Newcastle upon Tyne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 54°58.440′N 1°36.792′W / 54.974000°U 1.613200°B / 54.974000; -1.613200

City of Newcastle upon Tyne
Newcastle
Boro & Bandar raya
Jabatan Tyne

Jata Majlis Bandaraya
Nama panggilan: The Toon
Motto: "Fortiter Defendit Triumphans" "Triumphing by brave defence"
Newcastle upon Tyne di lihat dalam England
Koordinat: 54°58′N 1°36′W / 54.967°U 1.600°B / 54.967; -1.600
Negara United Kingdom
Negara juzuk England
Kawasan England Timur Laut
Kaunti istiadat Tyne dan Wear
Ibu pejabat Pusat Bandaraya Newcastle
Diasaskan Abad ke-2
Piagam bandar Henry II
Perbadanan bandar 1400
Status bandar raya 1882
Kerajaan
 • Jenis Boro metropolitan, Bandar raya
 • Badan pentadbiran Majlis Bandaraya Newcastle
 • Datuk bandar David Leslie Wood
Keluasan
 • Boro & Bandar raya 44 sq mi (113 km2)
Populasi (anggaran 2008)
 • Boro & Bandar raya 273,600 (Di tempat ke-37)
 • Metro 800,000 (Tyneside)
Demonim Geordie, Novocastrian
Zon waktu Waktu Min Greenwich (UTC+0)
Poskod NE
Kod kawasan 0191
ISO 3166-2 GB-NET
Kod ONS 00CJ
Rujukan grid OS NZ249645
NUTS 3 UKC22
Laman web www.newcastle.gov.uk

Newcastle upon Tyne (sebutan tempatan disebut /njuːˈkæsəl/) (sering diringkaskan ke Newcastle) adalah sebuah bandar raya dan boro metropolitan Tyne dan Wear, di England Timur Laut. Terletak di tebing utara Sungai Tyne, bandar ini dibangunkan di kawasan yang dulunya lokasi petempatan Rom bergelar Pons Aelius,[1][2] walaupun ia mendapat namanya daripada kastil yang dibina pada 1080, oleh Robert II, Duke Normandy, anak sulung William si Penakluk. Bandar ini membesar sebagai sebuah pusat penting untuk perdagangan bulu biri-biri dan kemudian ia menjadi sebuah kawasan perlombongan arang batu. Pelabuhan dibangunkan pada kurun ke-16 dan, bersama dengan limbungan kapal di sebelah bawah sungai, adalah di kalangan pusat pembinaan dan pembaikian kapal terbesar di dunia. Industri ini namun sejak itu mengalami kemerosotan dan penutupan, dan bandar ini secara besarnya adalah sebuah pusat perniagaan dan kebudayaan, dengan reputasi khusus untuk hiburan malam.

Seperti banyak bandar lain, Newcastle mempunyai keratan lintang yang berbagai-bagai, dari kawasan kemiskinan[3][4] ke kawasan mewah.[4] Di antara ikon utamanya adalah Newcastle Brown Ale, suatu jenama utama bir, Newcastle United F.C., sebuah pasukan Liga Bola Sepak, dan Jambatan Tyne. Ia telah mejadi tuan rumah bagi larian separuh marathon yang termasyhur di dunia, Great North Run, sejak ia bermula pada 1981.[5]

Bandar ini adalah yang kedua puluh paling ramai penduduk di England; bandar gabungan Tyneside yang lebih besar, dari mana Newcastle membentuk sebahagian, adalah bandar gabungan keenam terbesar di United Kingdom.[6] Newcastle merupakan anggota Kumpulan Bandar Teras England[7] dan dengan Gateshead anggota rangkaian Eurocities bandar raya Eropah.[8]

Nama samaran serantau untuk orang dari Newcastle dan kawasan keliling adalah Geordie.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Roman Britain Pons Aelius - 'The Aelian Bridge'
  2. GoogleBooks George Patrick Welch, Britannia, the Roman Conquest and Occupation of Britain, Wesleyan University Press, 1963
  3. Forum UNESCO University and Heritage 10th International Seminar “Cultural Landscapes in the 21st Century”, Social Housing as Cultural Landscape: A Case Study of Byker, Newcastle upon Tyne m/s 3, John Pendlebury, Tim Townshend and Rose Gilroy, Newcastle University (April 2005 - disemak Jun 2006). Dicapai 24 November 2008
  4. 4.0 4.1 "Old Ordnance Survey Maps of Newcastle upon Tyne". Diperoleh pada 2009-02-09. "ranging from the bustling, historic city centre and its Quayside (where for a while we had our office), to the great shipbuilding and engineering works on Elswick, from working class Byker to middle class Jesmond and Heaton" 
  5. "Great North Run". BBC Sport. Diperoleh pada 2007-10-01. 
  6. Pointer, Graham, The UK's Major Urban Areas di statistics.gov.uk, dicapai 2007-04-08
  7. Core Cities.com, dicapai 2007-04-08
  8. Eurocities, dicapai 2007-08-19

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Tyneside: A History of Newcastle and Gateshead from Earliest Times, Alistair Moffat and George Rosie, Mainstream Publishing (10 Nov 2005), ISBN 1-84596-013-0
  • History of Northumberland and Newcastle-upon-Tyne, Leslie W. Hepple, Phillimore & Co Ltd (1976), ISBN 0-85033-245-1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Hanseatic League Templat:T&W places Templat:NE England Templat:LargestUKCities