Mohd Amirul Hadi Zainal
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Mohd Amirul Hadi Zainal | ||
| Tarikh lahir | 27 Mei 1986 (umur 26) | ||
| Tempat lahir | Melaka, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Selangor FA | ||
| Nombor | 24 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2002-2003 2004-2006 |
Akademi Selangor FA Pasukan Piala Presiden Selangor FA |
||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 2006- | Selangor FA | (4) | |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2007- 2008 2007- |
14 (3) 5 (1) 13 (3) |
||
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Januari, 2009. † Kemunculan (Gol). |
|||
Mohd Amirul Hadi Zainal (lahir pada 27 Mei, 1986 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.
Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.
Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.
Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.