Mocha Girls

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mocha Girls
Berasal dariManila, Filipina
GenrePop, P-pop, R&B, tarian
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
  • XAX
  • Viva
  • Bellhaus
Laman sesawang
mochagirls.com.ph
AhliFrancoise Denyse Fainsan
Aki Mitu
Shaina Salazar
Jade Dela Peña
Khim Dueñas
Joy Basa
Mishka Kagami
Bekas ahliMocha Uson
Seika Hashizume
Mae Dela Cerna
Georgina Knight
Pepper Gutierrez
Jhane Santiaguel
Jho Ann Sotelo
Yumi Ociman
Chloe Recto
Aura Joy Balington
Hershey de las Alas
Heart de Guzman
Zyra Green
Grace Oracion
Bez Lacanlale
Maria Fheb Vida

Mocha Girls ialah kumpulan penyanyi dan penari Filipina. Ahli terkini kumpulan ini terdiri daripada Chloe Recto, Mishka Kagami, Jade dela Pena, Renzy Silvestre, Zyra Green, dam Zsara Tsiblani. Mocha Girls telah menerbitkan empat album: A Taste of Mocha (2006), Mocha (2007), Deliciosa (2008), dan Pinay Ako (2012), dan telah menjual 30,000 unit album di Filipina.

Mocha Girls meraih kemasyhuran sebahagiannya kerana topik bertemakan dewasa vokalisnya, Mocha Uson dan blog dalam taliannya yang menawarkan khidmat nasihat seks kepada pasangan. Mocha Girls dianggap sebagai "kumpulan penyanyi dan penari wanita terhangat di Filipina"[1] dan merupakan "kumpulan wanita ketiga terlaris sepanjang zaman di Filipina" di belakang Sexbomb Girls dan Aegis.

Persembahan dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Mocha Girls kebanyakannya mengadakan persembahan di Manila, dan telah menjelajah di beberapa negara Timur Tengah dan Asia, dan juga wilayah lain di Filipina.

Ditahan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2015, enam ahli kumpulan Mocha Girls dan promoter mereka tiba di Kuala Lumpur dari Thailand untuk persembahan terakhir bagi jelajah dunia mereka. Ketika menyampaikan lagu kedua, pihak berkuasa Jabatan Imigresen Malaysia melakukan serbuan di sebuah hotel di mana mereka membuat persembahan. Pihak berkuasa Malaysia meminta mereka untuk keluarkan pasport dam permit kerja. Apabila penerbit persembahan mereka gagal mengemukakan permit kerja, Mocha Girls ditahan reman selama lima hari. Ketika dalam tahanan, mereka pada mulanya "dilayan sebagai penjenayah biasa" sehingga pihak berkuasa tempatan menyedari bahaaa Mocha Girls ialah artis profesional Filipina. Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, Kedutaan Filipina, dan Jabatan Imigresen, Mocha Girls dibebaskan tanpa tuduhan, namun dikenakan denda.[2][3][4][5]

Kumpulan itu menafikan bahawa "persembahan seksi" mereka ialah punca penahanan mereka, dan menambah bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penganjur persembahan mereka di Malaysia.[2][4][5]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Terkini
  • Chloe Recto (sejak 2015)
  • Mishka Kagami (sejak 2015)
  • Jade Dela Pena (sejak 2016)
  • Renzy Silvestre (sejak 2017)
  • Zyra Green (sejak 2017)
  • Angel Clavario (sejak 2017)
  • Zsara Tiblani (sejak 2018)
Bekas ahli
  • Mocha Uson (2006-2018)
  • Hershey de las Alas (2006–2010)
  • Heart de Guzman (2006–2010)
  • Grace Oracion (2006–2010)
  • Bez Lacanlale (2006–2010)
  • Mae Dela Cerna (2010–2015)
  • Francoise "Franz" Fainsan (2011-2019)
  • Seika Hashizume
  • Pepper Gutierrez
  • Georgina Knight
  • Shaina Salazar
  • Jhane Santiaguel (2010–2011)
  • Khim Dueñas (2015, 2017-2018)
  • Aki Mitu (2016-2017)
  • Neri Germina (2018-2019)
  • Coleen Cerda (2018-2019)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 2006: A Taste of Mocha (XAX Music Entertainment)
  • 2007: Mocha (Viva Records)
  • 2008: Deliciosa (Viva Records)
  • 2012: Pinay Ako / 18+ Restricted (Bellhaus Records)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Mocha Girls Tours Canada and America!". Orange Magazine TV. 2012-10-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-28. Dicapai pada 2012-11-02.
  2. ^ a b "Mocha Girls arrested in Malaysia for performing without permit". GMA News. September 11, 2015. Dicapai pada April 4, 2017.
  3. ^ Corrales, Nestor (September 11, 2015). "Mocha Girls arrested in Malaysia for working without permit". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada April 4, 2017.
  4. ^ a b "Mocha Girls arrested in Malaysia". ABS-CBN News. September 11, 2015. Dicapai pada April 4, 2017.
  5. ^ a b "Why Mocha Girls were arrested in Malaysia". ABS-CBN News. September 12, 2015. Dicapai pada April 4, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]