Muffin Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suatu mufin pisah yang dibakar dan dimentega

Suatu mufin atau mufin Inggeris, juga digelar mufin panas, atau mufin sarapan pagi, ialah suatu bentuk roti ragi-naik yang bulat, hampir selalu diserbuk dengan tepung jagung. Ia sering dimakan ketika sarapan pagi di Amerika Utara dan Australia, tetapi dihidang sebagai makanan petang di England.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suatu lagu dan puisi kanak-kanak, The Muffin Man, menceritakan seorang pembekal mufin pintu-ke-pintu. Puisi berima ini diketahui sewaktu zaman Jane Austen pada awal abad ke-19 dan seorang penjual mufin disebut pada satu ketika dalam buku novelnya, Persuasion. Mufin yang dijual pada zaman ini diperbuat dari tepung ragi dan dibakar di atas sebuah gridel panas.

Mufin mungkin berasal sejauh abad ke-10, tetapi mufin menjadi suatu roti mengikut fesyen sewaktu abad ke-18. Pada awal abad ke-19 telah ada berdozen kilang mufin yang muncul dan 'penjual mufin' adalah suatu pandangan biasa.

Mufin adalah roti bakar cepat dan telah menjadi suatu hidangan meja teh ruji. Mereka biasanya dipisahkan, dibakar, dimentegakan dan kemudian dimakan dengan suatu inti yang tidak manis atau manis seperti madu.

AS, Kanada, Australia dan New Zealand[sunting | sunting sumber]

Mufin secara umum ada dijual di kedai runcit di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, dan Australia. Mereka juga dijumpai di menu restoran makanan segera Amerika di merata dunia. Mufin sering dibakar kemudian disaluti dengan mentega dan/atau jem. Mereka juga digunakan dalam sandwic sarapan dengan daging (bakon, ham atau sosej), telur (goreng, masak hancur, rebus carak atau rebus-kukus carak) dan / atau keju. Mereka adalah ramuan asas dalam hidangan sarapan lewat pagi New York tradisional, Eggs Benedict.

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Mufin sekali sekala dihidang sebagai sarapan pagi atau makanan petang. Roti makanan petang lain seperti skon, krumpet atau kuih teh juga adalah pilihan masyhur[perlu rujukan]. Suatu kelainan mufin digunakan oleh McDonald's, yang digelar McMuffin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

English Bread and Yeast Cookery oleh Elizabeth David, Penguin Books, 1979, mengandungi suatu perbincangan paling sahih berkenaan asal-usul dan kegunaan mufin Inggeris.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Resipi

Jenama

Maklumat Umum