Masjid Shah Faisal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Shah Faisal
[[Imej:Masjid Faisal|280px]]
Masjid Faisal pada waktu malam
Penerangan
Lokasi Bendera Pakistan Islamabad, Pakistan
Status Siap dibina
Maklumat teknikal
Bilangan kubah Tiada
Bilangan menara Empat
Kos $120 juta
Syarikat
Arkitek Vedat Dalokay

Koordinat: 33°43′47.02″N, 73°02′13.74″E Masjid Shah Faisal (Bahasa Arab: شاه فيصل مسجد‎) di Islamabad, Pakistan, adalah salah satu masjid yang terbesar di dunia. Ia diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah, masjid ini memegang rekod sebagai masjid terbesar di dunia.

[sunting] Sejarah

Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketika Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan di Islamabad. Pada 1969, satu pertandingan antarabangsa telah diadakan di mana arkitek dari 17 negara menyertainya dan menghantar 43 jenis rekaan.

Selepas 4 hari proses pemilihan, rekaan arkitek Turki Vedat Dalokay telah dipilih. Pembinaan masjid ini bermula pada 1976 oleh National Construction of Pakistan yang diketuai oleh Azim Burujerdi dan disumbangi oleh kerajaan Arab Saudi dengan kos melebihi 130 juta riyal Arab (lebih kurang RM 130 juta/$120 juta USD). Bangunan masjid dan jalan menuju ke situ dinamakan sempena Raja Faisal bin Abdul Aziz selepas pembunuhannya pada 1975. Masjid ini siap dibina pada 1986.

Keunikan di dalam masjid
Jalan menuju ke masjid

[sunting] Lokasi

Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini menjadi ikon yang terkenal dan dikenali di Islamabad.

[sunting] Lihat juga


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain