di sebilangan bahagian Tibet, para komunis Cina cuba menubuhkan komun-komun luar bandar, seperti yang dilakukan di seluruh China. Peristiwa-peristiwa itu mencetuskan rusuhan-rusuhan di Lhasa yang kemudian mengakibatkan pemberontakan besar-besaran.

Gerakan penentangan Tibet bermula dengan penentangan terpencil terhadap kawalan Republik Rakyat China pada akhir dekad 1950-an. Pada mula-mulanya, mereka mencapai banyak kejayaan dengan bantuan CIA. Kebanyakan kawasan Tibet selatan jatuh ke dalam tangan pemberontak tetapi pada tahun 1959, dengan pendudukan Lhasa oleh China, angkatan penentang berundur ke Nepal. Operasi-operasi diteruskan dari Kemaharajaan Mustang separa merdeka dengan sebuah angkatan yang terdiri daripada 2,000 orang pemberontak, banyak daripada mereka dilatih di Kem Hale, berdekatkan Leadville, Colorado, Amerika Syarikat. Dalam tahun 1969, pada hari sebelum Henry Kissinger membuat percubaan untuk mendekati China, bantuan Amerika Syarikat ditarik balik dan kerajaan Nepal menghapuskan operasinya. Sila lihat laman web Naatanet.

Selepas pemberontakan di Lhasa dihancurkan, Dalai Lama melarikan diri ke India, walaupun penentangan masih diteruskan di bahagian-bahagian Tibet yang lain sehingga bertahun-tahun kemudian. Walaupun Dalai Lama dikekalkan sebagai tawanan yang sebenar, China melantik Panchen Lama sebagai raja boneka di Lhasa dan mendesak bahawa beliau merupakan ketua Kerajaan Tibet yang sah semasa ketiadaan Dalai Lama, ketua tradisional bagi kerajaan Tibet. Pada tahun 1965, kawasan yang berada di bawah penguasaan kerajaan Dalai Lama antara dekad 1910-an sehingga tahun 1959 (Ü-Tsang dan Kham barat) dijadikan sebagai sebuah kawasan autonomi, iaitu Kawasan Autonomi Tibet atau TAR. Autonomi itu memperuntukkan jawatan ketua kerajaan Tibet kepada seorang yang berasal daripada kelompok etnik Tibet; bagaimanapun, kuasa de facto TAR dipegang oleh seorang setiausaha agung Parti Komunis Tibet yang sehingga tahun 2006, selalu merupakan orang Cina Han dari luar Tibet. Peranan ahli-ahli daripada kelompok etnik Tibet di peringkat-peringkat Parti Komunis Tibet yang lebih tinggi masih agak terhad, walaupun terdapat kejayaan kader-kader Tibet seperti Raidi dan Pasang.

Semasa pertengahan dekad 1960-an, ladang-ladang biara dipecah belah, dan pendidikan sekular diperkenalkan. Semasa Revolusi Kebudayaan, para Pengawal Merah yang termasuk ahli-ahli Tibet, memulakan sebuah kempen laku musnah terhadap tapak-tapak kebudayaan di seluruh kawasan Republik Rakyat China, termasuk warisan Buddhisme Tibet. Antara beribu-ribu buah biara, melebihi 6,000 buah dimusnahkan, [10] dengan hanya sebilangan kecil yang tidak mengalami sebarang kemusnahan besar. Banyak sami dan biarawati dibunuh atau dipenjarakan.

Walaupun terdapat reformasi ekonomi di Tibet sejak dari tahun 1979, tidak adanya reformasi politik, sebagaimana dengan kawasan-kawasan Republik Rakyat China yang lain. Sebilangan dasar China dihuraikan sebagai sederhana, manakala yang lain dianggap sebagai lebih bersifat menindas. Kebanyakan kebebasan agama telah dipulihkan secara rasmi, asalkan para Lama tidak mencabar pemerintahan Republik Rakyat China. Orang-orang asing boleh melawat kebanyakan tempat di Tibet, tetapi aspek-aspek pemerintahan Republik Rakyat China yang tidak begitu baik disembunyikan daripada para pelancong.

Pada tahun 1989, Panchen Lama mangkat, dan Dalai Lama serta China mengiktiraf jelmaan-jelmaan yang berbeza. Dalai Lama menamakan Gedhun Choekyi Nyima sebagai Panchen Lama ke-11, tetapi tanpa pengesahan daripada loteri pasu, manakala China menamakan lagi seorang kanak-kanak, iaitu Gyancain Norbu, melalui loteri pasu. Gyancain Norbu dibesarkan di Beijing dan kekadang muncul dalam media negara, manakala di mananya Gedhun Choekyi Nyima dan keluarganya tidak diketahui. Orang-orang buangan Tibet mengatakan bahawa mereka dipenjarakan, manakala Beijing menegaskan bahawa mereka hidup di bawah sebuah identiti rahsia atas alasan perlindungan serta keadaan bersendirian tanpa gangguan. [11]

Dalai Lama kini (2007) berumur 71 tahun dan ketika beliau mangkat, seorang Dalai Lama kanak-kanak yang baru harus dicari, menurut tradisi Tibet. Pada tahun 1997, Dalai Lama ke-14 membayangkan bahawa jelmaannya "pasti tidak akan berasal daripada kawasan yang dikuasai China; ia akan ditemui di luar, di dunia bebas." [12]

Republik Rakyat China masih menggambarkan pemerintahannya di Tibet sebagai suatu pembaikan yang benar-benar, berbanding dengan zaman feudalisme Tibet sebelum tahun 1950, dengan sebilangan kerajaan asing masih membuat bantahan sekali-sekala terhadap aspek-aspek pemerintahan China di Tibet. Bagaimanapun, semua kerajaan (sebagai ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) mengiktiraf kedaulatan Republik Rakyat China terhadap Tibet, dan tidak adanya sebarang negara di dunia yang mengiktiraf kerajaan Dalai Lama dalam buangan di India. Dalai Lama dihormati secara meluas sebagai seorang pemimpin agama, dan diterima mengadap oleh kerajaan-kerajaan asing sedemikian, tetapi para pemerhati dan juruanalisis hal-ehwal Tibet mempercayai bahawa beliau tidak mungkin akan memerintah di Lhasa lagi.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Van Driem, George "Tibeto-Burman Phylogeny and Prehistory: Languages, Material Culture and Genes".
  2. Bellwood, Peter & Renfrew, Colin (ed.) Examining the farming/language dispersal hypothesis (2003), Bab 19.
  3. Haarh, The Yarluṅ Dynasty. Copenhagen: 1969.
  4. Beckwith, Disertasi Universiti Indiana, 1977
  5. 5.0 5.1 5.2 Beckwith, Christopher I. The Tibetan Empire in Central Asia. A History of the Struggle for Great Power among Tibetans, Turks, Arabs, and Chinese during the Early Middle Ages, 1987, Princeton: Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-02469-3, m.s. 14, 48, 50.
  6. Beckwith, Christopher I. The Tibetan Empire in Central Asia. A History of the Struggle for Great Power among Tibetans, Turks, Arabs, and Chinese during the Early Middle Ages, 1987, Princeton: Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-02469-3, m.s. 17.
  7. Beckwith, Christopher I. 1987. The Tibetan Empire in Central Asia: A History of the Struggle for Great Power among Tibetans, Turks, Arabs, and Chinese during the Early Middle Ages. Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-02469-3, m.s. 19-20 (OTC, vi).
  8. Old Tibetan Annals, selepas ini disebut OTA l. 2
  9. OTA l. 4-5
  10. 10.0 10.1 Richardson, Hugh E. (1965). "How Old was Srong Brtsan Sgampo," Buletin of Tibetologi 2.1. m.s. 5-8.
  11. OTA l. 8-10
  12. OTA l. 607
  13. OTA l. 8-10
  14. Beckwith 1987: 50
  15. 15.0 15.1 15.2 15.3 15.4 Petech, Luciano (1988). "The Succession to the Tibetan Throne in 704-5." Orientalia Iosephi Tucci Memoriae Dicata, Serie Orientale Roma 41.3. m.s. 1080-1087.
  16. Yamaguchi 1996: 232
  17. Beckwith 1983: 276.
  18. Beckwith 1983: 273
  19. Beckwith 1987: 144-157.
  20. Palmer, Martin, The Jesus Sutras, Mackays Limited, Chatham, Kent, Great Britain, 2001)
  21. Hunter, Erica, "The Church of the East in Central Asia," Buletin Perpustakaan Universiti John Rylands di Manchester, 78, No. 3 (1996)
  22. Beckwith 1987: 157-165
  23. Beckwith 1987: 165-167
  24. Beckwith 1987: 168-169. Shakabpa, 54.
  25. Tsepon W. D. Shakabpa, Tibet, a Political Hstory (New Haven: Yale, 1967), 53.
  26. Petech, L. The Kingdom of Ladakh. (Serie Orientale Roma 51) Rome: Instituto Italiano per il Medio ed Estremo Oriente, 1977: 14-16
  27. Hoffman, Helmut, "Early and Medieval Tibet", edisi Sinor, David, Cambridge History of Early Inner Asia Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge, 1990), 388, 394. Shakabpa, 56.
  28. Grunfeld, A. Tom, The Making of Modern Tibet, 1996, m.s. 37-38. Hoffman, 393. Shakabpa, 54-55.
  29. Petech, L. Central Tibet and The Mongols. (Serie Orientale Roma 65). Rome: Instituto Italiano per il Medio ed Estremo Oriente 1990: 6. Shakabpa, 61.
  30. Wylie, Turnell V. (1977) "The First Mongol Conquest of Tibet Reinterpreted," Harvard Journal of Asiatic Studies 37.1: 103-133.
  31. Petech, L. Central Tibet and The Mongols. (Serie Orientale Roma 65). Rome: Instituto Italiano per il Medio ed Estremo Oriente 1990: 85-143
  32. 32.0 32.1 "Pengisytiharan oleh Dalai Lama XIII (1913)"
  33. Wang Lixiong, "Renungan tentang Tibet", New Left Review 14, Mac-April 2002
  34. Goldstein, Melvyn C. A History of Modern Tibet, 1913-1951: The Demise of the Lamaist State, Berkeley, 1989, m.s. 44, n13
  35. "Tibet: A Political History"(1967) yang ditulis oleh W.D. Shakabpa mendesak bahawa Dalai Lama ke-11 tidak dipilih melalui kaedah loteri. Bagaimanapun, J. Wang dan Nyima Gyaincain, memberikan huraian yang bertentangan dalam rencana mereka, "Status Sejarah Tibet China" (1997). Menurut Shakabpa, Dalai Lama ke-12 dipilih melalui kaedah Tibet, tetapi disahkan melalui kaedah loteri. Sila lihat Smith, Warren, "Tibetan Nation: A History of Tibetan Nationalism and Sino-Tibetan Relations", m.s. 140, n59
  36. "Surat Perjanjian Ladakh (1842)"
  37. "Perjanjian antara Tibet dengan Nepal (1856)"
  38. Walt van Praag, Michael C. van. The Status of Tibet: History, Rights and Prospects in International Law, Boulder, 1987, m.s. 139-40
  39. Walt van Praag, Michael C. van. The Status of Tibet: History, Rights and Prospects in International Law, Boulder, 1987, m.s. 37.
  40. Tidak terdapat sebarang terbitan teks perjanjian tersebut yang rasmi oleh mana-mana pihak, baik ketika itu mahupun pada tempoh yang kemudian. Tambahan pula, seorang pegawai Tibet menegaskan bertahun-tahun kemudian bahawa "tidak adanya keperluan untuk sebuah perjanjian, kami selalu boleh membantu satu sama lain jika kami berupaya." Bell, Charles, Tibet and Her Neighbours, 1937, m.s. 435-436; Untuk teks bahasa Inggeris, sila lihat Michael C. Van Praag, The Status of Tibet, m.s. 320-321. Menurut penasihat Britishnya, Charles Bell, Dalai Lama ke-13 menafikan kewujudan perjanjian tersebut. Ketua Tibet tersebut memberitahu Bell bahawa beliau tidak pernah meratifikasi atau melantik sebarang plenipotensiari untuk memeterai sebarang perjanjian dengan Mongolia. Bell, Charles, Tibet Past and Present, 1924, m.s. 151
  41. "Konvensyen Antara Between Great Britain, China, dan Tibet, Simla (1914)"
  42. Goldstein, 1989, p80
  43. "Konvensyen antara Great Britain dan Rusia (1907)"
  44. "Republik China (1912-1949)". Tibet China: Fakta & Angka 2002. Diperoleh pada 2006-04-17. 
  45. Goldstein, 1989, m.s. 241
  46. Lin, Hsiao-Ting, "Sempadan, kedaulatan, dan daya imaginasi: Mempertimbangkan semula pertikaian-pertikaian sempadan antara India British dan Republik China, 1914-47", Jurnal Sejarah Empayar & Komanwel, September 2004, 32, (3).
  47. Kempen Membebaskan Tibet, "Fakta Tibet No.17: Hubungan British dengan Tibet".
  48. Lamb, Alastair, The McMahon line: a study in the relations between India, China and Tibet, 1904 to 1914, London, 1966, m.s. 580
  49. Lamb, 1966, m.s. 529
  50. Smith, Daniel, "Penentuan Diri di Tibet: Politik Remedi".
  51. Goldstein, 1989, m.s. 578, 592, 604
  52. Farrington, Anthony, "Britain, China, dan Tibet, 1904-1950".
  53. Goldstein, Melvyn C., A History of Modern Tibet, 1913-1951, Percetakan Universiti California, 1989, m.s. 812-813.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Beckwith, Christopher I (1983). “The Revolt of 755 in Tibet” Contributions on Tibetan Language, History, and Culture. Edisi-edisi Ernst Steinkellner dan Helmut Tauscher. Wiener Studien zur Tibetologie und Buddhismuskunde; Heft 10. Wien: Arbeitskreis für Tibetische und Buddhistische Studien, Universität Wien, m.s. 1-16. Dicetak kembali dalam: The History of Tibet, edisi Alex Mckay. London: Routledge Curzon, 2003: 273-285.
  • Beckwith, Christopher I (1987). The Tibetan Empire in Central Asia. A History of the Struggle for Great Power among Tibetans, Turks, Arabs, and Chinese during the Early Middle Ages. Princeton: Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-02469-3
  • Hilton, Isabel (1999). The Search for the Panchen Lama. New York dan London: Syarikat W. W. Norton. ISBN 0-393-04969-8. 
  • Carrington, Michael. "Officers Gentlemen and Thieves: The Looting of Monasteries during the 1903/4 Younghusband Mission to Tibet", Modern Asian Studies 37, 1 (2003), m.s. 81-109.
  • Goldstein, Melvyn C., dengan bantuan Gelek Rimpche. A History of Modern Tibet, 1913-1951: The Demise of the Lamaist State, Penerbitan Munshiram Manoharlal (1993), buku kulit tebal, 898 m.s., ISBN 81-215-0582-8; edisi Universiti California (1991), buku kulit lembut, ISBN 0-520-07590-0.
  • Norbu, Thubten Jigme dan Turnbull, Colin. 1968. Tibet: Its History, Religion and People. Dicetak kembali: Buku Penguin, 1987.
  • Petech, Luciano (1988). "The Succession to the Tibetan Throne in 704-5." Orientalia Iosephi Tucci Memoriae Dicata,  Serie Orientale Roma 41.3. m.s. 1080-1087.
  • Richardson, Hugh E. (1965). "How Old was Srong Brtsan Sgampo" Buletin Tibetologi  2.1. m.s. 5-8.
  • Richardson, Hugh E. (1988) "The Succession to Lang Darma". Orientalia Iosephi Tucci Memoriae Dicata,  Serie Orientale Roma 41.3. m.s. 1221-1229
  • Shakya, Tsering,The Dragon in the Land of Snows : A History of Modern Tibet Since 1947.  Buku Penguin, buku kulit lembut (2000), 608 m.s., ISBN 0-14-019615-3
  • Stein, R. A. 1962. Tibetan Civilization. Diterbitkan buat pertama kali dalam bahasa Perancis. Terjemahan bahasa Inggeris oleh J. E. Stapelton Driver. Dicetak kembali: Percetakan Universiti Stanford (dengan semakan kecil daripada edisi Faber & Faber 1977), 1995. ISBN 0-8047-0806-1 (kulit tebal); ISBN 0-8047-0901-7 (kulit lembut).
  • Wang Jiawei; Nyima Gyaincain (1997). The Historical Status of China's Tibet. Percetakan Rentas Benua China. ISBN 7-80113-304-8. 
  • Wylie, Turnell V. (1977). "The First Mongol Conquest of Tibet Reinterpreted" Jurnal Kajian Asia Harvard 37.1: 103-133.
  • Yeshe De Project (1986). ANCIENT TIBET: Research Materials from The Yeshe De Project. Penerbitan Dharma. Berkeley. ISBN 0-89800-146-3
  • Zuiho Yamaguchi (1996). “The Fiction of King Dar-ma’s persecution of Buddhism”. De Dunhuang au Japon: Etudes chinoises et bouddhiques offertes à Michel Soymié. Genève : Librarie Droz S.A.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]