Oosterpark (Amsterdam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oosterpark (Amsterdam)
Jenis Taman bandar
Lokasi Oost/Watergraafsmeer, Amsterdam, Belanda
Status Buka disepanjang tahun

Oosterpark di Amsterdam adalah taman besar pertama diletakkan oleh majlis perbandaran Amsterdam. Taman ini terletak di borough Oost/Watergraafsmeer dan membentuksuaut komponen kawasan Oosterpark. Taman ini, sebuah kebun Inggeris, telah direkabentuk oleh arkitek landskap Belanda Leonard Anthony Springer dan telah diletakkan pada 1891.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Supaya dapat membina Oosterpark, sebuah kubur berkurun-kurun lama di belakang Muzium Tropis telah dipindahkan. Telah ada banyak tunjuk perasaan pada waktu itu apabila majlis perbandaraan Amsterdan mencadangkan rancangan baru. Pada akhirnya penunjuk perasaan bersetuju dengan lokasi baru untuk kubur "mereka" yang kini digelarkan New Ooster Begraafplaats. Dalam taman ada sebuah kolam dengan sebuah pulau kecil. Taman ini juga mengandungi sebahagian dari bekas kubur.

Peringatan Perhambaan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Taman ini mengandungi Peringatan Perhambaan Kebangsaan, yang memperingati pemansuhan perhambaan di Belanda pada 1863. Peringatan ini telah didedahkan pada Julai 1, 2002 dengan kehadiran Yang Diraja Agong Ratu Beatrix. Dimensi dinamik peringatan, Institut kebangsaan untuk Perhambaan Belanda dan Legasinya (NiNsee) telah dibuka pada Julai 1, 2003. Setiap tahun pada Julai 1, NiNsee memperingati pemansuhan Perhambaan Belanda di Oosterpark dengan pesta Keti Koti.

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Peringatan De Schreeuw (Jeritannya) memperingati Theo van Gogh dan suatu tanda pembebasan tuturan

Oosterpark juga mengandungi sebuah peringatan untuk Theo van Gogh, seorang pembuat filem dan kolumnis berkontroversi yang pada 2004 telah dibunuh berhampiran oleh seorang pelampau Islam.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan[sunting | sunting sumber]

Di sepanjang taman terhadap Linnaeusstraat (berhampiran dengan Institut Tropis Diraja) ada sebilangan Grey Heron bersarang.

Jalan-jalan membaris sempadan selatan dan barat taman juga digelar Oosterpark.[1] Terdahulunya jalan-jalan ini digelar Eerste Parkstraat ("Jalan Taman Pertama").

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 52°21′35″N 4°55′15″E / 52.35972°U 4.92083°T / 52.35972; 4.92083