McDonnell Douglas DC-9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
DC-9
New York Air DC-9 Detroit - 16 August 1983.jpg
Sebuah New York Air DC-9-32, 1983
Peranan Pesawat
Pengeluar Douglas Aircraft
McDonnell Douglas
Penerbangan pertama 1965-02-25
Pengenalan 8 Disember 1965 dengan Delta Air Lines
Status Dalam perkhidmatan
Syarikat penerbangan utama Northwest Airlines
ABX Air
Aserca Airlines
Aero California
Dikeluarkan 1965-1982
Jumlah dibina 976
Kos unit US$41.5 hingga $48.5 juta
Variasi McDonnell Douglas C-9
McDonnell Douglas MD-80
McDonnell Douglas MD-90
Boeing 717

McDonnell Douglas DC-9 (pada mulanya dikenali sebagai Douglas DC-9) adalah pesawat berenjin kembar dan berjulat pendek. Pembinaan model ini hari ini diuruskan oleh Boeing Commercial Airplanes diatas nama Boeing 717.

Sejarah pembangunan[sunting | sunting sumber]

Douglas melancarkan pembangunan DC-9 pada April 1963 untuk menjadi sebuah pesawat jarak dekat bagi mengisi kekurangan DC-8. Tidak seperti Boeing 727, DC-9 dibina dengan rekaan yang baru, dengan 2 enjin diletakkan dibelakang fiuslaj, rekaan sayap yang lebih efisien dan ekor berbentuk T. Lebar keratan rentas fiuslajnya dapat memuatkan 5 tempat duduk penumpang.

Prototaip DC-9 memulakan penerbangannya pada 1965 dengan operatornya yang pertama iaitu Delta Air Lines. Dengan pantasnya, DC-9 menjadi sebuah sukses bagi Douglas dan sebanyak 976 unit berjaya dijual. Selepas percantumannya dengan McDonnell (pada tahun 1967), model ini diubahsuai menjadi sebuah model baru dinamakan MD-80 atau DC-9-80 dengan maksimum berat untuk lepas naik ditingkatkan dan bisa membawa lebih banyak bahan bakar. MD-80 kemudian diubah lagi dan menjadi sebahagian famili MD-90. Variasi terakhir famili ini ialah MD-95 juga dinamakan 717-200 selepas pengambil alihan McDonnell Douglas Company oleh Boeing pada tahun 1997.

DC-9 merupakan satu-satunya pesawat penumpang yang dapat bertahan lama dalam pasaran dengan syarikat Northwest Airlines menjadi pengguna terbesarnya sehingga sekarang. Reputasinya yang bagus merupakan punca ia begitu laris dijual sepanjang 1990. Jumlah jualannya adalah sebanyak 2400 unit dan ia mendapat tempat ketiga sebagai salah sebuah pesawat penumpang yang terbaik, dibelakang Boeing 737 dan Airbus A320.

Kelainan pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat DC-9 Itavia.
Pesawat MD-80 milik Scandinavian Airlines.

Siri-siri DC-9[sunting | sunting sumber]

  • DC-9-10: Siri terawal dan terkecil dengan panjang 27 m dan berat maksimumnya 4 ton. Dikuasai oleh sepasang enjin Pratt & Whitney JT8D-5 dengan tujahan 54.5 kN. Sebanyak 147 buah berjaya dibina.
  • DC-9-15 dan DC-9-20: Merupakan variasi minor bagi siri -10. Siri -15 mempunyai kapasiti minyak dan berat yang lebih tinggi. Siri -20 pula menggunakan enjin yang lebih kuasa.
  • DC-9-30 :Merupakan asas rekaan bagi siri -662 yang dibina kemudian. -30 memasuki servis pada Februari 1967 dan mempunyai fiuslaj yang dipanjangkan sebanyak 4.5 m. Bukaan sayapnya ditingkatkan sebanyak 1 m, berat ditambah menjadi 55 ton dan kuasa enjin dinaikkan menjadi 67 kN. Sebanyak 380 unit berada dalam perkhidmatan pada tahun 2002 Kebanyakkan siri -30 (dengan pintu kargo sisi) digunkan juga oleh ketenteraan (C-9A Nightingale Medivac untuk Tentera Udara Amerika Syarikat dan C-9B Skytrain II untuk Tentera Laut AS). Kebanyakkan model ini diubahsuai dengan menambah tangki bahan bakar kerana siri-siri digunakan untuk ekspedisi-ekspedisi jauh dan juga ia dilengkapi dengan penabur Infra Merah untuk mengelakkan peluru berpandu.
  • DC-9-40: Memasuki perkhidmatan dengan SAS pada Mrach 1968. Dengan fiuslaj dipanjangkan 2 m ia mampu memuatkan 125 penumpang. Siri -40 diubahsuai supaya beruapaya mengunakan enjin yang kuasanya berjulat antara 64.5 hingga 71 kN. Sebanyak 71 unit telah dibina.
  • DC-9-50: Siri DC-9 yang terbesar dengan panjang fiuslaj ditambah sebnyak 2.5 m dan menumpangkan 139 orang. Interior kabinnya diperbaharui dan enjinnya lebih senyap (JT8D-15 atau -17 bertujahan 70kN). Sebanyak 96 unit dibangunkan .

Siri-siri MD-80[sunting | sunting sumber]

  • MD-80: Juga dikenali sebagai Super 80, adalah sebahagian famili DC-9 denga bersiri -81/82/83/88/87. Pada mulanya dinamakan DC-9-80, tetapi ditukar menjadi MD-80 bagi menunjukkan percantuman antara Douglas dan Mcdonnell. Versi MD-80 ini mengaplikasikan teknologi yang tinggi dalam sistem kawalan pesawat dan enjinnya (JT8D-(200)) yang lebih senyap, lebih kuasa dan lebih efisien. DC-9-80 mempunyai fiuslaj yang lebih panjang dan berjulat lebih jauh. Pengeluarannya diberhantikan pada akhir 1999.

Siri-siri MD-90[sunting | sunting sumber]

Pesawat MD-90 Japan Airlines.
  • MD-90: Diperkenalkan pada tahun 1993 dan umumnya 1.4 m lebih panjang. Ia merupakan versi terbaru MD-88 tetapi menjana lebih kuasa. MD-90 diberhentikan pembinaanya pada tahun 2001 dengan kontrak terakhirnya dengan China.
  • MD-95: Dibina kemudiannya untuk memenuhi permintaan pasaran bagi menggantikan variasi-variasi DC-9 yang sebelumnya. Dengan penggulungan tikar operator pelancarannya iaitu ValuJet turut menyaksikan pengambil alihan McDonnell Douglas oleh Boeing. Kemudiannya Boeing menukar nama model ini kepada Boeing 717. Dengan berakhirnya pengeluaran Boeing 717 pada tahun 2006 yang mendatang ini bererti berakhirnya penjualan DC-9.


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  DC-9-10 DC-9-21 DC-9-30 DC-9-40 DC-9-50
Penumpang
(1 kelas)
90 90 115 125 139
Berat maksimum untuk lepas naik 41,140 kg (90,700 lb) 44,492 kg (98,000 lb) 49,940 kg (110,000 lb) 51,756 kg (114,000 lb) 54,934 kg (121,000 lb)
Julat maksimum 2036 km (1265 batu nautika) 2977 km (1850 batu nautika) 2631 km (1635 batu nautika) 2712 km (1685 batu nautika) 2631 km (1635 batu nautika)
Laju terbang 903 km/h (561 mph) 896 km/h (557 mph) 917 km/h (570 mph) 917 km/h (561 mph) 898 km/h (558 mph)
Panjang 31.82 m (104 kaki 5 in) 31.82 m (104 kaki 5 in) 36.37 m (119 kaki 4 in) 38.28 m (125 kaki 7 in) 40.72 m (133 kaki 7 in)
Rentang sayap 27.25 m (89 ft 5 in) 28.47 m (93 kaki 5 in) 28.47 m (93 kaki 5 in) 28.47 m (93 kaki 5 in) 28.47 m (93 kaki 5 in)
Tinggi ekor 8.38 m (27 kaki 6 in)
Penjana kuasa Dua 6,350 kg (14,000 lbf) Pratt & Whitney JT8D-5 Dua 6804 kg (15,000 lbf) Pratt & Whitney JT8D-9 Dua 7031 kg (15,500 lbf) Pratt & Whitney JT8D-15 Dua 7031 kg (15,500 lbf) Pratt & Whitney JT8D-15 Dua 7257 kg (16,000 lbf) Pratt & Whitney JT8D-17


  MD-81 MD-82/-88 MD-83 MD-87
Penumpang
(1 kelas)
172 172 172 139
Berat untuk lepas naik 63,503 kg (140,000 lb) 67,812 kg (149,500 lb) 72,575 kg (160,000 lb) 63,503/67,813 kg (140,000/149,000 lb)
Julat maksimum 2,897 km (1,565 batu nautika) 3,798 km (2052 batu nautika) 4,635 km (2504 batu nautika) 4,395 km (2374 batu nautika)
Laju terbang 811 km/h (504 mph) 811 km/h (504 mph) 811 km/h (504 mph) 811 km/h (504 mph)
Panjang 45.1 m (147 kaki 8 in) 45.1 m (147 kaki 8 in) 45.1 m (147 kaki 8 in) 39.7 m (130 kaki 4 in)
Rentang sayap 32.8 m (107 kaki 8 in) 32.8 m (107 kaki 8 in) 32.8 m (107 kaki 8 in) 32.8 m (107 kaki 8 in)
Tinggi ekor 9.05 m (29 kaki 6 in) 9.05 m (29 kaki 6 in) 9.05 m (29 kaki 6 in) 9.3 m (30 kaki 5 in)
Penjana kuasa Dua 8,391 kg (18,500 lb) Pratt & Whitney JT8D-209 Dua 9,072 kg (20,000 lb) Pratt & Whitney JT8D-217A/C Dua 9,525 kg (21,000 lb) Pratt & Whitney JT8D-219 Dua 9,072 kg (20,000 lb) Pratt & Whitney JT8D-217C

Pautan luar[sunting | sunting sumber]