Noraniza Idris (album 1992)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noraniza Idris
Album studio oleh
Dilancarkan pada1992
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop ‧ tradisional
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatSony Music Entertainment
PenerbitAhmad Ali (Jimmy Ali) ‧ Ramli M.S
Kronologi Noraniza Idris
Seindah Budimu
(1991)
Noraniza Idris
(1992)
Ala Dondang
(1997)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Noraniza Idris merupakan album solo keenam penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 1992. Album ini menyaksikan Noraniza bekerjasama dengan penerbit popular Ahmad Ali (Jimmy) & Ramli M.S.

Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Noraniza bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Lagu lain yang popular adalah lagu Rentak Tandak dan Rindu-Rinduan.

Bertitik tolak dari album inilah, Noraniza bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.

Menariknya mengenai album ini adalah kerana penggubah muzik Ramli M.S yang jarang mencipta lagu sendiri telah merakamkan lagu ciptaannya buat Noraniza yang berjudul "Duka Rindu". Tidak ramai penyanyi yang berpeluang menyanyikan lagu maestro muzik ini.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  1. "Monolog Duka"
  2. "Siapa Aku Dimatamu"
  3. "Ku Di Sini"
  4. "Cuba Kau Fikir"
  5. "Gelora Rindu"
  6. "Segunung Janji Selaut Kasih"
  7. "Duka Rindu"
  8. "Rentak Tandak"
  9. "Alangkah Indah Di Waktu Pagi"
  10. "Rindu-Rinduan"