Rafizi Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rafizi Ramli (2013)

Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung tuduhan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau pernah menyertai rancangan 'Debat' di TV9 dan 'Debat Sinar: Rafizi vs Khairi' pada 22 Mei 2012.

Latar belakang peribadi dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu tetapi membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden, Badan Revolusi Agama; Presiden, Pancaragam Tentera ;Presiden, Persatuan Bahasa Melayu;Ketua Pengarang, The Malay College Magazine. Oleh itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.

Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.

Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di University of Leeds , England (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar ,Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.

Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion.

Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad dan kini menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)

Politik[sunting | sunting sumber]

Sejak di MCKK beliau telah berminat dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bergambar dengan tokoh itu yang menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau antara tokoh yang diminta bertanding dalam pilihan raya 2008 tetapi beliau menolak.

Debat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012[sunting | sunting sumber]

Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Rumusan , sudah sampai masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).[1]. Moderator ialah Dr Mazlee Malik.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil.[2] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah. [3][4]

Memenjarakan Rosmah dan Najib[sunting | sunting sumber]

Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[5]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]