Kancah Asia Tenggara (Perang Dunia Kedua)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kancah Asia Tenggara
Sebahagian daripada Perang Dunia II dan Perang Pasifik
Chindit column, Operation Longcloth.jpg
Jajaran Chindit menyeberangi sungai di Burma, 1943.
Maklumat am
Tarikh 8 Disember 1941 – 9 September 1945
(3 tahun, 9 bulan, 1 hari)
Lokasi Burma, India British, Siam, Indochina Perancis, Malaya British, Singapura, Ceylon British
Hasil Kemenangan Pihak Berikat
Pihak yang berperang
United Kingdom Empayar British

Republik China Republik China
Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Empayar Jepun Empayar Jepun
Thailand Thailand
Burma Burma
India India Nasionalis
Komander dan pemimpin
United Kingdom Louis Mountbatten
United Kingdom Arthur Ernest Percival
United Kingdom William Slim
United Kingdom James Somerville
Republik China Chiang Kai-shek
Republik China Wei Lihuang
Amerika Syarikat Joseph Stilwell
Burma Aung San
India Subhas Chandra Bose
Empayar Jepun Chūichi Nagumo
Empayar Jepun Tomoyuki Yamashita
Empayar Jepun Hyotaro Kimura
Empayar Jepun Masakazu Kawabe

Thailand Plaek Phibunsongkhram

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kancah Asia Tenggara sewaktu Perang Dunia Kedua ialah nama yang diberikan kepada kempen-kempen Perang Pasifik di Burma (sekarang Myanmar), Ceylon British, India British, Siam, Indochina, Tanah Melayu (Malaya British) dan Singapura. Pertikaian dalam kancah ini bermula apabila Empayar Jepun menyerang Siam dan Tanah Melayu dari pangkalan-pangkalan di Indochina pada 8 Disember 1941. Pendaratan utama di Singora (sekarang Songkhla) di pantai timur Segenting Kra mendahului serangan terhadap Pearl Harbor. Pertempuran di kancah ini berakhir dengan rasminya pada 9 September 1945.

Kejayaan awal Jepun[sunting | sunting sumber]

Pihak Berikat (atau Pihak Bersekutu) mengalami banyak kekalahan dalam enam bulan pertama Perang. Dua buah kapal tempur British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dibinasakan oleh serangan udara Jepun berdekatan bandar Kuantan di kawasan laut pinggir semenanjung Tanah Melayu pada 10 Disember 1941. Berikutan pendaratan tentera Jepun di Siam pada 8 Disember 1941, kerajaan Siam secara formalnya menjadi sekutu Jepun pada 21 Disember. Jepun menyerang Hong Kong pada 8 Disember dan menawannya pada hari Krismas 1941. Bulan Januari 1942 menyaksikan serangan terhadap Burma dan Hindia Timur Belanda dan penawanan Kuala Lumpur di Tanah Melayu dan Manila di Filipina.

Rejimen Teishin Shudan ('Rejimen Penggempur', juga dikenali sebagai 'Briged Payung terjun') daripada Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan berjaya menjalankan gerakan dengan baik dalam operasi menakluk Sumatra (lihat Pertempuran Palembang).

Tanah Melayu dan Singapura[sunting | sunting sumber]

Pasukan tentera Jepun ditentang oleh Kor Ke-III (India), Divisyen Ke-8 (Australia) dan unit-unit British lain dalam Pertempuran Tanah Melayu dan dalam Pertempuran Singapura, tetapi kelebihan Jepun dari segi kuasa udara, kereta kebal dan taktik mengatasi pasukan British. Pihak British berundur ke Singapura dari utara Tanah Melayu dan akhirnya menyerah diri pada 15 Februari 1942, selepas bertahan di Tanah Melayu dan Singapura selama 70 hari. Dianggarkan lebih kurang 130,000 orang tentera British menyerah diri, satu-satunya penyerahan kalah yang terbesar dalam sejarah Britain.

Serangan Jepun di Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Serangan Jepun di Lautan Hindi ialah gerakan laut oleh sebuah armada Tentera Laut Imperial Jepun. Armada ini merupakan angkatan laut besar dengan enam buah kapal induk pembawa pesawat terbang, empat buah kapal tempur, kapal perang lain dan kapal selam, dan 350 buah kapal terbang. Operasi in berjalan dari 31 Mac hingga 10 April 1942 dan menyasarkan perkapalan dan pangkalan pihak Bersekutu di sekitar Lautan Hindi. Berikutan kebinasaan pasukan Bersekutu dalam beberapa pertempuran di pulau Jawa dalam bulan Februari dan Mac 1942, pihak Jepun mengatur operasi di Lautan Hindi bagi membinasakan angkatan laut British di sana dan juga bagi menyokong Kempen Burma. Serangan tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Ia gagal menghancurkan kekuatan laut pihak Bersekutu di Lautan Hindi, tetapi berjaya memaksa armada British berpindah pangkalan dari Ceylon ke Mombasa di Kenya. Armada British di Lautan Hindi dikurangkan kekuatannya dan hanya berfungsi sebagai pasukan pengiring. Dalam bulan Mei 1942, armada ini juga terlibat dalam Pertempuran Madagascar – satu gerakan yang dilancarkan dengan tujuan untuk menghalang gerakan Jepun untuk mengguna pangkalan di bawah kuasa Perancis Vichy di pulau itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]