Tampin
Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka .Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam Wilayah Negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka. Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.
Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula pentadbiran melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949 hektar.
Bandar Tampin berjiran dengan Bandar Pulau Sebang, Melaka.Lampu isyarat di di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui jalan persekutuan. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat Alor Gajah.Daerah Tampin mempunyai Stesen keretapi iaitu Gemas, Batang Melaka dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka.Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin. Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:
Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tampin terdiri daripada:
- Majlis (Penggubal Dasar)
- Jawatankuasa Kecil (Penasihat Kepada Majlis)
- Pengurusan (Pelaksana).
[sunting] Tunku Besar Tampin
13 Sep 1832 Luak Tampin ditubuhkan. 1883 pemerintah Tampin digelar Tunku Besar Tampin.
- 13 September 1832 - 1856 Raja Ali bin Daeng Alampaki [Lahir pada c.1784 - Meninggal dunia pada 1856)
- 1856 - 1872 Saiyid Shaaban ibni Saiyid Ibrahim al-Qadri [Lahir pada 17.. - Meninggal dunia pada 1872)
- 1872 - 1894 Saiyid Abdul Hamid ibni Saiyid Shaaban al-Qadri (Meninggal dunia pada 1894)
- 1894 - 19.. Saiyid Dewa ibni Saiyid Abdul Hamid al-Qadri
- 19.. - 19.. Saiyid Akil ibni Saiyid Dewa al Qadri (Meninggal dunia pada bf.1920)
- 19.. - Mei 1929 Saiyid Muhammad ibni Saiyid Dewa al-Qadri (Meninggal dunia pada 1929)
- 19.. - Mei 1929 Sharifah Leng binti Saiyid Abdul Hamid (wanita)
- Mei 1929 - Saiyid Idris ibni Saiyid Muhammad al-Qadri [Lahir pada 1927)
- Mei 1929 - 21 Dec 1945 Sharifah Leng bint Saiyid Abdul Hamid (wanita)
[sunting] Pendidikan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan(Status : Sekolah Contoh)
- SRJK (Cina) Kampung Baru Tampin, Jalan Tampin, 73000 Tampin , Negeri Sembilan
- SRJK (C) Chung Hua Tampin, Jalan Tampin, 73000 Tampin , Negeri Sembilan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin , Jln Bukit Tampin , 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah ,Taman Indah , 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Sekolah Kebangsaan Tampin , 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Tadika Azfar/ Taska Azfar, 956 & 957 Taman Seri Belian, 73000 Tampin, Negeri Sembilan no tel 064419704
Pendidikan Khas Sekolah Menengah Taman Indah, tampin