F/A-18 Hornet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F/A-18 Hornet
USMC FA-18 Hornet.JPEG
Sebuah pesawat F/A-18 milik Kor Marin Amerika Syarikat
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Northrop
Penerbangan sulung 18 November 1978
Mula digunakan 7 Januari 1983
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Sepanyol
Jumlah dibina >1,458 buah
Kos seunit AS$41 juta pada tahun 2008[perlu rujukan]
Dibangunkan dari Northrop YF-17
Kelainan CF-18 Hornet
F/A-18E/F Super Hornet

Boeing F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan laut, SEAD, menguatkuasakan larangan udara, sokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.[1]

Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan, evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S.[2]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Pembangunan pesawat F/A-18 bermula sebagai jawapan kepada program eksperimen VFAX pesawat pejuang penyerang laut untuk kegunaan Tentera Laut A.S yang bertujuan untuk memperoleh pesawat tempur pelbagai peranan untuk mengantikan pesawat A-4 Skyhawk, A-7 Corsair II, F-4 Phantom II yang masih ada dan untuk melengkapkan peranan yang dimainkan oleh pesawat F-14 Tomcat. Timbalan Laksamana Kent Lee, kemudian mengetuai Arahan Sistem Udara Tentera Laut (NAVAIR), adalah merupakan penyokong kuat program VFAX yang menentang bangkangan dari ramai pegawai-pegawai tentera laut, termasuk Timbalan Laksama William D. Houser, Timbalan Ketua Operasi Tentera Laut bagi cabang peperangan udara – iaitu pangkat tertinggi dalam juruterbang tentera laut.[3]

Pada bulan Ogos 1973, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan arahan supaya tentera laut meneruskan program pesawat alternatif berkos rendah bagi F-14 Tomcat. Grumman telah mencadangkan versi terbitan pesawat F-14 yang dikenali sebagai F-14X, manakala firma McDonnell Douglas pula mencadangkan pesawat F-15 versi tentera laut, namun begitu kedua-dua pesawat ini hampir semahal pesawat F-14.[4] Pada musim panas, Setiausaha Pertahanan Schlesinger telah memerintahkan tentera laut untuk menilai pesaing-pesaing dalam program pesawat pejuang ringan untuk tentera udara, iaitu General Dynamics YF-16 dan Northrop YF-17.[5] Persaingan pesawat untuk pihak tentera udara telah menyenaraikan sebuah pesawat pejuang waktu siang dengan tiadanya keupayaan serangan. Pada bulan Mei 1974, Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata telah menyuntik AS$ 34 juta dari program VFAX ke dalam program baru, yang dikenali sebagai program pesawat “Pejuang Tempur Udara Tentera Laut”,[5] bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi yang dibangunkan untuk program LWF.[4]

Reka bentuk semula YF-17[sunting | sunting sumber]

Pesawat YF-17 Cobra ditukarkan kepada versi tentera laut dan dibangunkan menjadi pesawat F/A-18 Hornet.
Pesawat F/A-18 disambung kepada catapult di atas dek penerbangan USS Abraham Lincoln.

Walaupun pesawat YF-16 telah memenagi pertandingan “Pesawat Pejuang Ringan”, pihak tentera laut meragui pesawat yang berenjin tunggal dan giar pendaratan yang mempunyai lebar yang kecil boleh atau ekonomik untuk dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat, dan enggan menggunakan pesawat terbitan F-16. Pihak tentera laut telah menentang dan berjaya mendapatkan kebenaran untuk membangunkan pesawat berasaskan YF-17. Oleh kerana program “Pesawat Pejuang Ringan” ini tidak memiliki persamaan keperluan reka bentuk dengan program VFAX, pihak tentera laut telah meminta firma McDonnell Douglas dan Northrop untuk mereka bentuk pesawat baru berdasarkan konfigurasi dan prinsip reka bentuk pesawat YF-17. Pesawat baru ini, yang dikenali sebagai F-18, tidak langsung mempunyai sebarang persamaan dimensi atau struktur utama dengan pesawat YF-17. Setiausaha Tentera Laut W. Graham Claytor telah mengumumkan pada 1 Mac 1977 pesawat ini akan dikenali dengan nama "Hornet".[4]

Northrop telah memberi bantuan kepada firma McDonnell Douglas sebagai kontraktor kedua untuk memberi cadangan pada program pesawat ‘’Pejuang Tempur Tentera Udara’’ dengan menggunakan kelebihan pengalaman luasnya dalam pesawat yang beroperasi di atas kapal pengangkut, termasuk pesawat yang paling berjaya iaitu F-4 Phantom II. Untuk pesawat F-18, kedua-dua firma ini telah bersetuju untuk membahagikan pengeluaran alat secara adil, dengan firma McDonnell Douglas menyiapkan pemasangan terakhir, yang mana mewakili 20% daripada keseluruhan kerja. Firma McDonnell Douglas akan mengeluarkan sayap, penstabil, dan bahagian hadapan fiuslaj; manakala firma Northrop pula akan mengeluarkan fiuslaj bahagian tengah dan belakang serta penstabil menegak. McDonnell Douglas adalah merupakan kontraktor utama untuk versi kegunaan tentera laut.[5] Northrop pula akan menjadi kontraktor utama dan akan mengambil alih pemasangan terakhir bagi pesawat versi berasaskan darat iaitu F-18L yang mana firma Northrop berharap untuk menjualnya di pasaran eksport.[4]

Pesawat F-18, awalnya dikenali sebagai McDonnell Douglas Model 267, secara drastik telah diubahsuai dari pesawat YF-17, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan konfigurasi asas yang sama. Bagi operasi di atas kapal pengangkut, kerangka pesawat, giar pendaratan, dan cangkuk penangkap kabel telah diperkukuhkan, sayap yag boleh dilipat dan pemasangan alat manjanik telah ditambah pada pesawat ini, giar pendaratan juga dilebarkan.[6] Bagi memenuhi keperluan jarak dan simpanan Tentera Laut, firma McDonnell telah meningkatkan muatan bahan api sebanyak 4,460 paun (2,020 kilogram), dengan membesarkan tulang belakang dan menambah 96 gelen bahan api pada setiap belah sayap (pesawat YF-17 mempunyai sayap “kering”). Boleh dilihat juga, penambahan bahagian "bergerigi" pada hujung pinggir sayap dan penstabil untuk menghapusan kesan “getaran” yang ditemui pada penstabil pesawat F-15. Sayap dan penstabil juga diperbesarkan, bahagian belakang fiuslaj dilebarkan sebanyak 4 inci (102 milimeter), dan enjin disendengkan ke arah luar pada bahagian depan. Perubahan-perubahan ini telah menambah 10,000 lb (4,500 kg) pada berat kasar pesawat, menjadikan ia seberat 37,000 lb (17,000 kg). Sistem kawalan bantuan komputer pada pesawat YF-17 telah digantikan dengan sepenuhnya dengan sistem digital “fly-by-wire” sepenuhnya dengan kelebihan-berkembar empat, pertama kalinya dipasang pada pesawat pejuang.[6]

Rancangan asal memperincikan perolehan sejumlah 780 buah pesawat dalam 3 model yang berkaitan: pesawat pejuang F-18A satu tempat duduk dan pesawat penyerang A-18A, berbeza hanya dari segi sistem avionik, dan pesawat 2 tempat duduk TF-18A, yang mengekalkan keupayaan misi penuh pesawat F-18,[1] kecuali muatan bahan api yang dikurangkan. Dengan reka bentuk semula stesyen simpanan dan penambahbaikan pada sistem avionik dan paparan pelbagai fungsi, terdapat kemungkinan untuk menggabungkan pesawat A-18A dan F-18A ke dalam sebuah pesawat.[4] Bermula pada tahun 1980, pesawat ini mula dikenali sebagai F/A-18A, dan penandaan pesawat ini secara rasminya diumumkan pada 1 April 1984. Pesawat TF-18A kemudiannya dikenali sebagai F/A-18B.[4][1]

Northrop F-18L[sunting | sunting sumber]

Northrop telah membangunkan pesawat F-18L sebagai salah satu pesawat yang berpotensi untuk dieksport. Disebabkan pesawat ini tidak perlu diperkukuhkan seperti pesawat yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat, ia dijangka mempunyai berat yang lebih ringan dan lebih berupaya. Secara langsung merupakan pesaing terkuat terhadap pesawat F-16 Fighting Falcon, ia kemudian ditawarkan kepada negara sekutu A.S. Berat pesawat F-18L adalah 7,700 pounds (3,493 kg) (kira-kira 30%) lebih ringan berbanding pesawat F/A-18A, disebabkan giar pendaratan yang lebih ringan, sistem pelipat sayap yang dibuang, dan mengurangkan ketebalan alat pada kawasan tertentu. Walaupun pesawat ini mengekalkan penangkap cangkuk, perbezaan luar yang ketara adalah pembuangan ciri "gerigi" pada pinggir depan sayap dan penstabil. Pesawat ini masih mengekalkan 71% persamaan dengan pesawat F/A-18 berdasarkan berat komponen, dan 90% dari sistem bernilai-tinggi, termasuk sistem avionik, radar, dan alat penyerak elektronik (ECM), meskipun terdapat pilihan-pilihan lain. Bertentangan dengan pesawat F/A-18, F-18L tidak membawa bahan api di dalam sayapnya dan kekurangan stesyen senjata pada laluan masuk udara. Sebaliknya, pesawat ini mempunyai 3 tenggekan di bahagian bawah setiap sayap.[7]

Perkongsian diantara firma McDonnell Douglas dan Northrop mula mengalami masalah berkenaan jualan eksport untuk 2 model ini. Northrop merasa pesawat F/A-18 keluaran McDonnell Douglas akan bersaing secara terus dengan F-18L. Pada Oktober 1979, Northrop telah memfailkan beberapa siri dakwaan undang-undang dengan mendakwa McDonnell telah menggunakan teknologi Northrop yang dibangunkan untuk pesawat F-18L ke pasaran luar negara dan telah mencabul perjanjian mereka, dan telah meminta penangguhan sementara penjualan luar negara bagi pesawat Hornet melalui McDonnell Douglas. Kes ini diselesaikan pada tahun 1985 apabila McDonnell telah bersetuju untuk membayar Northrop sejumlah AS$ 50 juta bagi hak sepenuhnya untuk reka bentuk pesawat, tanpa sebarang pengakuan bersalah. Sejak itu Northrop telah menghentikan kerja-kerja pada pesawat F-18L, dan kebanyakan pesanan eksport telah dibolot oleh pesawat F-16 atau F/A-18.[7]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pesawat F/A-18 milik Tentera Laut A.S.

Semasa ujian penerbangan, ciri bergerigi pada pinggir depan penstabil telah diletakkan, dan ruang di antara pemanjang pangkal pinggir depan (LERX) dan fiuslaj kebanyakan telah dihapuskan. Ruang ini, dikenali sebagai alur lapisan sempadan keluar udara (BLAD), mengawal pusaran yang dihasilkan oleh LERX dan membawa udara bersih kepada penstabil menegak pada sudut serangan yang tinggi. Bagaimanapun, ia juga menghasilkan daya seretan yang tidak berguna, memburukan lagi masalah berkenaan kekangan jarak operasi bagi pesawat F/A-18. McDonnell telah mengisi 80% ruang, meninggalkan alur sempit untuk mengeluarkan udara daripada salur masuk udara pada enjin. Ia mungkin menjadi penyumbang pada masalah awal rekahan “lesu” yang muncul di penstabil menegak disebabkan oleh beban aerodinamik yang melampau, mengakibatkan pesawat ini tidak dibenarkan terbang sementara pada tahun 1984 sehingga penstabil ini diperkukuhkan.[perlu rujukan] Bermula pada Mei 1988, satu pagar menegak kecil telah ditambah pada bahagian atas setiap LEX untuk memlebarkan pusaran dan membawanya jauh dari kawasan penstabil menegak. Ia juga menyediakan peningkatan kecil dalam kawalan yang lebih baik sebagai kesan sampingan.

Pesawat pengeluaran pertama F/A-18A membuat penerbangan pada 12 April 1980. Selepas pesawat F/A-18A dikeluarkan sebanyak 380 buah[8]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pesawat Hornet melakukan pergerakan mendongak dalam keadaan daya-G tinggi semasa satu pameran udara. Sudut serangan tinggi menghasilkan pusaran yang berkuasa terbentuk pada pinggir depan dipanjangkan.
F/A-18 Hornet dalam penerbangan transonik. Perhatikan kesan pemeluwapan Prandtl-Glauert.

F/A-18 adalah sebuah pesawat berenjin kembar, kedudukan sayap ditengah, pesawat taktikal pelbagai misi. Ia sangat mudah untuk dikendalikan, disumbangkan oleh kadar tujahan kepada berat yang baik, sistem kawalan digital fly-by-wire, dan pinggir depan dipanjangkan (LEX). Kehadiran ciri LEX ini membenarkan pesawat berada kekal dalam keadaan terkawal pada sudut serangan tinggi.

Pesawat Hornet merupakan antara pesawat terawal yang menggunakan sepenunhnya MFD, yang mana hanya perlu menukar suis untuk menukar pesawat sama ada berperanan sebagai pejuang, penyerang atau kedua-duanya sekaligus. This "force multiplier" capability gives the operational commander more flexibility in employing tactical aircraft in a rapidly changing battle scenario. Ia merupakan pesawat pertama milik tentera laut yang menggabungkan bus avionik multiplex digital, membolehkan ia mudah untuk ditingkat upaya.[1]

Pesawat Hornet juga istimewa kerana reka bentuknya mengambil kira keperluan penyelenggaraan, dan menghasilkan sebuah pesawat yang memerlukan kurang masa selenggaraan berbanding dengan pesawat F-14 Tomcat dan A-6 Intruder. Ia bermaksud masa antara gagal (MTBF) adalah 3 kali lebih tinggi daripada mana-mana pesawat penyerang tentera laut, dan memerlukan separuh dari masa penyelengaraan.[1] Sebagai contoh, penukaran enjin pesawat A-4 Skyhawk memerlukan ekor pesawat dialihkan, enjin pada pesawat Hornet hanya dipasang pada 3 titik dan boleh ditanggalkan tanpa perlu menjalani proses penanggakan yang melampau. Krew penyelengaraan yang berpengalaman boleh menanggalkan and mengantikan enjin pesawat F/A-18 dalam masa beberapa jam.

Evolusi reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990-an, Tentera Laut A.S perlu mengantikan pesawat A-6 Intruder, EA-6 Prowler, A-7 Corsair II dan F-14 Tomcat yang telah usang. Sebagai jawapan pada kekurangan ini, pihak tentera laut telah membangunkan pesawat F/A-18E/F Super Hornet. Walaupun begitu, pesawat ini bukan sebuah pesawat penambahbaikan untuk F/A-18 Hornet, tetapi, merupakan sebuah pesawat baru, dengan kerangka yang lebih besar berasaskan konsep reka bentuk pesawat Hornet. Pesawat Hornet dan Super Hornet akan memainkan peranan saling melengkapi satu sama lain dalam perkhidmatan di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut A.S, sehingga pesawat F-35C Lightning II di atur gerak, yang mana bertujuan untuk mengantikan angkatan pesawat F/A-18A-D Hornet.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Sepanyol : Tentera Udara Sepanyol
    • Ala de Caza 15 di Pangkalan Udara Zaragoza - 30 buah F/A-18A+ dan 8 buah F/A-18B+ yang dikongsi antara Skuadron 151, 152 dan 153
    • Ala de Caza 12 di Pangkalan Udara Torrejon - Skuadron 121 dan 122 (dengan 30 buah F/A-18A+ dan 6 buah F/A-18B+.
    • Ala de Caza 46 di Pangkalan Udara Gando, Pulau Canary – dioperasikan oleh Skuadron 462 dengan 21 buah F-18.[perlu rujukan]

Spesifikasi (F/A-18C/D)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the F/A-18 Hornet

Data dari fail fakta Tentera Laut A.S,[9] Aerospaceweb[10]

Ciri umum

  • Anak kapal: F/A-18C: 1, F/A-18D: 2 (juruterbang dan pegawai sistem senjata)
  • Panjang: 56 kaki (17.1 m)
  • Rentang sayap: 40 kaki (12.3 m)
  • Tinggi: 15 kaki 4 in (4.7 m)
  • Sayap luas: 400 kaki² (38 m²)
  • Aerofoil: NACA 65A005 mod root, 65A003.5 mod tip
  • Berat kosong: 24,700 lb (11,200 kg)
  • Berat berisi: 37,150 lb (16,850 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 51,550 lb (23,400 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F404-GE-402 turbofan
    • Tujahan kering: 11,000 lbf (48.9 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 17,750 lbf (79.2 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "F/A-18 Hornet". Federation of American Scientists. http://www.fas.org/man/dod-101/sys/ac/f-18.htm. Capaian 2007-03-20. 
  2. U.S. Navy. "F/A18-E/F Super Hornet – Mengetuai penerbangan tentera laut ke dalam kurun ke-21". U.S. Navy. http://www.chinfo.navy.mil/navpalib/aircraft/fa18/shornet2.html. 
  3. Kelly, Orr. Hornet: Cerita sebenar pesawat F/A-18. Novato, California: Presido Press, 1990. ISBN 0-89141-344-8.
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Jenkins 2000, p. 19-21.
  5. 5.0 5.1 5.2 "F/A-18 Hornet dan F/A-18 Super Hornet". U.S. Navy. http://www.history.navy.mil/planes/fa18.htm. Capaian 2007-03-17. 
  6. 6.0 6.1 Jenkins 2000, p. 22-26.
  7. 7.0 7.1 Jenkins 2000, p. 26-29.
  8. Termasuk 9 buah yang digunakan untuk pembangunan sistem penerbangan, pengeluaran beralih kepada pesawat F/A-18C pada September 1987.
  9. Fail fakta F/A-18 Tentera Laut A.S
  10. F/A-18 Hornet di laman web Aerospaceweb.org
  11. Pengenalan Senjata Nuklear A.S
Bibliografi
  • Baugher, Joseph. "Boeing F/A-18C Hornet". Air to Air Combat.com, April 11, 2000.
  • Drendel, Lou. F/A-18 Hornet in action (Aircraft Number 136). Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1993. ISBN 0-89747-300-0.
  • Elward, Brad. Boeing F/A-18 Hornet (WarbirdTech, Vol. 31). Specialty Press, 2001. ISBN 1-58007-041-8.
  • Gunston, Bill. F/A-18 Hornet (Modern Combat Aircraft 22). St. Paul, Minnesota: Motorbooks International, 1985. ISBN 0-710-1485-X.
  • Jenkins, Dennis R. F/A-18 Hornet: A Navy Success Story. New York: McGraw-Hill, 2000. ISBN 0-07-134696-1.
  • Miller, Jay. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (Aerofax Minigraph 25). Arlington, Texas: Aerofax Inc., 1988. ISBN 0-942548-39-6.
  • Peacock, Lindsay. F/A-18 Hornet (Osprey Combat Aircraft Series). London: Osprey Publishing, 1986. ISBN 0-85045-707-6.
  • Spick, Mike. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (Classic Warplanes). London, Salamander Books, 1991. ISBN 0-8317-1412-3.
  • Vann, Frank. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (How They Work: Jet Fighter). New York: Exeter Books, 1988. ISBN 0-7917-0226-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]