Mars Odyssey 2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mars Odyssey 2001
2001 mars odyssey wizja.jpg
Gambaran artis pesawat angkasa Mars Odyssey 2001
Pengendali NASA
Jenis misi Pengorbit
Satelit kepada Marikh
Tarikh Masuk Orbit 24 Oktober 2001
Tarikh Berlepas 7 April 2001
Kenderaan Pelancar Delta II
Laman web 2001 Mars Odyssey
Jisim 725 (331.8 + 348.7 bahan api) kg
Kuasa 750W (Marikh)
Unsur orbital
Paksi semimajor 3785 km
Ketaksepusatan 0.0115
Kecondongan 93.2 °
Tempoh orbit 1.964

Mars Odyssey 2001 adalah pesawat angkasa NASA yang mengorbit planet Marikh. Pesawat ini membawa 3 instrumen penyelidikan utama, iaitu Themis, GRS dan Marrie. Alatan-alatan ini digunakan bagi menjalankan penyelidikan ke atas planet Marikh.[1] Diharapkan data dari Odyssey dapat membantu menjawab persoalan sama ada kehidupan pernah wujud di Marikh.

Odyssey dilancarkan pada 7 April 2001 menggunakan roket Delta II dari Cape Canaveral, Florida, dan tiba di Marikh pada 24 Oktober 2001, 0230 UCT. Bagaimanapun, ia cuma memulakan misi sainsnya pada 19 Februari 2002.

Alatan[sunting | sunting sumber]

Marie (Martian Rediation Environment Experiment) atau Penyelidikan Persekitaran Radiasi Marikh adalah instrumen khas bagi memahami keadaan persekitaran di orbit dan permukaan planet Marikh. Persekitaran ini banyak dipengaruhi oleh radiasi dari angkasa terutamanya sinar kosmik.

Radiasi dari angkasa ini boleh menyebabkan kanser dan kerosakan sistem saraf utama manusia. Sebelum ini, penyelidikan ke atas persekitaran radiasi angkasa dijalankan di shuttle angkasa dan stesen angkasa.

Walau bagaimanapun penyelidikan di shuttle angkasa dan stesen angkasa ini tidak begitu lengkap kerana shuttle angkasa dan stesen angkasa dalam magnetosfera bumi. Magnetosfera bumi sebenarnya merupakan suatu perisai semula jadi yang menghalang kebanyakan radiasi angkasa sampai ke permukaan Bumi.

Marie akan menjalankan penyelidikan persekitaran angkasa yang sebenar kerana Odyssey berada di luar magnastosfera Bumi. Penyelidikan ini penting sebagai persediaan bagi angkasawan NASA untuk mendarat di Marikh pada suatu hari nanti.

Sementara itu, sekumpulan ahli ankronomi AS, Britain, Australia dan Belgium telah menemui 8 buah lagi planet ekstrasuria itu mempunyai sifat yang amat menarik di segi jisim, jarak orbit dan nilai eksentrik, yang mana magnitudnya mungkin membolehkan kewujudan kehidupan di planet-planet ini.

Planet yang pertama mengorbit bintang HD114783 mempunyai jisim yang sama nilainya dengan jisim planet Musytari, mengorbit bintangnya pada jarak purata 180 juta kilometer, dan mempunyai nilai eksentrik 0.10.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kesan penerokaan Odyssey ke Marikh". Utusan Malaysia. Diperolehi pada 2007-03-03.