Muzdalifah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muzdalifah (Bahasa Arab: مزدلفة‎) adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah (menurut ulama Syafi`iah (Syafie) dan Hanabilah boleh dari setengah akhir malam pada hari Nahr) sampai waktu terbit matahari hari Nahr.

Dalil dan keterangan[sunting | sunting sumber]

Firman Allah:

فإذا أفضتم من عرفات فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هداكم
Ertinya, " Apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masyaril haram. berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu."
  • 2- Hadis riwayat Jabir ra. bahwa ketika Rasulullah saw. bergerak menuju Muzdalifah beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia! Tenang...!Tenang...!"
  • 3- Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., dia berkata, "Rasulullah saw. bergerak dari Arafah dan ketika sampai di Sya`b beliau turun dari kendaraannya lalu buang air kecil, setelah itu beliau berwhuduk, lalu saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita salat sekarang, wahai Rasulullah!" Beliau menjawab, "Nanti solat di depan." Beliau naik kendaraannya lagi. Ketika sampai di Muzdalifah, beliau turun lalu berwudu dengan sempurna kemudian ikamah untuk salat dan dilanjutkan dengan salat Maghrib. Lalu semua orang mendudukkan untanya di tempat masing-masing, kemudian iqamah untuk solat Isyak lalu beliau solat Isyak. Beliau tidak solat sunah di antara dua solat tersebut."

Allah berfirman:

فإذا أفضتم من عرفات فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هداكم، وإن كنتم من قبله لمن الضالين
Ertinya, "Apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masyaril haram(Masyair Haram). Berzikirlah dengan menyebut Allah sebagaimana yang Dia tunjukkan kepadamu. Sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. "

Disunahkan memperbanyakkan talbiah di setiap tempat, ini termasuk sunah muakkad, memperbanyak membaca Alquran, memperbanyak berdoa. Disunnahkan untuk berdoa:

لا إِله إِلا الله، والله أكبر
Ertinya, " Tidak ada tuhan kecuali Allah, Allah Maha Besar..." dilanjutkan
إليك اللهم أرغب، وإياك أرجون، فتقبل نسكي ووفقني وارزقني فيه من الخير أكثر ما أطلب، ولا تخيبني إنك أنت الجواد الكريم اللهم إني أسألك أن ترزقني في هذا المكان جوامع الخير كله, وأن تصلح لي شأني كله وأن تصرف عني الشر كله، فإنه لا يفعل ذلك غيرك ولا يجود به إلاأنت
Ertinya, "Ya Allah! Kepada Engkau-lah aku menginginkan dan kepada Engkau-lah aku memohon, maka terimalah ibadahku ini dan berilah aku kebaikan lebih dari yang aku minta dan janganlah sia-siakan aku sesungguhnya Engkau Maha Baik lagi Maha Mulia. Ya Allah! Sungguh aku mohon Engkau memberikan aku di tempat ini kumpulan kebaikan, Engkau perbaiki semua urusanku dan Engkau jauhkan dariku segala kejahatan. Sesungguhnya tidak ada yang dapat berbuat semua ini selain Engkau dan tidak ada yang membaguskan kecuali Engkau." Kemudian melontar batu kerikil kecil sebanyak tujuh kali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]