Masjid Al-Rahman, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Rahman
Info asas
LokasiUniversiti Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia
AgamaIslam
NegaraMalaysia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaModen
Bil. menara masjid1

Masjid Al-Rahman (Jawi: مسجد الرحمن) ialah sebuah masjid di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid tersebut terletak di Universiti Malaya di Jalan Pantai Baharu dan dinamakan sempena nama Allah yang pertama dan juga menghargai Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kini, masjid itu diuruskan bersama Universiti Malaya dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Batu asas masjid itu telah diletakkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 6 November 1962. Pembinaan masjid ini mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan dengan jumlah perbelanjaan kira-kira RM 400,000 (jumlah besar pada ketika itu).

Pada 23 Ogos 1963, masjid ini dibuka secara rasmi olehYang di-Pertuan Agong yang ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pada 2010, masjid itu mula menganjurkan program metadon yang digabungkan dengan solat hajat untuk merawat penagih dadah. Metadon diedarkan melalui ahli farmasi oleh Kementerian Kesihatan, manakala doktor dari Universiti Malaya menyelia pesakit. Sisi rohani rawatan dianggap membantu mencegah kambuh.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gooch, Liz (29 March 2012). "Malaysian Mosque Is Also a Methadone Clinic". The New York Times.

3°07′06.9″N 101°39′45.8″E / 3.118583°N 101.662722°E / 3.118583; 101.662722