Nusa Tenggara Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta yang menunjukkan provinsi Nusa Tenggara Barat di Indonesia

Nusa Tenggara Barat adalah sebuah provinsi yang terletak di bahagian selatan-tengah Indonesia. Ia merangkumi bahagian barat Kepulauan Sunda Kecil tetapi tidak termasuk pulau Bali.

Dua pulau terbesar di provinsi ini adalah Lombok di barat dan Sumbawa di timur. Kota Mataram di Lombok adalah ibu kota dan bandar terbesar provinsi ini. Provinisi ini terbahagi kepada enam buah kabupaten dan sebuah daerah berkerajaan sendiri, kotamadya Mataram.

Lombok diduduki oleh orang Sasak dengan sebuah masyarakat kecil Bali. Sumbawa diduduki oleh kelompok etnik Sumbawa dan Bima. Setiap golongan ini memiliki bahasa mereka yang tersendiri. Jumlah penduduk provinsi ini adalah 3,821,134 dan 71% daripada mereka tinggal di Lombok (Banci 2000).