Orang Rejang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Rejang
Tun Hejang / Tun Jang
Jumlah penduduk
Kira-kira 1.2 juta (anggaran 2016)[perlu rujukan]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia1.5 - 2 juta[1]
          Bengkulu,1.1 juta [perlu rujukan]
          Sumatra Selatan30,000[perlu rujukan]
          Lain-lain70,000[perlu rujukan]
Bahasa
Rejang, Indonesia
Agama
Islam Sunni (utama)
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Lembak, Orang Serawai, Orang Lintang, Orang Basemah, Orang Bengkulu, Orang Kerinci

Orang Rejang (Tun Hejang atau Tun Jang) merupakan kumpulan etnolinguistik Austronesia yang berasal dari sebahagian Bengkulu dan Sumatra Selatan di kawasan barat daya Sumatra, Indonesia. Mereka menghuni beberapa kawasan di banjaran dingin Pergunungan Barisan di provinsi-provinsi itu. Dengan jumlah penduduk anggaran lebih 1.3 juta orang, mereka membentuk kumpulan etnik terbesar Bengkulu. Orang Rejang secara utamanya hidup selaku majoriti di lima daripada 10 kabupaten serta kota di Bengkulu sementara orang Rejang di Sumatra Selatan menetap di Bermani Ulu Rawas. Orang Rejang secara lazimnya merupakan orang Islam dengan sedikit orang bukan Islam. Kajian mengutarakan bahawa orang Rejang ialah keturunan orang Bukar-Sadong dari Borneo Utara (Sarawak, kini di Malaysia).

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Orang Rejang memiliki bahasa mereka sendiri dengan nama sama. Bahasa ini - bahasa Rejang, digunakan dalam perbualan seharian. Dalam persekitaran awam serta interaksi dengan orang bukan Rejang, bahasa Bengkulu pula digunakan, dan dianggap sebagai lingua franca antara masyarakat. Bahasa Bengkulu diketahui memiliki persamaan dengan bahasa Minangkabau dan dialek Melayu Palembang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wurm, Stephen A. dan Shiro Hattori, (penyunting) (1981) Language Atlas of the Pacific Area Australian Academy of the Humanities in collaboration with the Japan Academy, Canberra, ISBN 0-85883-239-9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]