Kufi (seni khat)
Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.
Isi kandungan |
Ciri-ciri [sunting]
Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.
Kejadian [sunting]
Kufi kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10.
Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.
Kufi reka bentuk segi empat ataupun geometri [sunting]
Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.[1]
Tiruan-tiruan Barat [sunting]
Maklumat lanjut:Pseudo-Kufi
"Pseudo-Kufi", juga dikenali sebagai "Kufesque", merujuk kepada tiruan skrip Kufi, dibuat dalam konteks bukan Arab, pada Zaman Pertengahan atau Zaman Pembaharuan: "Tiruan bahasa Arab dalam seni lukis Eropah lazimnya dipanggil pseudo-Kufi, meminjam istilah yang digunakan pada skrip Arab yang menonjolkan tulisan lurus dan berbucu, dan paling kerap digunakan sebagai hiasan dalam seni bina Islam".[2]
Gallery [sunting]
-
Skrip Kufi daripada manuskrip al-Quran awal, abad ke-7. (Surah 7: 86-87)
-
Manuskrip Surah Maryam daripada al-Quran; Skrip Kufi pada kulit gazel, abad ke-9. (Surah 19: 83-86)
-
Folio al-Quran dalam gaya Kufi, dakwat, warna dan emas, abad ke-11, Iran (Surah 91: 1-5)
-
Abjad Kufi, daripada Fry's Pantographia (1799)
-
Contoh Kufi Geometri Surah al-Ikhlas (Surah 112) al-Quran; baca ikut arah jam, bermula dengan perkataan berwarna merah
-
Kufi Geometri daripada Bou Inania Madrasa (Meknes); teks berbunyi بركة محمد atau "berkat Nabi Muhammad (s.a.w)"
Lihat juga [sunting]
Notes [sunting]
- ↑ Jonathan M. Bloom; Sheila Blair (2009). The Grove encyclopedia of Islamic art and architecture. Oxford University Press. m/s. 101, 131, 246. ISBN 978-0-19-530991-1. http://books.google.com/books?id=un4WcfEASZwC&pg=PA212. Capaian 4 January 2012.
- ↑ Mack, p.51
References [sunting]
- Mack, Rosamond E. Bazaar to Piazza: Islamic Trade and Italian Art, 1300–1600, University of California Press, 2001 ISBN 0-520-22131-1
External links [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kufi (seni khat) |
- Square Kufic lectures: alphabet (stylized), examples, square designs
- Kufic manuscript alphabet
- On The Origins Of The Kufic Script
- Kufic Script
- Square Kufic Script
- Square Kufic
- Square Kufic explained