Mohd Yusof Bin Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Yusof Din
Butiran peribadi
Lahir (1972-02-09) 9 Februari 1972 (umur 52)
Pendang, Kedah
Anak-anak5
PekerjaanPakar Motivasi/ Pengarah di Institut Wasatiyyah Malaysia

Tuan Haji Mohd Yusof Bin Din merupakan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia. Beliau juga adalah pengasas institut tersebut.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Tuan Haji Mohd Yusof Din dilahirkan di Kg. Bukit Jambol, Pendang, Kedah.Beliau kini menetap di Shah Alam bersama isterinya Azhana binti Abdul Mutalib dan lima cahaya mata mereka iaitu Auni Widad (1999), Ammar Faiz (2000), 'Atif Ziyad (2002), Aisya Madiha (2014) dan Afiq Imran (2008).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohd Yusof adalah bekas pelajar daripada Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah dan kemudian beliau meneruskan pembelajarannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor. Selepas itu beliau meneruskan pengajiannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Yusof lulus pada tahun 1996 dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, Dakwah dan Kepimpinan.

Institut Wasatiyyah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebagai Pengarah institut itu, Mohd Yusof Din harus bertindak sebagai pemimpin dan menganjurkan program-program yang akan menggalakkan kesederhanaan dalam agama Islam. Program yang dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah adalah Seminar Asia Tenggara: Islam di Nusantara dan Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin ("Mentaati Pemimpin Islam").[1] [2] [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]