Operasi Panzerfaust

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Operasi Panzerfaust
Sebahagian daripada Perang Dunia II

Askar SS dari 22 SS-Freiwilligen-Kavallerie-Division Maria Theresia memeriksa senjata tawanan yang ditemui di halaman Istana Buda, termasuk meriam anti-pesawat gerak sendiri Hungary 40M Nimród (belakang) dan selaras 40mm 40M meriam anti-kereta kebal.
Tarikh15–16 Oktober 1944
Lokasi
Keputusan Penggulingan Pemangku Raja Miklós Horthy
Pro-Nazi Parti Arrow Cross bangkit berkuasa
Pihak yang terlibat
Hungary Jerman Nazi Jerman Nazi
Parti Arrow Cross
Komandan dan pemimpin

Operasi Panzerfaust (Unternehmen Panzerfaust, "Operasi Armored Fist") adalah operasi ketenteraan yang dilakukan pada Oktober 1944 oleh Wehrmacht Jerman untuk memastikan Kerajaan Hungary akan kekal sebagai sekutu Jerman dalam Perang Dunia II. Apabila diktator Jerman Adolf Hitler menerima khabar yang Pemangku Raja Hungary, Laksamana Miklós Horthy, secara rahsia merundingkan penyerahan kalah negaranya kepada Tentera Merah, beliau menghantar ketua komando Otto Skorzeny dari Waffen-SS dan bekas komander pasukan operasi khas Adrian von Fölkersam ke Hungary. Hitler bimbang penyerahan kalah Hungary akan mendedahkan bahagian selatannya, dimana Kerajaan Beraja Romania baru saja bergabung dengan Soviet dan memisahkan sejuta askar Jerman yang masih memerangi kemaraan Soviet di rantau Balkan. Operasi ini telah didahului oleh Operasi Margarethe pada Mac 1944, iaitu penjajahan Hungary oleh tentera Jerman, yang mana Hitler berharap dapat mengukuhkan tempat Hungary dalam kuasa Paksi.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Earl F. Ziemke, Stalingrad to Berlin: The German Defeat in the East, U.S. Government Printing Office, 1968