Noraniza Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Noraniza Idris

Noraniza Idris.
Latar belakang
Nama lahir Noraniza Idris
Asal Bendera Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1985 -
Label Life Record
Sony Music
Suria Record (SRC) (1997)


Nor Aniza Binte Haji Idris @ Noraniza Idris dilahirkan di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada dua-belas adik beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang.

Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album Melayu Deli yang diterbitkan oleh Life Record. Dalam rakaman itu Noraniza Idris telah banyak dibantu oleh Hamidi Rashid yang merupakan A&R Life Record waktu itu. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah Melayu Deli, Noraniza Idris merakamkan album Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem dan Nostalgia Malindo sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu Mengemis Rindu, Inginku Sandarkan Harapan dan Masihkah Dirimu Menyayangiku.

Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama, sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik dan seterusnya mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia menerbitkan album pop etnik berjudul Monolog Duka.

Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di Kota Bharu, Kelantan, Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.

Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah. Maka lahirlah album Ala Dondang yang diterbitkan atas kepercayaan Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti Masyhur dan Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album Bekaba. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional.

Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu Lenggok 20 Tahun. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina.

Pada tahun 2008 menyaksikan Noraniza diberi penghormatan apabila lagu-lagunya nyanyian dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti Sehati Berdansa Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut(yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia).


Isi kandungan

[sunting] Album

[sunting] Album Solo

  1. Melayu Deli (1985)
  2. Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem (1986)
  3. Nostalgia Malindo (1987)
  4. Mengemis Rindu (1987)
  5. Inginku Sandarkan Harapan (1988)
  6. Masihkah Dirimu Menyayangiku (1990)
  7. Monolog Duka (1993)
  8. Ala Dondang (1997)
  9. Masyhur (1998)
  10. Bekaba (1999)
  11. Iktiraf (2000)
  12. Aura (2002)
  13. Sawo Matang (2004)
  14. Lenggok (2006) berkembar dengan kompilasi 20 Tahun
  15. Cintaku Satu (2010)

[sunting] Album Duet

  1. Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama (1989-1991) bersama Abdullah Chik
  2. Seindah Budimu (1991) bersama Ibnor Riza
  3. Seri Balas (1999) bersama Siti Nurhaliza

[sunting] Album Kompilasi

  1. The Best of Noraniza Idris (1998)
  2. Meletup (1998) bersama Artis-artis SRC
  3. Molek (1998)bersama Liza Hanim dan Siti Nurhaliza
  4. Srikandi (1999)
  5. Aidilfitri di Alaf Baru (2000) bersama Artis-artis SRC
  6. Meletup 2(2000)bersama Artis-artis SRC
  7. The Best of Ratu Pop Tradisional (2003)
  8. 20 Tahun (2006) berkembar dengan album Lenggok

[sunting] Anugerah / Pencapaian

Persembahan Terbaik 2004 : Hatinya Tak Tahan

[sunting] Anugerah Utama

  1. Pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP) : kurniaan Sultan Pahang
  2. Wanita Pertama Pelopor Pop Tradisional : pengiktirafan MAWAR Johor (2000)
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan
1997
  • (AIM ke 5)
Album Terbaik Ala Dondang Ala Dondang Dicalonkan
Album Pop Etnik Terbaik Menang
1998
  • (AIM ke 6)
Album Terbaik Masyhur Masyhur Dicalonkan
Album Pop Etnik Terbaik Menang
Persemabahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Noraniza Idris Dicalonkan
1999
  • (AIM ke 7)
Lagu Terbaik Hati Kama
Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Seri Balas Dicalonkan
Album Terbaik Seri Balas Menang
Album Pop Etnik Terbaik Menang
Bekaba Bekaba Dicalonkan
2000
  • (AIM ke 8)
Lagu Terbaik Iboq
Indra / Siso
Iktiraf Dicalonkan
Album Pop Etnik Terbaik Iktiraf Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Noraniza Idris Dicalonkan
2002
  • (AIM ke 10)
Album Pop Terbaik Aura Aura Dicalonkan
2004
  • (AIM ke 12)
Album Terbaik Sawo Matang Sawo Matang Dicalonkan
Album Pop Etnik Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
2009
  • (AIM ke 17)
Lagu Terbaik Enjut
Illegall & Cat Farish / Ahmad Fedhtri Yahya
Enjut Dicalonkan
Lagu Pop Etnik Terbaik Menang
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
1997 (AJL 12) Awallah Dondang Ala Dondang Anak Sarawak Hairul Anuar Harun Irama Malaysia / Etnik Kreatif Dicalonkan
1998 (AJL 13) Dikir Puteri Masyhur Pak Ngah Menang
  • Persembahan Terbaik
1999(AJL 14) Dondang Dendang Menang
  • Persembahan Terbaik
Hati Kama
Duet bersama Siti Nurhaliza
Seri Balas Menang
  • Juara Kategori
2000(AJL 15) Tinting Bekaba Dicalonkan
Ngajat Tampi Rosli Selasih Siso Menang
  • Persembahan Terbaik
2002(AJL 17) Hala Timur Aura Eddie Hamid ND Lala Dicalonkan
2003(AJL 18) Tandang Bermadah Noraniza Idris & Narawi CD Raja Kobat & Noraniza Idris Dicalonkan
2004(AJL 19) Hatinya Tak Tahan Sawo Matang Noraniza Idris Siso Menang
  • Persembahan Terbaik
2005(AJL 20) Ayuh! Juragan Ahmad Fedtri Yahya Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1988 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
1997/98 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
1998/99 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2000 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan

[sunting] Lain-lain Anugerah

  1. Anugerah ERA 2004 : Lagu Global Pilihan - Hatinya Tak Tahan
  2. Anugerah Pembaca Media Hiburan 2000 : Penyanyi Etnik Sensasi
  3. Parti Cit Cat :
    • Anugerah Khas 2001 : Ratu Pop Tradisional
    • Persembahan Terbaik 20002 : Hala Timur
  4. Anugerah Platinum Berkembar untuk album Ala Dondang (jualan melebihi 100,000 unit)

[sunting] Penglibatan

  1. Pelakon utama dalam filem Sayang Ibu (Filem Malaysia - 1989)
  2. Pengacara dokumentari Artistik Asia (TV12 Singapura - 2002)
  3. Pengacara dokumentari Dondang Sayang (terbitan RTM Malaysia)
  4. Salah seorang penyanyi lagu tema Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Malaysia - 'Bantu Mereka'

Persembahan Khas

  1. Pertunjukkan kebudayaan di Tokyo & Osaka, Jepun (Mei 1998) anjuran Jabatan Pelancongan Malaysia
  2. Persembahan Khas sempena Perasmian Pembukaan Sukan Komanwel ke 16 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada September 1998, di mana lagu beliau, Dikir Puteri telah dipersembahkan secara dwibahasa dan diringi lebih daripada 1000 orang penari. Noraniza diberi penghormatan membuat persembahan bersama-sama Siti Nurhaliza (Datuk), Anuar Zain dan penyanyi lagu-lagu patriotik Roy.
  3. Pertunjukkan kebudayaan dan pesta makanan di Karachi, Lahore & Islamabad, Pakistan (Jun 2005) semperna mempromosikan Malaysia
  4. Persembahan kebudayaan di Negeri Cina (2006) sempena Tahun Melawat Malaysia

[sunting] Jawatan Disandang

  1. Pengurus Taman Mini Malaysia & Taman Mini ASEAN, Ayer Keroh, Melaka
  2. Pengerusi Pergerakan Belia 4B cawangan Taman Mini Malaysia & Taman Mini ASEAN (2002-2007)
  3. Pengerusi Biro Barisan Muda Karyawan Malaysia (2001)

[sunting] Laman Web

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain