Mikoyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbadanan Pesawat Rusia MiG
Jenis Divisyen
Industri Aeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkan Disember 1939 (Sebagai OKB-155 pada 1942)
Ibu pejabat Moscow, Russia
Perancang utama Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich (Pengasas)
Produk Pesawat tentera
Pesawat penumpang
Pemilik Kerajaan Rusia
Induk United Aircraft Building Corporation
Laman web http://www.migavia.ru/eng/

"RSK "MiG" atau Perbadanan Pesawat Rusia MiG (dahulunya Mikoyan atau Biro Rekabentuk Mikoyan-i-Gurevich, Bahasa Rusia: Микоян и Гуревич, МиГ) merupakan biro rekabentuk pesawat tentera, terutamanya pesawat pejuang milik Rusia. Ia telah diasaskan oleh Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich sebagai "Mikoyan dan Gurevich" dan singkatan bironya adalah "MiG." Selepas kematian Mikoyan pada 1970, penggunaan nama Gurevich pada biro ini telah digugurkan, walaubagaimanapun singkatan MiG masih digunakan. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan Mikoyan dengan Ilyushin, Irkut, Sukhoi, Tupolev dan Yakovlev sebagai sebuah syarikat baru yang bernama Perbadanan Pesawat Bersatu.[1] Firma MiG juga memiliki beberapa bangunan kilang dan biro rekabentuk, termasuk kilang pengeluar helikopter Kamov. MiG juga digunakan oleh kerajaan China dan Korea Selatan.

Senarai pesawat MiG[sunting | sunting sumber]

MiG-15
MiG-21
MiG-23
MiG-25
MiG-29
MiG-29OVT
MiG-35

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Eksperimen[sunting | sunting sumber]

Konvesyen penamaan[sunting | sunting sumber]

MiG menuruti konvensyen dengan menggunakan nombor-nombor ganjil pada pesawat pejuangnya. Walaupun MiG-8 dan MiG-110 wujud, pesawat ini bukan sebuah pesawat pejuang. MiG-105 "Spiral" pula direka sebagai sebuah pesawat pemintas orbit yang dibina sezaman dengan pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibatalkan iaitu X-20 Dyna-Soar.

Mengikut nama pengenalan NATO, nama gelaran bagi pesawat pejuang bermula dengan huruf F. Sekiranya selepas huruf F diikut dengan satu angka bermaksud pesawat menggunakan enjin piston manakala dua angka pula pula bermakna menggunakan enjin jet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]