Mak Cun 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mak Cun 4
GenreDrama, konflik, keluarga
Ditulis olehEirma Fatima
PengarahIzzuan Mokhtar
Amie Maziah
Dibintangi oleh
Eirma Fatima
Umie Aida
Rahim Razali
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifCitra Abdullah
Ain Abdullah
PenerbitAhmad Albab Abdullah
Ahmad Arri Abdullah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal7 April 2018 – 10 Jun 2018
Kronologi
MengikutiPapa Nak Menantu
Diikuti olehCik Sempurna

Mak Cun 4 merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Izzuan Mokhtar, dibintangi oleh Eirma Fatima, Umie Aida dan Rahim Razali. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 bermula 7 April 2018 menggantikan Papa Nak Menantu. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kali ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Awie) untuk menjadi geng Mak Cun. Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya. Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.

Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun.

Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona (Ziana Zain) yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar.

Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Mak Cun 4. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021