Wuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Wuhan yang terletak di provinsi Hubei merupakan bandaraya terbesar di China Tengah. Air Sungai Yangtze dan Han mengalir ke dalam bandar, dan mewujudkan tiga daerah: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Hankou dan Wuchang sejak era akhir Dinasti Ming sudah menjadi bandaraya yang tersusun pembangunannya. Pada tahun 1927, Kerajaan Pusat pada waktu itu memindahkan ibunegara ke Wuhan, dan buat pertama kalinya mencantumkan Wuchang, Hankou, dan Hanyang kepada satu daerah besar-- Jingzhao. Pada akhir Dinasti Qing dan era awal Kuomin/Republik Rakyat China, Wuhan muncul sebagai bandaraya terbesar di China yang paling maju dan makmur daripada segi ekonomi. Ini kerana bandaraya ini terletak di sepanjang pantai Yangtze, dan pusat pengangkutan jalanraya dan keretapi di samping mempunyai pembangunan perindustrian yang pesat. Revolusi Wuhan berlaku di bandaraya ini pada tahun 1911. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini.