Peluru berpandu serangan darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peluru berpandu serangan darat merujuk pada sejenis peluru berpandu permukaan ke permukaan yang mampu menyerang sasaran di darat, tidak sepertimana peluru berpandu anti kapal yang khusus dikeluarkan untuk menyerang kapal-kapal lain. Beberapa jenis peluru berpandu ini sesuai untuk digunakan untuk kedua-dua misi.

Seperti peluru berpandu anti kapal jarak jauh, peluru berpandu serangan darat biasanya dijana oleh turbin jet atau turbin kipas untuk memacu peluru berpandu krus. Untuk mengelakan pengesanan awal dan tindak balas, peluru berpandu ini akan terbang menghampiri permukaan tanah pada aras rendah, menggunakan teknik mendakap permukaan, sama ada dengan radar mendakap permukaan atau sistem navigasi jitu seperti GPS, yang digabungkan dengan peta tersimpan yang mempunyai maklumat-maklumat halangan dan data ketinggian tanah (TERCOM).

Peluru berpandu serangan darat biasanya diprogram sebelum dilancarkan mnegikut garis penerbangan sehingga ke sasaran. Panduan terminal boleh dialkukan dengan menggunakan panduan radar aktif, radar pasif atau peralatan sokongan peperangan elektronik, panduan infra merah atau panduan optik, atau sesebuah sasaran tetap telah dikenal pasti lebih awal sebagai titik akhir.

Beberapa model peluru berpandu ini membenarkan perubahan sasaran selepas dilancarkan dan beberapanya mungkin mengirim kembali maklumat ke pelancar pelancaran atau unit-unit lain.

Senarai peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis peluru berpandu serangan darat (kini, sebelumnya dan dalam pembangunan)
Nama Asal Jarak maksima
Hsiung Feng III Taiwan Taiwan 2,500 kilometer (1,600 bt)
Hsiung Feng IIE Taiwan Taiwan 1,000 kilometer (620 bt)[1]
Peluru berpandu Wan Chien "Sepuluh Ribu Pedang" Taiwan Taiwan 300 kilometer (190 bt)[2]
3M22 Zircon Rusia Rusia 1,000 kilometer (620 bt)
3M-51 Alfa Rusia Rusia 250 kilometer (160 bt)
3M-54 Kalibr Rusia Rusia 2,500 kilometer (1,600 bt)
BGM-109 Tomahawk (TLAM) Amerika Syarikat Amerika Syarikat 1,300 kilometer (810 bt)[3]
BrahMos India India / Rusia Rusia 450 kilometer (280 bt)
BrahMos-II India India / Rusia Rusia 450 kilometer (280 bt)
CJ-10 Republik Rakyat China China 1,500 kilometer (930 bt)
Hermes Rusia Rusia 100 kilometer (62 bt)
Hongniao Republik Rakyat China China 3,000 kilometer (1,900 bt)
Hyunmoo-3 Korea Selatan Korea Selatan 450 kilometer (280 bt)
IDAS Jerman Jerman 1,500 kilometer (930 bt)
Kh-59 Rusia Rusia 550 kilometer (340 bt)
Naval Strike Missile Norway Norway 555 kilometer (345 bt)
P-800 Oniks Rusia Rusia 600 kilometer (370 bt)
RBS15 Sweden Sweden 250 kilometer (160 bt)
RK-55 / S-10 Rusia Rusia 3,000 kilometer (1,900 bt)
YJ-18 Republik Rakyat China China 540 kilometer (340 bt)
YJ-62 Republik Rakyat China China 290 kilometer (180 bt)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Taiwan: new Hsiung Feng IIIE long-range strike missile | April 2018 Global Defense Security army news industry | Defense Security global news industry army 2018 | Archive News year". www.armyrecognition.com.
  2. ^ "WW3 fears growing as 'Ten Thousand Swords' missile for strike on China 'PRIMED and READY'". 7 August 2018.
  3. ^ "U.S. Marines Experimenting with Tomahawk for Land-Attack and Anti-Ship Missions". 17 June 2021.