Mina
Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.
[sunting] Keistimewaan
Di sini terdapar tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah tugu jamrah sebagai simbolisasi tindakan Nabi Ibrahim a.s. ketika mengusir syaitan yang cuba menganggu baginda menjalankan ibadah qurban iaitu menyembelih putera kesayangannya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. Di sini terdapat tiga tugu yang digunakan untuk ibadat melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula, dan Jamratul Wustha. Di tempat ini jemaah Haji diwajibkan untuk bermalam ketika musim haji berlangsung dalam bulan Zulhijjah.
| Utama: | Haji| Haji Tamattuk | Haji Qiran | Haji Ifrad | Umrah | |
|---|---|---|
| Ibadah: | Tawaf | Sa'i | Wukuf | Tahallul | Ihram | Jumrah | Nafar | Dam | |
| Bangunan: | Masjidil Haram | Kaabah | Hijir Ismail | Maqam Ibrahim | Hajar Aswad | Telaga Zam-Zam | Multazam | Masjid Nabawi | Pintu Kaabah | |
| Tempat: | Makkah | Madinah | Mina | Arafah | Muzdalifah | Bukit Safa dan Marwah | Jeddah | |
| Lain-lain: | Tabung Haji | Sistem Penerbangan Malaysia | Arab Saudi | Miqat | Nabi Ibrahim a.s. | Nabi Ismail a.s. | Rukun Islam | Hari Raya Aidil Adha | Qurban | Solat qasar | Solat jamak |