Paul si sotong peramal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paul si Sotong Peramal
Oktopus-Orakel Paul mit Schuh.JPG
Paul si Sotong di dalam akuariumnya
Spesies Octopus vulgaris
Jantina Jantan
Lahir 2008
Weymouth, Dorset, England, Great Britain
Mati 26 Oktober 2010 (usia 2 tahun)
Oberhausen, Jerman
Pekerjaan Peramal
Dikenali kerana Meramal keputusan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Jerman
Pemilik Pusat Hidupan Laut
Penjaga akuarium: Oliver Walenciak

Paul si sotong peramal adalah seekor sotong yang dikatakan dapat meneka dengan tepat keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, selalunya dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman. Sotong yang dipelihara dalam akuarium dilaporkan dapat menelek nasib pasukan bola sepak Jerman sebanyak 7 kali dan berkesudahan Jerman kalah kepada Sepanyol tetapi menang dengan Uruguay untuk memperoleh tempat ketiga. Paul bersara sebaik sahaja Piala Dunia 2010 berakhir.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Paul menetas dari telurnya di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke cawangannya di Oberhausen, Jerman.[1] Nama Paul diambil sempena tajuk sebuah sajak oleh penulis buku kanak-kanak Jerman, Boy Lornsen: Der Tintenfisch Paul Oktopus.[2][3] Menurut pengarah hiburan Pusat Hidupan Laut, Daniel Fey, Paul sudah pun menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi:

Terdapat sesuatu mengenai cara ia melihat para pengunjung kami semasa mereka datang melihat ke dalam tangkinya. Ia begitu luar biasa, jadi kami cuma mencari apa bakat semula jadinya.[3]

Paul dijangkakan akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, memandangkan sotong kurita seperti Paul biasanya mempunyai jangka hayat purata tidak melebihi dua tahun. Penjaganya berkata selepas ini tiada ramalan akan dilakukan, sekaligus menyaksikan Paul "bersara".[4]

Teknik ramalan[sunting | sunting sumber]

Dua kotak plastik yang diberikan kepada Paul.

Sotong ini diletakkan dalam sebuah akuarium. Di dalamnya ada dua kotak bendera iaitu bendera Jerman dan bendera pasukan lawan; kedua-dua kotak tersebut berisi makanan. Kotak pertama yang dipeluknya itu dikatakan mewakili pasukan yang diramalkan akan menang.[5] Sebelum ini Paul juga pernah digunakan untuk meramal keputusan perlawanan bola sepak UEFA Euro 2008,[1][3][6] di mana 4 daripada 6 ramalannya yang melibatkan pasukan Jerman adalah tepat. Rekod ketepatan 100% ramalan keputusan Piala Dunia 2010 menjadikan Paul seekor haiwan selebriti.[1]


Keputusan[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FIFA 2010[sunting | sunting sumber]

Paul setakat ini sudah pun meramal pemenang bagi tujuh perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang melibatkan pasukan Jerman setakat ini,[7] iaitu perlawanan menentang Australia, Serbia, Ghana, England, Argentina, Sepanyol dan Uruguay. Ramalannya yang mengatakan pasukan Argentina akan kalah menyebabkan chef berbangsa Argentina bernama Nicolas Bedorrou menjadi marah dan menghantar resepi masakan sotong kurita di laman Facebook.[1]

Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.
—Oliver Walenciak (penjaga Paul)[8]

Paul dengan tepat telah meramal keputusan peringkat separuh akhir, dengan meramalkan bahawa Sepanyol akan menang. Penyokong Jerman pada awalnya berharap agar ramalannya itu tidak tepat sebagai mana semasa perlawanan akhir UEFA Euro 2008 tetapi malang sekali mereka dikecewakan dengan ramalan yang tepat itu.[9] Ramalan tersebut membawa kepada ugutan bunuh memandangkan ada di kalangan penyokong Jerman yang mahu Paul dimasak dan dimakan.[10][11] Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Sepanyol Jose Zapatero sambil bergurau menawarkan untuk menyediakan perlindungan rasmi buat Paul, manakala Menteri Industri Miguel Sebastian menawarkan kediaman yang selamat untuk Paul di Sepanyol.[12][13]

Keputusan yang melibatkan Jerman[sunting | sunting sumber]

Paul dalam tangkinya
Lawan Perlawanan Peringkat Tarikh Ramalan Keputusan Kesimpulan
Poland Euro 2008 Peringkat kumpulan 8 Jun 2008 Jerman 2–0 Tepat
Croatia Euro 2008 Peringkat kumpulan 12 Jun 2008 Jerman[1][14] 1–2 Tidak tepat
Austria Euro 2008 Peringkat kumpulan 16 Jun 2008 Jerman 1–0 Tepat
Portugal Euro 2008 Suku akhir 19 Jun 2008 Jerman 3–2 Tepat
Turki Euro 2008 Separuh akhir 25 Jun 2008 Jerman 3–2 Tepat
Sepanyol Euro 2008 Akhir 29 Jun 2008 Jerman[1] 0–1 Tidak tepat
Australia Piala Dunia 2010 Peringkat kumpulan 13 Jun 2010 Jerman[15] 4–0 Tepat
Serbia Piala Dunia 2010 Peringkat kumpulan 18 Jun 2010 Serbia[15] 0–1 Tepat
Ghana Piala Dunia 2010 Peringkat kumpulan 23 Jun 2010 Jerman[15] 1–0 Tepat
England Piala Dunia 2010 Pusingan 16 pasukan 27 Jun 2010 Jerman[16] 4–1 Tepat
Argentina Piala Dunia 2010 Suku akhir 3 Julai 2010 Jerman[8] 4–0 Tepat
Sepanyol Piala Dunia 2010 Separuh akhir 7 Julai 2010 Sepanyol[17] 0–1 Tepat
Uruguay Piala Dunia 2010 Penentuan tempat ke-3 10 Julai 2010 Jerman[18] 3–2 Tepat

Keputusan yang tidak melibatkan Jerman[sunting | sunting sumber]

Pasukan Perlawanan Peringkat Tarikh Ramalan Keputusan Kesimpulan
Belanda vs. Sepanyol Piala Dunia 2010 Akhir 11 Julai 2010 Sepanyol[19] 0–1 Tepat

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2010, Paul menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya, menurut Stefan Porwoll, pengurus Pusat Hidupan laut di Jerman.[20]

Sudah diduga bahawa Paul akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, kerana sotong kurita biasa biasanya tidak hidup lebih lama daripada tiga tahun. Selepas Piala Dunia 2010, pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraannya sebagai peramal.[21][22]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 "World Cup 2010: 10 things you didn't know about Paul the psychic octopus", The Telegraph, 7 July 2010, diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2012, https://archive.is/cT8U, capaian 7 July 2010 
  2. Published in Das alte Schwein lebt immer noch: Boy Lornsens Tierleben, Schneekluth (1985), ISBN 978-3-7951-0941-7. Re-published in and eponymous of the anthology Der Tintenfisch Paul Oktopus. Gedichte für neugierige Kinder, 2009, Manfred Boje Verlag ISBN 978-3-414-82148-5
  3. 3.0 3.1 3.2 Silver, Dan (8 July 2010), Top 10 things you need to know about World Cup star Paul the Psychic Octopus, mirrorfootball.co.uk, http://www.mirrorfootball.co.uk/opinion/blogs/2010-world-cup-blog/Top-10-things-you-need-to-know-about-Paul-the-Psychic-Octopus-death-threats-treachery-calamari-blogs-Twitter-and-video-of-World-Cup-s-biggest-star-in-action-article520263.html#ixzz0tBNfEcrR, capaian 9 July 2010 
  4. "El pulpo Paul se jubiló invicto y morirá antes de la Eurocopa 2012". Cooperativa.cl. http://www.cooperativa.cl/prontus_nots/site/artic/20100712/pags/20100712104738.html. Capaian 2010-07-12. 
  5. Erskine, Carole (25 June 2010), "Psychic Octopus to Predict England Result", Sky News, http://news.sky.com/skynews/Home/Strange-News/Octopus-Psychic-Paul-To-Predict-England-Germany-Result-By-Picking-Box-With-Flag-On-It/Article/201006415654410?lpos=Strange_News_Second_Home_Page_Article_Teaser_Region_4&lid=ARTICLE_15654410_Octopus:_Psychic_Paul_To_Predict_England_Germany_Result_By_Picking_Box_With_Flag_On_It, capaian 9 July 2010 
  6. "Paul the octopus chooses Spain over Germany". IOL. 6 July 2010. http://www.iol.co.za/index.php?set_id=6&click_id=2831&art_id=nw20100706122010966C453441. Capaian 8 July 2010. 
  7. Shenker, Sarah (9 July 2010), What are the chances Paul the octopus is right?, news.bbc.co.uk, http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/10567712.stm, capaian 9 July 2010 
  8. 8.0 8.1 Hyde, Thomas (7 July 2010), "Germany v Spain: Psychic octopus Paul unfazed by death threats, says keeper", The Daily Telegraph (UK), http://www.telegraph.co.uk/sport/football/world-cup-2010/teams/germany/7877152/Germany-v-Spain-Psychic-octopus-Paul-unfazed-by-death-threats-says-keeper.html, capaian 9 July 2010 
  9. Octopus Paul predicts Spain over Germany in WCup, 6 Jul. 2010 03:50, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-09, http://web.archive.org/web/20100709070333/news.yahoo.com/s/ap/20100706/ap_on_re_eu/eu_germany_octopus_oracle_world_cup_2 
  10. Breitenbach, Dagmar (8 July 2010), "Fry Paul the oracle octopus, German fans say", Deutsche Welle, http://www.dw-world.de/dw/article/0,,5775630,00.html, capaian 9 July 2010 
  11. AbramsDavid (8 July 2010), Germans Eat Paul The Octopus, allvoices.com, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-17, https://archive.is/Cli4 
  12. Spanish PM Jose Zapatero offers Paul the psychic octopus state protection, Herald Sun, 8 July 2010, http://www.heraldsun.com.au/news/breaking-news/spanish-pm-jose-zapatero-offers-paul-the-psychic-octopus-state-protection/story-e6frf7jx-1225889576003, capaian 9 July 2010 
  13. Paul the psychic octopus predicts Spain will beat Holland - The Daily Telegraph, 9 July 2010
  14. "Wie endet die Partie Deutschland - Kroatien?: Tier-Orakel sind sich uneins", Der Westen, 11 June 2008, http://www.derwesten.de/sport/Tier-Orakel-sind-sich-uneins-id1850875.html, capaian 9 July 2010 
  15. 15.0 15.1 15.2 World Cup Octopus: Paul's Predictions Stun Germany, Huffington Post, 24 Jun. 2010 03:50, http://www.huffingtonpost.com/2010/06/24/world-cup-octopus-pauls-p_n_624597.html 
  16. 'Psychic' octopus predicts Germany victory over England, BBC News, 25 June 2010, http://news.bbc.co.uk/2/hi/10420131.stm 
  17. Paul The Octopus Predicts Spain Will Beat Germany, The Globe and Mail, 7 July 2010, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-09, http://web.archive.org/web/20100709061022/http://www.theglobeandmail.com/sports/soccer/worldcup2010newsfeed/?feedID=39851695869528950 
  18. "Octopus predicts Germany third place in World Cup". BBC News. 9 July 2010. http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/10567735.stm. Capaian 11 July 2010. 
  19. "Psychic octopus Paul predicts Spain to beat Holland in World Cup final", The Guardian (London), 9 July 2010, http://www.guardian.co.uk/football/2010/jul/09/psychic-octopus-paul-picks-spain 
  20. "World Cup's Paul the octopus dies", UK Press, 26 October 2010, diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2010, http://web.archive.org/web/20101029172705/http://www.google.com/hostednews/ukpress/article/ALeqM5jrL1_GhNCFuiRGojP-dIaku0f7wA?docId=N0100451288088492078A, capaian 26 October 2010 
  21. "El pulpo Paul se jubiló invicto y morirá antes de la Eurocopa 2012". Cooperativa.cl. http://www.cooperativa.cl/prontus_nots/site/artic/20100712/pags/20100712104738.html. Capaian 2010-07-12. 
  22. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan death tidak disediakan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]