Mancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
mancis yang menyala.

Mancis adalah perkakasan pakai buang bagi menghasilkan api dalam keadaan terkawal apabila diperlukan. Mancis mudah didapati dan dijual di merata kedai. Mancis jarang dijual sebatang; ia dijual sebungkus, dibungkus dalam kotak mancis atau buku mancis. Mancis biasanya merupakan batang kayu (biasanya dijual didalam kotak mancis) atau batang kertas keras (biasanya dijual dalam buku mancis) diselitupi di satu hujung (kepala mancis) dengan bahan yang sering kali memiliki unsur fosforus, yang akan menyala akibat haba dari geseran sekiranya di gesek dengan permukaan yang bersesuaian.[1]

Terdapat dua jenis mancis: mancis keselamatan, yang hanya boleh dinyalakan sekiranya diguris pada permukaan yang disediakan khas; dan mancis guris dimana sahaja, yang boleh diguris pada mana-mana permukaan kasar.

Sejarah mancis moden[sunting | sunting sumber]

Mancis keselamatan.

Asal sebelum mancis merupakan batang kayu pokok pine kecil yang diresap dengan belerang, yang dicipta di Mesir pada 3500 B.C..

Mancis moden nyala sendiri dicipta pada 1805 oleh K. Chancel, pembantu kepada Profesor Louis Jacques Thénard dari Paris. Kepala mancis terdiri daripada campuran kalium klorida, belerang, gula, dan getah. Ia dinyalakan dengan mencelup hujung mancis kedalam botol asbestos kecil yang mengandungi asid sulfirik. Mancis sebegini agak mahal dan kegunaanya adalah merbahaya, oleh itu mancis Chancel tidak pernah menjadi popular.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Beaver, Patrick, (1985). The Match Makers: The story of Bryant & May. London: Henry Melland Limited. ISBN 0-907929-11-7.
  • Emsley, John, (2000). The Shocking History of Phosphorus: A biography of the Devil's element. Basingstoke: Macmillan Publishing. ISBN 0-333-76638-5.
  • Threlfall, Richard E., (1951). The story of 100 years of Phosphorus making: 1851 - 1951. Oldbury: Albright & Wilson Ltd.
  • Oxford (1999). Concise Oxford Dictionary. Tenth Edition. Oxford: Oxford University Press.
  • Steele, H. Thomas (1987). Close Cover Before Striking: The Golden Age of Matchbook Art. Abeville Press.
  1. Concise Oxford

Pautan luar[sunting | sunting sumber]